Kes viral 'Hon Kereta di Austin Perdana, Johor ' sewaktu solat Jumaat !

by - Sabtu, Mei 06, 2017

Dah tengok video tu ? Ada yang kata tak patut rakam.. ada yang kata patut rakam tapi jangan viralkan! Hurmm.. aku baca status kawan kawan dan aku search di Facebook.. Aku baca yang komennya beribu ribu tu sebab mesti akan saksi di situ beserta  bukti bukti sahih. 
Tapi yang tak bagusnya , bila ada pengomen pengomen melibatkan perkauman dan juga agama ! Bagi aku ini adalah disebabkan sikap masing masing ! Betul , kalau aku di situ juga mungkin aku juga akan berang. Dan aku bersyukur aku takda kat situ.. heeee.. Maaf , bukan sebab bangsa yer ! Tapi aku cukup marah dengan manusia yang rasa dia bagus sangat terutama bila memandu kereta besar ni ! Tak kira bangsa ! 

Baca dan nilai sendiri

Nak dijadikan cerita.. sebenarnya berkali dah aku sabar dan sabar.. Nasib baik la aku lepas solat.. Aku rasa korang yang gi solat Jumaat pon mesti tau segelintir sikap pemandu kereta dan juga motor selepas abis solat ! Adoiyaiiii.. Aku sendiri berkali hampir dilanggar ! Gile apa ??? Baru lepas solat pastu bawak kereta atau motor cam hantu ! Tau la nak kejar masa tapi hagak hagak la gak dengan pejalan kaki ! 
Ini semua perangai ! Jangan kaitkan dengan bangsa dan agama. 
Memang sejak kebelakangan ni ada je pihak dok 'membakar' dengan isu isu perkauman tapi kita yang membesar dan punya rakan berbilang bangsa , sebaiknya kekalkan keharmonian dan keamanan ni dengan penuh kesabaran dan juga diplomasi. 
Hurmm... aku tau.. nanti ada yang kata , kalau kena kat keluarga aku sendiri , camana ? Betul.. kalau aku pon aku akan marah dan amuk ! Tapi apakah akan terjadi pada kita selepas itu ? Kalau terlepas ok la.. Kalau tak ? Tak pasal pasal duduk dalam penjara bertahun ! Kita ada undang undang .. ikut je la.. suka atau tidak , itulah realitinya ! Kalau tak nak ikut , duduk je hutan... Sapa kuat , dia KING ! 
Aku pernah bermimpi.. aku marahkan seseorang. Bergaduh hingga menyebabkan kematian ! Kemudian aku dipenjara dan aku terasa amat menyesal sekali. Berpisah dengan anak anak , adalah sesuatu yang tidak sama sekali aku inginkan ! Dan aku bernasib baik , ianya cuma mimpi. Mungkin itu satu peringatan buat aku.. berhati hati dalam setiap tingkah laku ! Banyakkan bersabar.. 

You May Also Like

3 comments

  1. Kat jalanraya ni memang kena banyak bersabar walaupun ada sesetengah pemandu sikapnya sangat menjengkelkan. Kalau tak sabar jadi macam kes ni lah.

    BalasPadam
  2. Bagi saya 2-2 pihak pun salah. Kena ada sikap tolak ansur dan hormat-menghormati sepatutnya. Bila amarah menguasai diri mcm ni lah jadinya.

    BalasPadam