Kerana Pj Masks !

" Qhaliff.. tunggu dulu. Daddy nak amik gambar dulu. ". Ujar aku pada Qhaliff. Dia dan Zahra dah tak sabar nak 'robek' mainan baru yang diorang dapat. Beli online jer kat @privateyes_malaysia , senang ! 
Sebenarnya aku tak kisah pon diorang nak koyak pembalut tu tapi saja aku nak uji kesabaran diorang.. Hampir 2 jam gak la Qhaliff mengusung mainan tu. Aku mampu tersenyum jer. Biarkan dia tengok mainan tu 'dari luar'. 
"Daddy , dah amik gambar dah.. !" . Qhaliff tersenyum. Aik ???? Bila lak aku amik gambar ? Wife pandang aku. 
" Dia amik guna tab.. ". Jawab wife tanpa ditanya. 
Huhhhh.... Aku tengok tab. Qhaliff tersengih jer.. 
Nak oiii ! Kalau gini punya hasil , rasanya bulan depan daddy tak dapat apa apa job dah ! Huhuhuh... Main amik je gambar ! Asal ada objek dalam tu , dah !  Hahahaha.. hancusss bisnis daddy lagu nii haaa ! 
Aku keluarkan kamera dan ajak dia bergambar.. 
Dekat 20 keping gak percubaan. Pelbagai gaya dia buat dengan penuh kesabaran. Hanya tunggu aku jawab ' Ok' jer.. huhu... Dan penantian dia berakhir... Gembira tiada kepalang. Dia dan adik dia dapat juga bermain PJ Masks yang selama ni dia tengok di tv. Amik yang hero jer.. yang jahat kasi daddy ! Huhhh...

1 ulasan:

  1. dah mengikut bakat daddy dah tu,apa2 amik gambar dulu heheheh

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009