Terima kasih abang GDEX !

Terima notis ni minggu lepas. Rasanya Jumaat. Kemudian aku call pada hari Sabtu , katanya nak hantar semula pada hari tu... namun aku tunggu sepanjang hari.. tak kunjung tiba. Hurmm. aku tak tau laa barang apa ni. Aku tak buat sebarang pembelian. Dan selepas mengerah keringat.. wife baru teringat , dia yang punya. Aku tengok dia kecik besar kecik besar jer.. Awat laaa tak guna alamat pejabat jer ! Walhal dia yang ajar aku suruh kasi alamat pejabat andai ada apa apa pembelian.. Jadi kes gini , jenuh nak gi cari kat mana pejabat dia , kalau dia tak hantar semula.. 
Isnin menjelang.. wife call pejabat dia dan set bila aku ada rumah.. RABU ! Ok..fine ! Aku ada rumah pada hari Rabu tapi aku terlupa , aku ada job pada hari Rabu ! Ah, sudahhhh... Camana eh ? Aku tetap kena gi gak sebab dah janji dan kurier tetap akan dihantar pada hari Rabu !
Rabu menjelang.. Jam 3 petang aku di Cyberjaya. Wife call bagitau yang abang GDEX berkali kali call dia dan dia tengah meeting. Menariknya , abang GDEX ni kan... menurut wife , bercakap baik jer.. takda nak marah marah atau tinggi suara. Penyabar jer..
Dan dia gi hantar barang ke rumah orang lain di taman berdekatan.. Kemudian wife mintak aku call abang GDEX tu dan deal nak amik barang tu memandangkan aku dah abis event dan pulang ke rumah aku nun di Sepang tu. 
Aku call.. Sememangnya dia bercakap lembut dan tidak ada nada marah sama sekali ! Bayangkan dia nak hantar tu dari jam 2 rasanya.. sehinggalah jam 5 petang ! Aku call dan bagitau aku akan tiba lagi 15 minit. Dia akan tunggu. Wowww.. Boleh tahan kesabaran dia.. Atau tinggalkan saja di depan rumah aku. Tapi dia tak nak.. Nak kena pass pada tangan orang jugak ! Huhuhuh.. 
Tiba-tiba aku tersangkut dalam jammed ! Aduh... tak leh lari dah ni ! Camana eh ? Terus aku teringat rakan di gym. Aku call dia.. sayangnya dia takda di kawasan berhampiran untuk terima kurier tu bagi mewakili aku. Aku call jiran aku.. harap dia dah balik kerja dan ada di rumah.
Alhamdulillah... dia ada.. Terus aku call abang GDEX tu dah mintak dia hantarkan barang tu ke jiran aku memandangkan aku tak mungkin sampai pada masa yang aku janjikan. Dia ok jer. Takda nada tinggi suara pun ! Fuh.. dasat tuull.. Teringin nak tengok camana orangnya ! Tenang dan penyabar ! 

Terima ! Dan selesai sudah... Dan menurut wife , abang GDEX tu ke area Sepang tu semata mata untuk tolong seseorang walhal kawasan dia adalah nun di KL sana tu. Buat bro GDEX tu , jutaan terima kasih. Walaupun bukan barang gempak mana pun tapi amanah tetap amanah ! Fuh.. respek arr orang gini.. 

3 ulasan:

  1. bagusnya etika dia. mesti dpt banyak pahala bersabar tu haha

    BalasPadam
  2. Saw Young Living there. PSK la tu.. lets oiling. Hehe

    BalasPadam
  3. Rasa bersyukur sangat kan bila kita dapat berurusan dengan insan yg penyabar mcm brader tu😊

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009