Selasa, 16 Mei 2017

Setelah setahun lebih berlalu , akhirnya setengah saja diperlukan !

Hampehhh ! Aku dah putus asa dengan SENHENG. Malas dah beli barang kat diorang . Aku suka beli kat diorang sebelum ni walaupun harganya agak mahal berbanding di kedai kedai lain adalah sebab servisnya dan juga jaminan yang diperolehi jika beli barang dengan mereka.. 
Tapi kes aircond aku yang rosak.. buat aku kecewa ! Dipanggil datang repair , jawapan diberi macam macam. Akhir sekali , orang yang datang check tu kata motherboard rosak ! Kena tunggu spare part dari kilang ! 
Masih ingat lagi aku.. waktu tu sebelum Tahun Baru Cina , 2016. Sehingga Tahun Baru Cina tahun 2017, takda perkembangan. Aku anggap aircond aku tu dah riosak. Malas dah nak pikir dah ! Tunggu ada duit , beli yang baru jer.. Oh ya , untuk jaminan untuk aircond aku tu adalah 5 tahun. 
Nak dijadikan cerita.. baru baru ni aku ada pergi ke SENHENG , Bandar Baru Nilai .. nak beli printer. Terdesak punya kes. Di sana , aku tengok.. ramai staff baru. Aku cuba nasib sekali lagi buat report selepas beli printer. Dia pun suka cara aku yang tak banyak karenah semasa beli printer tu. Dan aku pun bagitau masalah aku. Dia amik butiran dan janji akan amik tindakan dalam masa beberapa hari ! 
Tak sampai seminggu , ada orang datang check aircond rumah aku. 'Orang' SENHENG. Dan dia check... tak sampai setengah jam , aircond aku beroperasi semula dengan riangnya ! 
Akhirnya , kembali sejuk ruang tamu umah aku tapi aku dah selesa dengan keadaan tanpa aircond ni di tambah lagi bil elektrik dah ok la skit berbanding sebelum guna aircond.. huhu ..
Terima kasih SENHENG !

4 komen :

zoeyzauyah berkata... [Reply to comment]

as salam abg ben.lama tak mai komen kat sini 😊.ok la tu aircond dah berfungsi semula, sekarang musim panas hihi.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Oklah dah dibaiki.
Saya pun jarang² dah guna aircond sekarang, memang jimat banyak bil letrik.

PERMATABIRU berkata... [Reply to comment]

kalau kena dengan orgnya masalah pun cepat selesai hehe

IQ = Izyan Balqis berkata... [Reply to comment]

Kena report direct baru nak ambik tindakan. Nasib baik staff yg baru tu bagus. Kalau still macam sebelumnya mahu kena ban bertahun. Heee

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI