Kepuasan melalui update blog , setiap hari !

by - Sabtu, Jun 24, 2017

Terbaca satu artikal mengenai teknik blogging.. satu penulisan yang kemas dan menarik tapi.. agak tidak sesuai dengan jiwa aku. Heee.. maaf cakap , aku seorang yang gemar 'update' status.. dari zaman Mirc lagi. Aku giler 'update' bukan untuk mendapatkan LIKE atau 'Komen Simpati' tapi lebih pada nak 'beramah mesra' dari jauh bersama kenalan dunia siber. 
Kemudian ada yang syorkan aku buat blog memandangkan aku gemar 'berkarya' di Facebook walaupun tiada la sangat ilmiahnya.. heee.. Namun dapat juga menghiburkan hati rakan rakan yang membacanya. Menarik untuk mengumpat bersama , aku tak berminat tapi ada jugak la terlepas.. Itu tidak bagus untuk kehidupan.. kan kan ? 
Yer.. aku jadi blogger.. meluahkan perasaan melalui blog. Aku bukanlah seorang yang bijak pandai menulis artikal yang mana setiap artikal perlu dibuat melalui kajian yang teliti dan telus.. aku lebih berminat untuk menulis melalui pengalaman 'sebentar tadi'.. dikongsi pada rakan rakan yang gemar membaca 'kisah rakan rakan' ! Haaa..berapa banyak rakan rakan daaa ! 
Cara  menarik trafik yang aku gunakan ialah kekerapan mengupdate blog. Ada yang kata aku giler dan takda strategi.  Mungkin la kot.. tapi bagi aku ianya berhasil sama sekali ! Aku melihat pada kekerapan akhbar online mengupdate berita terkini yang membuatkan website mereka tidak putus putus dikunjungi pengunjung.. 
 Kerja giler ? Tak pun bagi aku.. Apa yang aku lakukan ialah untuk memastikan 'BEN ASHAARI' di dalam kepala mereka. Awal pagi , setiap hari aku nak buat mereka tertanya tanya , apakah 'BEN ASHAARI ' bercerita di blognya.. Dan aku dapati , kisah anak anak menarik minat mereka. Gossip atau berita semasa juga memberi respon yang tinggi tapi aku cuba elakkan.. melainkan jika ianya bermanfaat. 
Jadilah blogger jika korang minat bercerita dan berkongsi pengalaman kehidupan korang. Updatelah selalu sebab ianya mampu memberi manfaat andai perkongsian kita tu ada ertinya. Yang penting , korang tau kenapa korang nak jadi blogger . Kalau sekadar nak dapatkan $$ , aku galakkan korang banyakkan membaca mengenai tips tips blogging.. Tapi jika korang minat menulis , maka berkaryalah. Takda orang baca ? InshaAllah ada punya. 

You May Also Like

3 comments

  1. Sebab tu abang antara idola saya dalam dunia blogging ^_^ xD hehehe

    BalasPadam
  2. Saya pun suka berblogging semenjak tahun 2005. Semasa menulis blog kita dapat rakamkan peristiwa2 semasa yang berlaku pada waktu itu. Kadangkala bila baca aemula kisah2 yang pernah dituliskan secara automatik kita akan mengimbau kenangan tersebut. Kini, setelah 12 tahun berlalu kita masih dapat 'refresh' kenangan tersebut. Bukan sahaja diri sendiri malahan anak2 juga secara tidak langsung mereka dapat membaca kisah2 mereka yang kita tulis 12 tahun yang dulu.

    BalasPadam