Terasa 'jauh' dengan Qhaliff !

by - Rabu, April 19, 2017

Sian dia.. Walaupun bersua muka setiap hari , tapi peluang nak bermanja , bermain dengan dia takda ! Aku tak tau kenapa aku takda masa dengan dia.. Kesian kat dia. Kekadang dia mintak nak tidur dengan aku. Tapi bila tiba masanya, Zahra datang menyelit. Dia memang cemburu skit. Tagline diorang .. " My daddy ! My daddy ! " . Pastu gaduh laaaa.. Adehh.. 
Paling menyedihkan.. kalau aku dalam mood tak bagus ! Dia memang takut la nak tegur atau datang dekat. Tapi Zahra , tak ! Dia akan tetap datang dan cium pipi aku tanpa rasa takut. Qhaliff je akan jauhkan diri.. Huhuh.. 
Malam tadi.. aku memang sangat sangat stress ! Tekanan datang dari pelbagai sudut. Aku rasa cam nak mengamuk je tapi aku amik keputusan untuk tidur je.. tidur awal. Bangun dari tidur , aku keluar dari bilik.. Qhaliff tidur di luar keseorangan.. Hurmm.. sian dia..  Zahra , cam biasa.. waktu tidurnya dah berubah kembali.... dia tidur di siang hari ! Malam , teman aku update blog.
Sekejap je masa berlalu. Dulu , dia laaa yang sering dalam pelukan aku. Sering aku dukung , ke mana mana saja ! Dekat sungguh dia dengan aku. Tapi sekarang ..  Rasa nak je berhenti dari apa yang aku buat sekarang ni dan beri tumpuan pada dia dan adik adik dia. Tapi , sapa nak tolong bayarkan cukai cukai yang dikenakan pada aku skang ni ? Huhuhuh..

You May Also Like

7 comments

  1. sama dgn UMMINANI, along bnyk berkorban perasaan demi adik2 ..

    BalasPadam
  2. Erm.. sbijik laaa dgn hannah gini. ermmm

    BalasPadam
  3. Kesian qhaliff...nak buat cemane...anak sulung paling banyak berkorban..huhu

    BalasPadam
  4. Dah lama rasa mcm ni ben...itulah pengorbanan yg perlu anak2 lihat...kita berkorban utk dia hidup berdikari pada masa depan...tak tidur kerana berjuang mencari rezeki utk mereka.

    BalasPadam
  5. gitulah kalau anak sulung..samalah dengan anak ema. bila tengok anak tengah tidur...rasa sebak pula.

    BalasPadam