"Daddy jahat , kan ibu.. ". Kata Qhaliff.

Wife cerita pada aku. Qhaliff meluahkan perasaan pada wife dalam kereta sewaktu mereka bersama pergi ke dobi dan aku di hospital , jaga Zahra. Bila Qhaliff cerita gitu , hati aku.. hurm... Terbayang ketika dia mula mula lahir dulu. Perasaan aku mendukung dia.. melafazkan azan di telinganya.. membersihkan uri serta menanamnya.. Kemudian membesar dan menjaganya tanpa pernah beri pada mana mana pengasuh pun ! Dan akhirnya daddy dapat 'anugerah' itu.. 
Yer.. memang mereka tak tau apa apa.. Sebab itu bila suami isteri bergurau atau pun 'bertengkar' di depan anak anak , anak anak ingat ! Jangan sangka mereka buat buat 'buta' jer ! Bayangkan Qhaliff di usia gitu pun dah boleh ingat dan beri 'title' tu pada ayahnya sendiri ! 
Dulu masa dia belum pandai cakap , kita teringin nak bercakap dengan dia. Tapi bila mereka dah pandai bercakap , kita kena berhati hati bila bercakap dengan mereka. Aku memang garang dengan anak anak. Aku sebenarnya sangat manjakan mereka tapi risau akan spoilkan mereka nanti. Nak tak nak , aku kena pura pura garang. Sedih sebenarnya tapi apa nak buat ! Redha jer dapat title 'daddy jahat.. ". 
" Qhaliff , daddy jahat ke  ? ". Tanya aku depan dia di hospital tadi. 
" Tak laa.. daddy baik laaa.. ". Dia pandang ibunya dan mula menangis. Mungkin tak sangka si ibu bukak rahsia perbualan mereka. 
" Kenapa Qhaliff kata daddy jahat ? Daddy marah Qhaliff ke ? Ke daddy marah ibu ". Kuat lagi teriakkan dia dan lari jauh dari aku. 
Hurmm.. aku pergi pujuk dia.. Budak bijak. Dah pandai suarakan perasaan dia. Dan aku tak amik ringan langsung apa yang dia rasa ! 
" Yelah.. kalau daddy garang.. daddy jahat , daddy minta maaf yer.. Nanti daddy tak garang dah... ok ? Jom kita gi turun bawak.. beli toys , ok ? " Pujuk aku. Dan Zahra nampak.. dia pun datang suruh dukung dia.. Dua dua suruh dukung ! Adeh... 

Barulah aku tau camana perasaan seorang ayah. Pada masa sama , nak kena cari rezeki. Nak kena jaga keluarga. Nak jaga dirinya sendiri. Dan juga kena jaga orang tuanya... Besar tanggungjawab tapi ada yang tak paham..

4 ulasan:

  1. Alahai so touching. Yet correct yang anak2 kecil ni bukan buta dan pekak bila tgok situasi tegang atau konflik sesama ibu n ayah. Mereka bole buat penilaian yg paling jujur.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya itu perkrmbangan positif..sebab meluah apa yang dirasa pada tempat yang betul..Qhaliff dah boleh jadi kawan daddy dan ibu...

    BalasPadam
  3. Betul tu, anak² boleh faham kalau kita gaduh suami isteri. Pastu makin besar makin mereka faham kalau dimarahi.

    BalasPadam
  4. budak bijak tu,dia dah ada "rasa" Insya Allah nanti dia paham napa daddy "jahat"

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009