Aku benci berlari sebenarnya..


Aduh.. nasib baik laaa atas alasan AMAL.. Kalau tak, memang aku tak join lama walaupun aku minat sebenarnya cuma sesungguhnya aku memang tak suka berlari lama lama ni. Atas treadmill pun aku cepat boring. Biasanya aku suka buat sprint je pastu jalan kaki..dan sprint lagi..hehehe..lagi  cepat bakar kalori gitu.. bagi aku lah..

Sebab tu aku respek terutamanya perempuan yg join marathon ni..Aku nak abiskan 1km pon bercinta !! Hahahaha... Malas dr zaman sekolah lagi walaupun aku ketua bolasepak sekolah.. dan main jugak utk pasukan negeri wooo..ketika tu lah.. Part panas badan aku tak suka..huhu..

Nampaknya minggu ni bakal menjadi sejarah buat aku lah.. Dah la depan sekali , kena pegang bendera lagi..dussss..mampus gueeee. Jgn pengsan di 500 meter awal dah. Ni 3km je kot ??? Hahahaha.. Adehhh... 

Moga aku dapat harungi bulan Mei ni sebab byk perkara luar biasa aku buat. Huwaaaaaaa !

2 ulasan:

  1. semoga baik hendaknya bila tiba harinya nanti. orang cakap jangan benci sangat, nanti jadi sayang hahaha

    BalasPadam
  2. Yakin boleh, pasti mampunya. Moga dipermudahkan!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.