Pengalaman bagi talk secara santai di UMK Pengakalan Chepa , Kelantan.

Aku terima beberapa kali jemputan untuk beri 'talk' tapi seingat aku , aku hanya pernah terima jemputan di Teluk Intan jer.. yang lain aku tolak sebab tak bersedia. Tapi bila UMK offer , entah kenapa aku terus terima tanpa pikir panjang.. pastu baru mengelabah ! Hahahaha.. baru padan muka aku. Tak pasal pasal demam mengelupur kecuakkan ! Hahahaha.. ingat berani sangat ! 
Tapi aku kuatkan semangat. Cabar diri ini. Kalau wife aku boleh buat , kenapa tidak aku ? Haaaa.. dia sendiri berkali kali jadi pengerusi untuk mesyuarat yang dihadiri oleh KSU KSU Kementerian walhal dia sendiri cuak tapi berjaya gak dia lalui. Atas semangat tu gak la aku mencabar diri .. Rileks laa.. 'berdepan' ngan student je kot ? Hahahaha.. InshaAllah , diorang takkan bertanya soalan sebab kagum melihat kehenseman aku.. kan ? Aku harap gitu la nanti ! hahahaha.. 
Dari 2 minggu.. tinggal seminggu.. akhirnya tinggal 24 jam ! Debaran sampai kemuncaknya. Nasib baik laaa ada HOTEL PERDANA ! Kenapa HOTEL PERDANA ? Sebab staff mereka yang baik hati telah temankan aku seharian menenangkan diri dengan makan makanan yang sedap sedap di Hotel Perdana tu.. Huhuhhu... 
Akhirnya , tiba masa yang dinanti ! Aku gagahkan diri ni berdepan dengan pelajar pelajar pintar UMK. Doa aku tetap tidak berubah.. Jangan laaaaa korang tanya soalan soalan yang bisa membuatkan aku terkaku nanti. Hehehehe.. 
Dan , nama aku diseru.. Gulp... Tapi aku bersyukur , takda pensyarah yang join sama.. Huhuh.. Hanya pelajar jer.. Dalam 30 orang gitu. Nasib baik tak ramai. Kalau ramai , aku tak tau mana aku nak pandang.. Masa tu aku hanya membayangkan Amirah Othman atau Wany Hasrita sedang memandang aku sambil kenyit mata ! Aumm.. hahaha.. Aku gurau jer. 
Aku demam sebenarnya. Kepala ting tong sebab ubah. Tapi aku kuatkan semangan.. Aku mulakan dengan Bismillah.. 


Dan aku sudahi dengan Alhamdulillah.. Ada yang berminat untuk bertanya walaupun dah abis dah sesi aku merapu tuuu.. hahaha.. Aku pun tak tau la apa aku cakap depan tu sebab tetiba aku hilang punca ! 
Tapi aku bersyukur .. ada student yang post kemudian tag aku.. 


Sekarang aku mengerti perasaan bila penceramah tanya begini.. 
" Ada apa apa soalan tak untuk ditanya  ? ". 
Dan mereka pun krik krik..... Semua macam paham ! Tapi dalam kes aku , ada dua awek cun berjaya menyelamatkan keadaan.. Diorang tanya soalan yang dah biasa aku jawab.. Camana nak bahagikan masa dan nak tau blog kita ada pembaca.. Huhuh.. Tutup mata je jawab ! 
Selesai tugas aku dan menariknya , mereka berminat untuk menjemput aku sekali lagi ... tapi kali ni buat bengkel lak ! Aku terus senyum dan setuju.. Dalam hati aku , aku nak ajar apa nanti ??? Hahahaha... poyo tul aihhhh ! 

6 ulasan:

  1. terbaiklah...kalau ada rakaman mesti lagi best...boleh dengar sekali apa yang nak disampaikan

    BalasPadam
  2. Tahniah Encik Ben๐Ÿ‘and all the best untuk bengkel nanti ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
  3. Once a teacher, always a teacher. Tahniah & good job cikgu aben hehe

    BalasPadam
  4. hahahaha.. Eh, ada saya disitu.. hehehe. terima kasih abg ben sudi datang berkongsi ilmu dengan kami. Jangan serik untuk datang lagi ye.

    BalasPadam
  5. Tahniah Aben. Dah sampai ilmu yang bermanfaat.

    BalasPadam
  6. Video, mana video? Boleh juga dengar apa yang bro Ben suarakan. heheh

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI