Upah gunting rambut !

by - Sabtu, Mei 27, 2017

" Qhaliff.. jom gunting rambut.. Tengok rambut Qhaliff , tu.. macam King Kong dah rambut ! Nanti nak gi sekolah , tak hensem. Haa... Nanti Ticer Ayub ngan Ticer Fahmi gelak kat Qhaliff.. tengok rambut cam King Kong. ". Kata aku sambil  halakan cermin kat muka dia.  
" Hensem tak ? ". Tanya aku. Dia sengih sambil gelengkan kepala. 
" Haaa.. Isnin ni nak gi sekolah , mesti nak nampak hensem kan ? Jom gi gunting rambut.. ". Ajak aku sekali lagi. 
" Tapi Ticer Ayub.. ". Dia mencelah tapi pantas aku potong... Sayang tul dia ngan Ticer Ayub dia tu.
" Nak hensem ke tak nak ni ? ". Tanya aku sekali lagi. Dia sengih. 
Di Alamanda... dia dah lena dalam kereta. Aku biarkan dalam 10 minit dia tidur dulu. Take a nap omputeh kata.. Takda la nanti dia meraung atau buat pasal..kan ? Pastu baru aku kejut dia. Ceria terus. Hurmm.. aku tau nape dia ceria.. Bukan sebab nak gunting rambut pon.. 
Menghala ke Hairven , tingkat 2. Dia tak nak masuk ! Amboiiiiii... memilih tul laaa ! Aku tau dia nak g mana... A-LOOK !!! Kalau Hairven , baru RM belas belas seingat aku tapi kalau kat A-LOOK , RM33 ! Gunting saja ok !!  Huhhh... 
Tapi ok laa.. aku rasa dia tak suka Hairven sebab dulu rambut dia pernah digunting kat situ dan tidak memuaskan hatinya.. hahahah.. A-LOOK pon nampak kelas skit. Hahaha.. dia ni memang poyo skit part ni. Nak kelas gituuu..
Siap...  Upahnya ?? Hurmmmmm....
Dan Zahra , aku tak bawak sama sebab badan lom sihat sangat. Kasi dia berehat betul betul di rumah..

You May Also Like

5 comments

  1. Senyum tu...amboi...alhamdulillah dah potong rambut Qhaliff..

    BalasPadam
  2. tu diaaa dah pandai pilih kedai sendiri...heheheh

    BalasPadam
  3. wah senyum tul2 happy dia kan

    BalasPadam
  4. Datang ke laman ni lagi.
    O ya Umi an ak ke 3 saya ambil STPM 2016.Kimia tak kredit tak dapat masuk matrik..ke F6 ja dia..tunggu UPU..
    semoga tercapai impian dia. Alhamduliullah dia dapat top 3 baru2 ni di sekolah dialah..

    BalasPadam
  5. memang selalu la anak tuan pakai minyak bond kat kepala leh kumpol mainan haha

    BalasPadam