Rabu, 5 April 2017

Lipstik Soul Matte Lip Cream dari Stylista Cosmetics yang aku sendiri pakai !

Kali pertama aku pakai lipstik ! Selama 9 tahun aku kawin , aku tak pernah sentuh lipstik dia. Tapi mak aku punya, masa aku kecik kecik dulu aku ada la pakai. Tapi bila colek kat bibir tu , aku jadi cam.. erkkkk.. apahal laaa mak aku pakai water color kat bibir dia eh ? Terasa macam letak cat jer ! Hahahaha.. 
Bila dah tua tua ni , barulah tau akan kelebihan lipstik ni pada orang perempuan terutamanya. Kekadang ianya bukan sekadar lipstik.. haaa ! Ada kebaikan bila pakai gak wooo.. Bukan apa , ada lipstik nampak macam cun bila dipakai tapi bibir jadi kering.. melekit dan paling tidak pun cepat tanggal ! 
Ok... semalam aku test satu lipstik. Aku sendiri pakai dan cuba ! Apakah berbau ? Apakah melekit lekit ? Dan apakah mudah tanggal ? Hurmm.. 
Soul Matte Lip Cream Limited Edition dari Stylista Cosmetics ni aku cuba pakai sendiri. Sendiri pakai yer ! Takda orang tolong punya dan kemudian aku tanya pada wife aku yang sangat cerewet bab lipstik ni , apakah ok atau tidak ? 
Maaf yer.. aku bukan nak bertukar jantina atau hormon berubah ! Nak jadi blogger mereview produk bukan mudah ! Kena sendiri try woooo.. Harap jangan ketawa atau muntah darah . Sila fokus pada bibirku yang seksi itu.. 
Aku try 3 warna... aummm ! Amacam ? 


Ok tak ? Haaaa.. mungkin tak kena ngan bibir aku tapi ngan bibir korang yang mongel tu mesti lagi menarik.. kan ? Menurut founder Soul Matte Lip Cream ni , sekarang ni dia sedang buat harga promosi iaitu RM130 untuk sekotak yang ada 5 batang lipstik dan harga di luar promosi ialah RM150! Manyakkk jimat wooooo ! Lugi talak amik skang ni... Free postage gitu ! 

Untuk info lebih lanjut , sila : 
Whatsapp : 012 321 3104 
Web : www.stylistacosmetics.com

Oh ya... nak jadi dropship pon boleh ! Cepat hubungi mereka.. 


13 komen :

Siti Rohaida Yusof berkata... [Reply to comment]

ngeri tengok ben..haha..tapi colour dia semua mengancam..alahaiii..ni yang rasa nak beli ni..

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Urghhh.. nak nak nak.. org kata sebut 40x leh dpt. Naknak 40x. Hehe

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Cantik² colour lipstik dia. Paling suka yang gambar pertama Aben muncung tuu...
Sweet gitu

PERMATABIRU berkata... [Reply to comment]

cantik colour-colurnya

Hamelia Hamid berkata... [Reply to comment]

haha lucu...tapi kaler ni cantik

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

ngeri...hahaha.. saya rasa orang lelaki seram nak tinggalkan komen kat sini..

less dr rm30 satu lipstik tu.. menarik!

antalya berkata... [Reply to comment]

OMG terus bertukar watak hahaha

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Warna warna yang menarik dengam packaging dia pon menarik..boleh cuba la nanti..

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

murah 5 untuk 130. boleh riki2 ni . ni tahan lama ke tidak ? contoh time makan , or minum air nti lipstik dah tertanggal semua ..

Mommy Cici berkata... [Reply to comment]

cantiknya semua kaler . >,< ngancam

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

omg, siap pakai sendiri lagi abg ben

Shesyira As berkata... [Reply to comment]

hahaah looks good on you ! warna dia pun cantekkk

hana azrul berkata... [Reply to comment]

haha100x..lagi entry made my day!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI