Jangan berkiralah dengan anak kita !

" Daddy , nak toys.. " . Ayat yang kadang kala keluar dari mulut Qhaliff dan juga Zahra. Aariz belum pandai lagi nak berkata kata walaupun dah pandai menjerit memanggil mak bapak dia ! Hahahaha.. Adeh.. pandai dah diaaa.. 
Dengan wife , memang diorang payah nak dapat. Bukan sebab kedekut tapi wife memang tegas sikit bab bab ni. Yelah , berlambak mainan diorang dalam stor tu. Main sekejap jer.. pastu tak usik dah. Huhuh.. memang leh sentap la kan ? 
Tapi aku tak.. Aku bukanlah nak membazir tapi aku yang selalu je baca kisah kisah sedih insan insan yang kurang bernasib baik.. yang mana anak anak kecik mereka terdampar atas katil , dibelikan mainan.. tapi nak buat apa ? Bukan mereka nak main pon.. Huhuh.. 
Dan seminggu aku di hospital bersama Zahra.. Aku tanya dia.. Nak toys tak ? Dia jawab tak nak.. Apa pon dia tak nak. Nak tidur jer. Lesu je tengok dia. Memang 'menakutkan' aku. Berdoa agar dia kembali ceria dan cergas.. Nak tengok semula dia menari depan aku setiap malam.. di kala aku nak lena... dia sibuk tengok kartun.. huhuh.. Aku rindu nak saat tu dan jika ianya kembali , aku takkan larang dah.. Biarlah menari pon sampai pagi ! Huhuhu.. 
Di Tesco petang semalam.. Qhaliff nak anak patung BayMax selepas Zahra dapat anak patungnya.. Car.. Aku tau , Qhaliff bukan nak sangat tapi dia nak aku berlaku adil. Apa Zahra dapat , dia dapat ! Yer , aku belikan.. Dia senyum.  Dia 'lega' daddy dia masih sayangkan dia.  Diorang dah pandai bermain psikologi dengan kita. 
Dan teringat aku kalau Qhaliff demam. Dia lagi teruk kalau demam.. apa apa pun tak nak ! Huhuh.. Maka biarlah apa diorang nak.. Selagi aku mampu belikan , aku belikan Selagi mereka ada di sisi , aku berikan yang terbaik Aku tak nak menyesal kelak.. Apa guna duit banyak tapi kebahagiaan tiada ? Dan merekalah kebahagiaan aku buat masa ini.. 

3 ulasan:

  1. ai feel yu boss....syafakillah zahra

    BalasPadam
  2. tersentuh baca..hehe..tp mak2 mmg tegas la..sbb mak2 fikir bajet..hehe..
    pastu fikir mainan berlonggok kat rumah nak kena kemas setiap masa T_T

    BalasPadam
  3. Aben macam husband saya, apa anak nak mesti dia belikan. Saya ni tegas sikit, kalau benda tak perlu memang tak belikan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009