Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 4 Mei 2017

Aariz , 7 bulan... ke 8 eh ?

Fuh... sekejap masa berlalu. Tahu tau dia nak sibuk merangkak sana sini. Siap nak berdiri dah... nak berjalan ! Nak bermain dengan kakak dia lagi haa ! Mengejar sana sini.. tapi kakak dia , Zahra.. tak nak main lagi dengan dia. Macam tak leh terima lagi kehadiran adik dia.. 
Tapi dalam diam , dia sayangkan Aariz. Tak kasi orang amik adik dia.. Sombong sikit anak no 2 ni.. heeheee.. cam aku la.. Ngan adik laki payah nak melekat..

Aariz , kuat la dia ni. Kalau menendang tu.. aduhhh , boleh mendatangkan amarah sungguh di hati ini. Letak dalam buaian , mengelupur dia..boleh runtuh buaian tu ! Kena cepat cepat suap botol susu.. dia tenang terus.. 
Aku rasa.. dia akan lebih tinggi dari abang dia. Ni pon terasa panjang dah badan dia.. Huhuh.. Pasni kena jaga jaga dah.. dia mula mengutip barang dan masuk ke mulut.. Hurmmm

1 komen :

mas saari berkata... [Reply to comment]

Alaaa besar dah si encem ni, nanti xlama dah setahun.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI