Seronok bila melihat mereka seronok !

Alhamdulillah.. Walaupun  ada yang 'pergi' tapi yang datang semakin ramai ! Moga mereka yang pergi tu membawa ilmu hasil dari perkongsian sewaktu bersama. Tak pe la.. takda jodoh untuk kekal lama.. Dan aku tak kisah sebenarnya... sapa nak tinggal , sapa nak pergi ! Yang nak kekal , aku hargai.. yang nak pergi , aku tak menghalau... hehehe.. Semoga berjaya mengejar cita cita yer.. 
Dan aku sangat bersyukur.. mereka yang dulunya , sewaktu awal awal join #KBBA9.. mereka malu.. segan.. dan tak tau nak buat apa dengan 'harta' mereka yakni blog dan media sosial ! Kini , mereka pulak lebih 'power' dari aku ! Huhhhh.. 
Kenapa ? Perancangan mengadakan photoshoot raya sebulan dengan kerjasama pelbagai pihak dan yang membanggakan aku , bukan calang calang punya tajaan ! Huuhuhhu.. Yelah , dengan komuniti yang sering jadi kritikan ini , ada jugak yang sudi nak taja.. kan kan ? 
Menariknyaaaa... amboi depa nih !! Mengalahkan aku yang merancang semua ni ! Diorang dapat penaja dari segi pakaian dan juga mekap ! Aku ??? Aku ??? Sapa pun tak nak taja ! Huhuhuh.. Sian aku ! Huk huk.. Maka esoknya , pakai je la baju lama.. 
Dalam diam , sebenarnya aku bangga dengan pencapaian mereka. Dah berani diorang keluar dari kepompong dan tunjuk muka ! Menariknya , ada yang dah berjaya menjana pendapatan melalui blog. Tak kira la samada dapat job atau buat bisnes online. Dan inilah tujuan aku sebenarnya.. membantu mereka belajar menjana pendapatan sampingan. Yelah , dari tunggu bonus setahun sekali , apa salahnya jika dapatkan bonus setiap bulan ! Kan kan ? 
Tak sabar nak tengok ragam memasing esok ! Ini adalah photoshoot berkumpulan untuk kali 4 sejak penubuhan Kelab Blogger Ben Ashaari. Dan minggu ni saja , aku dah amik 4 blogger baru ! Alhamdulillah , mereka menunjukan minat yang tinggi.. Moga tercapai cita cita mereka. 
Aku , mungkin tunggu masa je untuk bersara dan pergi jauh dari dunia media sosial. Huhuhu.. Persoalannya , mampukah aku ??? 

4 ulasan:

  1. Jangan berhenti en ben. Kami semua dan saya sendiri masih perlukan tunjuk ajar en ben.

    Nak sangat join photoshoot ni tapi tak dapat...keluarga datang dari jauh. Mungkin mada akan datang.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...usaha,rajin,gigih SABAR..menampakkan hasilnya...syukur..

    BalasPadam
  3. Sedih pulak bila baca post ayat last tuu.
    Banyak jasa tuan kongsi ilmu pasal dunia blog nih. (Y)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.