Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 17 April 2017

Sukan kita takkan ke mana mana selagi...

Dato' Santokh Singh.. dulu pujaan ni... Aku beberapa kali pernah berlatih bolasepak dengan dia.. masa tu main untuk Liga Kuala Lumpur.. dalam usia belasan tahun gitu la.. Dan jugak bersama beberapa bintang bola ketika tu.. Bangga siut ! Bangga sebab diorang main bolasepak sebab minat.. bukan sebab duit atau nama ! 
Tapi minat terhadap bolasepak tempatan padam sewaktu aku abis sekolah.. POLITIK bolasepak terlalu kuat ! Kalau parents ko tak kenal coach atau orang dalam , jangan mimpi la nak gi jauh ! Bagus camana pun , lom tentu.. Itulah yang berlaku pada aku , satu tika dulu yang memadam terus minat nak serius walaupun ada kenalan kuat ! Terus tukar ke bidang besi ! Hahaha.. lagi puashati ! 
Teringat lagi masa tu.. aku main bola di sekolah.. kaki ayam jer. Kasut bukak..takut kotor ! Boot ? Jangan mimpi la nak beli kalau tak sarung jersi sekolah. Darjah 6 baru aku berjaya wakil sekolah dan seterusnya berjaya membawa pasukan sekolah menjuarai Wilayah Persekutuan dan dapat bergambar bersama team KL masa tu... yang dikepalai oleh Fandi Ahmad , seingat aku ! Huhuhu... Masa tu , team KL kuat wooo... 
Tapi politik menghancurkan sukan di negara kita.. Aku ingatkan boleh berubah.. tapi.. Sebab tu , anak aku ni.. kalau nak serius bersukan , aku suruh  bersukan je la untuk kesihatan. Kalau nak cari makan dengan sukan , tak yah laa.. Kalau zaman aku tu , bolasepak boleh join bank atau dewan bandaraya gitu.. Bangga siut ! Bukan sebab gaji besar tapi dapat join liga gempak gempak.. Aku sempat merasa bermain untuk HSBC jer.. Public Bank atau Maybank , jangan mimpi laaa.. 
Dan teringat satu kenangan.. Dollah Salleh ke pejabat Kementerian Pelancaongan satu tika dulu.. dan kesian aku tengok dia. Mampu geleng kepala.. Hero hero yang dikagumi dulu , nasib mereka tah segah nama mereka. 
Maka.. belajarlah rajin rajin.. cari kerja.. atau pengalaman kerja.. pastu buatlah duit. Dan banyakkan buat kebaikan tanpa harapkan balasan..  

2 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

singgah pagi

Jia Rizaira berkata... [Reply to comment]

Banyak sangat sekarang sukan dijadikan bahan politik. Kalau itu yang diterapkan makin banyaklah dana2 sukan tak disalurkan dengan betul. Bakat2 muda dipinggirkan. Hurmmm...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI