Maafkan daddy , Aariz Iman !

by - Khamis, Mei 11, 2017

Ibu tak sempat nak buat stok banyak banyak ! Dia dah berusaha pam setiap hari.. bangun awal pagi.. di pejabat .. bila ada je masa , dia berusaha pam tapi rezeki Aariz tak banyak. Berbeza dengan Qhaliff dan Zahra , mereka berhenti menyusu susu badan tanpa bercampur sehingga usia 2 tahun. 
Tapi rezeki Aariz tak sama cam abang dan kakaknya. Terpaksa campur dengan susu formula. Sebelum guna Karihome (susu kambing ) , Aariz diberi susu formula yang top tapi sayangnya , tak sesuai dengan dia.. dia mudah dapat selsema yang bukan calang calang hingusnya ! Hijau kaw kaw punyaa setiap kali bersin ! 
Berubah ke Karihome.. baru pakai beberapa hari ( bukan kerap diberi ) , perubahan ternyata ada. Selsema dia berkurangan.. tiada lagi hingus hijau meleleh keluar.. Dan batuk dia pun dah berkurangan berbanding sebelum ni ! 
Dan Zahra pun aku kasi susu ni. Saja test dia dulu.. kot kot dia tak nak.. Ternyata dia minum abis dan dia pun tak lagi selsema. Alhamdulillah.. Nampaknya , aku kena belikan dia jugak susu kambing Karihome ni... Cuma aku tak pasti lagi kandungan gula dalam susu ni andai nak beri pada Zahra. Nak kena try cari dulu.. baru leh cerita.. heheeee..
Hurm... apa apa pun , susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kecil kita. Berusahalah selagi termampu. Jika tak , tak pe la.. takda rezeki. Dan mereka yang ada banyak stok tu , tak perlu la nak berleter pada ibu ibu yang tak mampu kasi susu badan pada anak mereka yer.. Anggaplah tu rezeki anda. Rezeki setiap insan , lain lain.. bersyukurlah ! 

You May Also Like

10 comments

  1. Betul tu, rezeki setiap anak berbeza. Janji ibu dah cuba berikan yang terbaik!

    BalasPadam
  2. Kena cari juga nmpknya utk amsyar...

    BalasPadam
  3. rezeki anak IQ sama macam aariz, huhu,

    BalasPadam
  4. InsyaAllah ada rezeki yg lebih baik untuk Aariz Iman. Semoga menjadi anak yg berjaya dan membesar dgn sihat.

    BalasPadam
  5. setuju,rezki masing-masing,Allah dah aturkan.

    BalasPadam
  6. Yang penting dah diusahakan...betul...rezeki berbeza-beza setiap anak...

    BalasPadam
  7. takpe..rezeki anak lain2..karihome ni hrga die mhal jgk kan..xpelah cuba yg terbaik

    BalasPadam
  8. Semoga Aariz membesar dgn sihat...rezeki Allah luas...kita usaha dengan cara lain.

    BalasPadam