Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 11 Mei 2017

Mengkritik insan yang kita tidak kenali !

Alhamdulillah.. Di awal aku berblogging dulu , banyak kali aku dikritik, dikeji, dikutuk.. dan ada juga sudi memuji. Maaf, aku bukan dambakan semua tu cuma semua ini adakalanya menjadi penguat semangat aku untuk terus berjuang di medan seni.. yakni penulisan. 
Walaupun ada yang kata penulisan dalam blog entah apa apa punya bahasa , tapi bagi aku.. yang penting ialah isi kandungnya. Apakah bermanfaat untuk rakan pembaca atau sekadar lebih pada hiburan semata mata ? Terpulang pada kita sendiri menilai dan menentukannya.
Awal berblogging dulu , aku suka 'bercerita' panjang panjang. Ada kawan komplen kata mengambil masa untuk membacanya. Betul juga katanya. Kalau pengisian aku seperti seorang cendiakawan tu ok la.. tapi kalau sekadar mengarut, aku risau akhirat nanti aku ditanya semula oleh Allah.. jenuh aku nak menjawab ! Huhhu.. 
Perubahan aku lakukan. Susah ! Sangat susah untuk mendapatkan rakan pembaca. Sehari dalam 100 orang pun dah bersyukur. Tu pun puas promosi blog ni pada kawan kawan. Dan aku bersyukur ada kawan yang sudi membantu dengan mempromosikan blog aku ni pada kawan kawan mereka...secara lisan ! Maka sedikit demi sedikit berkembang.. Merangkak.. Tapi aku tak sendirian. Rakan rakan di Facebook terutamanya banyak membantu dari segi memberi komen membina dan juga semangat. Nak harap kawan kawan sekeliling , memang kena gelak jela.. Tapi bukan salah mereka pon.. mereka tak memahami APA ITU BLOG. 
Betul.. aku jumpa apa yang aku nak selama ini ! Satu ruangan untuk aku berkarya dan dihargai penulisan aku. Aku tak perlukan anugerah.. memadai berkata TERIMA KASIH BEN KERANA MENGINGATKAN. 
Aku bukanlah alim pon.. nak menasihati orang.. nak suruh orang berbuat baik... tapi sekurangnya dengan pengalaman hidup aku selama 35 tahun ( tolak 5 tahun masa kanak kanak yang suci murni itu) , aku cuba membantu mana yang boleh. Moga Allah berkati usaha kecil aku itu.
Dikritik pada awal berblog seperti mereka kata aku mempergunakan blogger untuk menaikkan nama aku.. memang kerap dengar ! Ditambah bila aku wujudkan komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari , ramai yang gelak dan kutuk..MENGARUT kata mereka. Sekadar nak naikkan nama BEN ASHAARI jer ! Fuh , apakah mereka tahu apa yang aku rancangkan ketika itu ? Tahun 2009-10 hinggalah 2015 ! Macam macam la kritikan diterima.. aku dan juga rakan blogger #KBBA9 sendiri. 








Banyak lagi gambar nak letak ni.. sebagai bukti ! Walaupun komuniti #KBBA9 ni bertukar ahlinya , aku bersyukur #KBBA9 tetap melangkah ke hadapan dengan penuh bergaya. Perlu tahu , #KBBA9 sekarang juga adalah media online rasmi pada Lembaga Zakat Selangor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.  Kami bukan blogger huru hara tanpa tujuan ! 
Aku sedia dikritik. Sedia dikutuk tapi sebelum tu , kenalilah diri ini... duduk semeja berbual sambil layan kopi secawan.. kita berbual. Aku bukanlah insan mulia tapi sekurangnya aku berjaya dah mengapai impian aku , sebagai blogger dan pada masa yang sama.. dapat juga membantu insan lain di kala mereka 'bersendirian' di dunia maya ini.. 

8 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Thorbaekk!!!

ekjoz buluh berkata... [Reply to comment]

Semoga terus sukses. Selalu berharap bila jalan-jalan di Alamanda, terselisih dengan bro Ben ni. Tapi, belum jadi lagi. hehehe

Mrs. A berkata... [Reply to comment]

Wah! Tahniah KBBA semoga terus maju jaya.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Moga Aben dan KBBA9 terus utuh. Saya sentiasa support!

Ana Suhana berkata... [Reply to comment]

Tahniah KBBA. InsyaAllah kalau ada rezeki sy nak join juga kelab yg hebat ni. Penuh dengan otai2 blogger. Byk ilmu nak kena serap.

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

bestnya

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

Thanks Ben for the kind of motivation. Saya pun pernah dikritik & kikutuk & difitnah masa menjadi blogger ni, tapi bila fikir balik, inilah asam garam seorang blogger kena lalui, so saya buat hati kering je, lantaklah orang nak kata apa pun

Sue Izza berkata... [Reply to comment]

terima kasih-itu je mampu ucap,dengan doa semoga Allah merahmati Aben dan keluarga.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI