Jumaat, 5 Mei 2017

Qhaliff mula langkah pertama sebagai food blogger ???

Aku bawak dia ke Taman Equestrian Putrajaya. Sebelum tu aku amik dia kat tadika dia dan bawak gi ke satu tempat dulu.. belanja mainan ! Nanti tak kacau aku kat event.. dia ada toys nak main dah.. harapan aku gitu la ! 
Aku tahu Qhaliff minat kamera. Dulu arwah ayah ada kamera gak dan aku menunjuk minat seperti Qhaliff gak.. cuma aku tak dibenarkan pegang langsung kamera waktu tu.. Sensitif kata arwah ayah aku. Huhuhuh.. memang betul pon... tak merajuk aih aku.. 
Tapi bolehkan aku berpegang dengan kata kata Qhaliff yang dia takkan buat hal kat sana nanti ? Hurmm.. dia ni bukan leh tengok ramai orang. Jadi cuak semacam melainkan ada geng dia ! Haaa... walaupun dia tak kenal tapi kalau dah ada geng , kasi dia seminit jer.. confirm budak budak tu akan ikut main dengan dia. Pandai mengumpan Qhaliff ni ! 
Di Taman Equestrian Putrajaya.. 


Menarik tempat ni tapi tak mampu menarik perhatian Qhaliff.. Aku ajak dia naik kuda , dia takut. Kalau Zahra mungkin dia berani.. Kemudian , aku kasi tablet.. 5 minit je dia pegang.. dia tak nak ! Hurmm.. Kemudian dia ikut aku ke sana sini.. Huhuhuh... Dok pegang aku jer.. Dah datang dah boring dia ! Hahahaha.. 
Aku selesaikan urusan aku. Tak sempat nak makan pon. Orang rumah pon dah abis kerja. Tengok jam dah kul 6 petang. Hurmm.. Qhaliff ajak balik. Hahahaha.. Aku rasa Zahra lagi suka kot ? Qhaliff bukan kaki makan. Zahra mungkin ! Nanti nak bawak dia lak.. heeee..

5 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Qhaliff fokus lain..Zahra fokus lain..dan Aariz pun ada fokus lain..nak tengok juga kisah Zahra sahaja bila ikut daddy kerja..Kisah Zahra dan daddy..

mas saari berkata... [Reply to comment]

Tak boleh jadi food blogger lah camtu, kalau tak suka makan! Hehehee.

IQ = Iez Qis berkata... [Reply to comment]

Qhaliff ada minat dia yang tersendiri, setiap anak pasti ada keistimewaan masing2 =)

Haslina berkata... [Reply to comment]

haha.. bawak zahra pulak lepasni..

Mohaz Sue berkata... [Reply to comment]

InsyaAllah bila Qhaliff dah besar sikit nanti dia boleh sesuaikan diri dalam majlis2 camni

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI