Isnin, 29 Mei 2017

Pantau demam Zahra 48 jam..

Discaj dari hospital tapi dia belum pulih 100%. Demam dan batuk on off. Demam dia tu merisaukan. Kadang kadang cecah 39. Terus basahkan tuala pastu letak di perut dan ketiak dia. Pastu turun sikit suhu tu.. Tak tidur aku semalaman hingga sahur. Lepas subuh , aku mintak wife lak pantau dia. Aku nak lenakan diri. Risau aku lak demam.. Kalau aku demam , lagi payah... 
Ahad.. demam dia masih ada. Aku bagi kata dua pada wife. Kalau  demam tak surut , kita kembali ke Prince Court.  Tapi sebelum tu , jom kita regangkan otot dulu.. bawak dia gi Tesco. Tengok keadaan dia camana. Kalau dia tak bermaya , memang kena gi hospital. Tapi kalau dia segar terutama bila nampak anak patung , tu memang dia sedang bersedapan ! Maksud aku , dia sedap layan demam dia! Hurmm.. 
Dan jangkaan aku tepat.. di Tesco , dia ok ! Nak itu ini.. Dan dia kembali berselera makan. Tu je masalah dia skang. Dia tak nak makan. Tapi selepas gi Tesco tu , dia nak makan.. KFC lagi ! Pastu nampak la segar skit.. Namun suhu badan dia tetap naik. Aku mandikan dia dan bagi ubat demam. Hurmm.. Aku pandang wife. Sian kat dia kalau kena cuti lagi. Moga moga tak demam dah dia esok.. Sian kat Qhaliff gak. Seminggu tak sekolah. 
Malam... Zahra tidur lena. Setakat sehingga jam 1 pagi , suhu badan dia normal.
Moga dia tak demam dah.. Kalau demam , aku kena pikir pelan B.

3 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Kesian Zahra..moga Zahra terus sihat...demam tak on off..

addygagah berkata... [Reply to comment]

Ben.. demam lagi ke? Apa2 bgtau ye..

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

Shafaahallah.

Saya biasa dengan anak demam suhu tinggi, dan anak kedua saya memang mudah kena sawan. Biasa kalau disebabkan jangkitan bakteria, dah makan antibiotik dalam 48 jam biasanya suhu dah terkawal. Harapnya Zahra dah masuk stage tu la.

Anak saya demam on off sejak Januari, antibiotik dah berjenis, sampai doc pun dah taktau apa lagi masalahnya. Sudahnya saya ke homoepathy sebagai ikhtiar alternatif. Alhamdulilla dia serasi. Kata doc homoepathy, kumannya belum habis keluar lagi / tak habis mati lagi.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI