Selasa, 13 Jun 2017

Aku manjakan diorangkah ?

Bila tengok muka diorang , aku teringat zaman aku kecil dulu. Aku nak mainan, memang payah nak dapat ! Tapi kalau kasut bola , arwah ayah sanggup bergolok gadai ! Atau kalau aku nak sambung belajar , dia sanggup bersusah payah ! 
Tapi waktu tu , aku tak paham. Aku sentap ! Aku terasa dengan adik beradik aku. Menyediri. Tiap malam , gi melepak ngan kawan kawan. Lewat malam , baru balik. Tapi Alhamdulillah , aku tak terjerumus ke kancah yang tak sihat. Aku cuma lepak berborak.. main ping pong dan main bola.. malam malam.. 
Namun jauh di lubuk hati , aku terasa.. Kenapa susah sangat aku nak dapat mainan ??? Aku nak kereta pon tak diberi. Tapi 'diorang' mudah jer ! Aku sedih. Aku tak paham. Yang aku paham , aku bukanlah anak kesayangan.. 
Sekarang , aku bergelar bapa. Aku tak nak perasaan aku tu , diwarisi mereka. Aku garang. Qhaliff , Zahra malah Aariz takut bila aku marah. Qhaliff sendiri cop aku ' daddy jahat' ! Hurmmm... apa nak buat ! Aku tak nak dia jadi 'Sazali'. Aku garang bukan aku nak sangat. Aku terpaksa. Tapi pada masa sama , aku jadi 'kawan' dia juga. Bawak dia keluar.. lepak makan berdua. Dia suka ! 
Dan akhirnya aku mengalah di satu malam. Aku bukan suka suka belikan pada dia. Aku geram pada dia.. dan.. Sian dia. Aku kena betulkan balik keadaan. Aku ajak dia keluar. Dalam kereta , aku bagitau dia. Aku terangkan pada dia. Kenapa dan mengapa.. Aku tau dia tak paham... Tapi dia lafazkan pada aku.. 
" Daddy tak jahat la.. Daddy baik. ". Yer , mereka paham.. Mana satu jahat dan mana satu baik ! Aku tak ajar dia rasuah ! Kasi barang , terus baik. Malam tu , dia tak dapat apa apa pun. Sekadar bawak dia keluar jalan jalan dengan aku , tanpa Zahra. 
Sedih... akhirnya aku beri apa yang dia nak.. Dan dia amat menyukainya. Dia tau mahal. Tapi aku tau dia nak sangat... kali ni ! Dan akan ada lagi yang dia nak ! Aku memang ada ajar dia menabung dan paling penting ialah sabar. Dia sabar sangat. Bila lalu depan Toys R Us tu , dia pandang aku. Tunggu aku kasi 'lampu hijau'. Dia takkan masuk selagi aku suruh. Kalau aku berjalan terus , wajah dia berubah. Pandang ke lantai. Hurmm.. aku memahami sangat perasaan tu. 
Aku pandang dia. Aku senyum. Terus dia berlari masuk. Zahra pun ikut sama. Pastinya berbunga bunga hati dia. Wife pandang aku. Senyum je la.. Aku tahu dia akan 'pengsan' nanti. Tapi biarlah.. Rezeki diorang. Menyimpan , dah. Biarlah... Memang membazir tapi.. entahlah , mungkin aku sendiri pon suka kot ? Hahahaha.. Setiap lelaki ada sifat 'keanak-anakkan' di dalam dirinya walaupun dah tua ..cam aku ! Hahahaha..

Tak pe la.. Aku kalah sedikit , sekarang.. dari kalah besar , di kemudian hari ! Aku dah tengok ramai orang , bila tak dapat sesuai yang diinginkan , mereka panjang tangan ! Aku tak nak diorang jadi gitu. Berusaha selagi mampu.. 

6 komen :

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

pada saya takpela, diorg suka mainan bukan sampai tua pun. hihi saya pun kiranya manjakan anak2 ke?

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Juju sebak baca entry ben ni tau...memahami jiwa anak2...ya Allah...rasa sangat berdosa pada si anak...sbb pada awalnya kekang apa yang mereka nak...huhhh sedih rasa. Baiklah, balik ni juju istiqomah, mereka pun akan besar...nanti mereka juga berkata...kenapa kenapa ada perbezaan. Allah.

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

sekali sekala belikan apa salahnya.. kalau selalu belikan tu takut nanti jadi 'sazali'..

mOoN IzzaN berkata... [Reply to comment]

nak nangis.. huhu.. kalau boleh kita xnak anak kita rasa apa yg kita rasa dulu...

Norliza Nordin berkata... [Reply to comment]

teringat zaman kanak kanakkk

mas saari berkata... [Reply to comment]

Sayu lak baca. Tapi saya ni memang jenis berkeras tak akan beli mainan untuk anak², jadi babah diaorang lah yang beli. Hehehee!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI