Kali ni , Qhaliff Iman 'smash' daddy !

by - Khamis, April 13, 2017

Terkedu dan diam. Apakah ini suara hati dia atau dia cuma 'penyampai' sahaja ? Peringatan dari Allah! Hurmmm... Sememangnya teringin lama sangat dah. Dari dulu lagi... merindui sangat cuma..hurmm... 
Petang tadi , aku gi amik Qhaliff selepas perasmian satu produk di Cyberjaya.Saja aku gi amik dia.. Kalau tak , wife amik tapi wife bagitau dia agak lewat nak amik Qhaliff maka aku gi amik la dia. Lagi pun lama dah aku tak lepak berdua dengan dia... 
Bila dia bersama aku , dia umpama 'baby' lagi tapi bila bersama ibu dia , berubah abis ! Dia jadi cam matang sangat ! Mak dia suruh mengeja pon , dia mengeja.. Dengan aku , jangan mimpi laaa.. Aku rasa , dia nampak aku garang sangat kot.. Hurmmm... Yelah , aku memang garang kat rumah walhal aku sebenarnya paling manjakan diorang .. Huhuhuh.. 
Namun apa yang terluah dari mulut dia tu , satu peringatan buat aku.. peringatan yang mana aku perlu amik tindakan sebelum aku kehilangan masa dan nyawa ! Jangan tunggu lagi.. Berubahlah ! Berubahlahhhh.. sebelum si Qhaliff bagi TKO dan ketika tu , muka tak tau nak letak mana dahh ! 

You May Also Like

0 comments