Ini anak-anak aku !

Lelaki kacak tu , bapa kepada 3 orang anak anak comel tu.. Kecomelan mereka diwarisi dari ayahnya yang sangat comel masa kecil dulu. Bayangkan anak anak comel ini , bersekolah di usia 5 tahun. Sebulan bayaran beratus ringgit ! Bapak dia yang kacak itu , berhempas pulas mencari duit.. nak bayar yuran.. nak bayar duit insuran.. baju baru.. makanan berkhasiat serta bayar duit internet ! Mainan lagi ! Haaaa.. 
Kos membesarkan mereka bukan seringgit dua. Ada parents bergolok gadai ! Cam kes aku , untuk dapatkan Qhaliff.. wife terpaksa lalui dua pembedahan.. Haaaa ! Ingat jolok je terus dapat anak eh ?? Haa.. marah ni , marah ! 
Berikan mereka kasih sayang. Layan karenah mereka... sehingga la besar ! Fuh... Masuk sekolah , ehhh.. suka suka mak bapak korang lak nak membuli anak orang ! Haaa.. Marah ni , marah ! Bahasa kurang ajar aku guna ni ! Geram sangat !!! Nak didik tak nak manjakan mereka  ? Hekler... ni zaman apa ??? Dulu nak raging raging pon , kena tau la batasan. 
Pastu.. nak belasah anak orang lak ! Amboiiii.. overnyaaa ! Sesedap rasa jer nak belasah orang eh ? Banyak tengok tv eh ??? Aku tau mak bapak korang tak ajar gitu. Ni mesti banyak tengok video tak ditapis ni ! 
Aku dulu pun pernah bersekolah gak. Aku pun nakal gak. Tapi nak buli buli orang ni , aku tak minat sebab aku sendiri pon tak suka dibuli. Yang suka membuli orang , kononnya nak kasi mesra ni.. sebenarnya 'bermasalah'. Walaupun akan ada kenangan manis (kononnya) , tapi membuli orang ni sebenarnya meninggalkan kesan negatif pada jiwanya. Tak mustahil , dia akan buat pada orang lain ! Apakah kita nak tengok dosa kita membuli itu , diwarisi zaman ke zaman ??? 
Anak aku kena buli , siap ! 

Tiada ulasan:

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.