Rabu, 7 Jun 2017

Ben Ashaari kejam ?

Arahan dikeluarkan ! Apakah sebabnya ???
Di dalam page Kelab Blogger Ben Ashaari , aku nampak ada beberapa orang post mencari blogger untuk membuat review produk. Di dalam tu , hanya dibenarkan posting berupa entri blogger saja. Aku nak jadikan situ umpama tempat membaca entri entri blogger tak kira la berinfomasi atau pun santai. Dalam erti kata lain , untuk promote blog mereka juga. 
Tapi bila posting begitu dibuat , aku perlu delete ! Kenapa ?? Yang pertama , jika mereka membuat review dan ada blogger yang tidak berpuashati atau review tidak menepati syarat , berlaku salah faham.. rasa-rasanya sapa yang akan dituding jari ? Selain blogger tu sendiri, pastinya nama page tu mendapat tempias ! Aku tak izinkan itu berlaku , sebelum berlaku ! Maka aku perlu bersikap tegas ! 
Apakah aku bersikap tamak ? Nak kaut semua job job dan berikan pada blogger KBBA9 ? Eh , apa lak.. ni kan page yang mana aku sendiri foundernya ! Sememangnya dari dulu ini pelan perancangan aku. Dari tahun 2009 kot ?? Apa ingat aku baru nak rancang ke ?? Agak agak la skit yer ! 
Apa jua tindakan aku. aku perlu jaga nama aku , nama team #KBBA9 dan juga nama blogger yang lain ! Aku tak nak ada founder amik kesempatan juga dengan menawarkan harga harga review yang mengarut pada blogger ! Walaupun mereka baru dalam dunia blog , takkan nak offer sehingga serendah RM10 untuk satu review ! Giler ke apa ???  
Dan blogger pon mau pikir la skit.. kalau buat review produk terutamanya jika melibatkan pemakanan... mau gak pikir diri sendiri ! Jangan asal duit je , sapu terus ! Aku dah lihat sendiri kes kes kesan sampingan pada blogger ! 
Kalau nak kata aku kejam gak , terpulang la yer.. Cuba buat page sendiri dan ajak founder tu gi join page tu.. Aku tak larang aihh... Rezeki masing masing .. Oh ya, dan buat founder founder yang ada dalam page ni.. Kalau aku jadi korang , aku tengok posting posting mereka di dalam sini.. Nilai cara penulisan dan mesej la mereka terus.. offer mereka job dengan bayaran yang berpatutan. Barulah betul.. kan ? 

4 komen :

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

betul2.... cc founder KBAC

ekekekekeke

mas saari berkata... [Reply to comment]

Betul tu, kat page kenalah share entri. Boleh yang baca dan mana tau dapat idea nak tulis entri kat blog sendiri, hehehee!

Mrs Fuzy sweetsourleyra berkata... [Reply to comment]

well said..

Norliza Nordin berkata... [Reply to comment]

saya newbie #kbba9 :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI