Demi Ultraman X , Qhaliff rela berubah !

" Nah duit.. simpan dalam tabung ! Nanti dah banyak , kita gi beli .. ok  ? " . Arah aku. Sian kat dia tapi demi masa depan dia , dia perlu belajar.. guna duit sendiri jika inginkan sesuatu ! Itu juga 'arahan' arwah ayah aku.. Maka apa jua aku nak , aku kena usaha sendiri.... termasuk nak kawin ! Huhuhu.. 
Akhirnya , Qhaliff berjaya ada tabung sendiri.. tabung lut sinar ! Aku bagi macam macam tabung tapi tabung 'murah' jugak jadi pilihan ! 
Aku abis kerja. Pantas balik rumah. Diorang dah ready nak keluar selepas seharian di rumah. Kesian.. Huhuhu.. Dan Qhaliff , dalam kepala dia ialah Alamada
 Jam dah menunjukkan 12 tengah malam. Alamanda pon dah tutup. Dia masih berharap dan membawa tabung dia naik ke kereta. Dalam kereta , dia sambung tidur ! Huhuhuh.. Tabung tetap dia pegang. Begitulah keinginan dia kalau dia nakkan sesuatu. Selagi tak dapat , selagi tu dia berusaha !
Hurm... berbeza sungguh dia ngan Zahra. 

5 ulasan:

  1. samala anak saya pun, dia nak beli transformers besar, rela pakai duit sendiri,

    BalasPadam
  2. Bagus Qhaliff. Dari kecil dah belajar menabung👍👍👍

    BalasPadam
  3. betul2... insyaAllah nak terapkan sama pada anak =)

    BalasPadam
  4. Bagus², nanti mesti dia seronok bila tabung dah penuh. Leh beli ultraman!

    BalasPadam
  5. Terus berusaha tu yang bagus..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009