Jumaat, 2 Jun 2017

Konsep D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat menarik untuk 'kaki makan' dengan santai !

Suka makan steamboat ? Barbeque ? Grill ? Dan boleh lepak makan dengan rileksnya ? Boleh la ajak kawan kawan gi ke Shah Alam... gi ke D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat ! Waze je .. confirm jumpa !  Kenapa aku syorkan ke sana ? Hehehee... Yang pertamanya , dengan harganya yang murah yakni cuma RM44.90 untuk dewasa dan kanak-kanak cuma RM22.90 , korang akan menikmati pelbagai juadah yang menarik dan menyelerakan ketika berbuka puasa ! 
Ditambah lagi dengan pernah menjadi restoran pilihan beberapa rancangan seperti JJCM ,Nasi Lemak Kopi O dan History Channel  , berbuka puasa di D'Kayangan ni pastinya akan memberikan kenangan manis buat pengunjung , terutamanya kaki makan ! Hehehe.. Steamboat dia memang sedap ! Grill pun.. Eh , barbeque pun laa ! Hahaha.. 
Ketika aku upload gambar di Facebook , ada komen positif dari rakan rakan yang pernah ke sana .. Alhamdulillah.. 

Jangan risau bab solat sebab ada surau di situ dan juga berhampiran restoran juga ada lagi surau yang lebih besar dan juga masjid. Nak selesa kalu , solatlah dulu selepas berbuka dan kemudian baru makan sampai pengsan ! Hahahaha.. Yelah , makanan sedap kot ! Kalau tak solat lagi , nak makan pon cam tak kena je kan ? Haaa.. 
Bermula dari jam 5 petang , dari hari Isnin hingga Ahad.. D'kayangan menyajikan lebih 199 hidangan dan mampu memuatkan sehingga 400 orang dalam satu satu masa.. Parking free ! Jangan risau aih... dan banyak ada ruang parkingnya.

Antara hidangan yang menanti para pengunjung ialah Roti Jala , Roti John , Kuey Teow , Ayam Goreng Berempah. Hidangan utama mereka ialah Nasi Beriyani , Dalca Beriyani , Jelatah , Papadom dan juga Asam Laksa. Ini adalah menu utama sepanjang Ramadan. Bagi peminat nasi putih , Daging Masak Merah , Ikan Dori Masak Masam Manis , Sayur Masak Sos Tiram dan banyak lagi. Hidangan ni bertukar setiap hari. 



Dan aku , ketika di sana.. aku suka makan steamboatnya. Memang sedap ! Dan aku diberitahu yang D'Kayangan ni mengutamakan masakan secara steamboat ! Patut laaaa... sedap ! Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk menikmati bersama sama aneka makanan laut yang segar. Terdapat pelbagai pilihan sos buatan Chef D'Kayangan sendiri iaitu Chef Shanizam. Ada sos cili pedas , sos cili Thai , sos manis , sos bawang putih , sos lada hitam , sos yong tau foo dan banyak lagi. Untuk pengetahuan korang , Chef Shahnizam dah berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari.
Untuk menaikkan lagi rasa dan aroma perapan , Chef Shahnizam telah membuat pembaharuan pada menu grill perapan untuk ayam , daging , udang , sosej , ketam , ikan dan sotong.Tidak ketinggalan juga makanan laut segar yang dihidangkan seperti Lala , Pepahat , Ketam , Udang dan juga menu bebola turut dihidangkan pada pengunjung seperti seafood tofu , Salmon  Fishball ,Vegie Fishball , Prawn Ball , Beef Ball dan Crab Filament.
Pencuci mulut pelbagai kuih muih , aneka kek , buah buahan serta bubur manis juga disediakan untuk pengunjung. Maka , akan kekenyanglah para pengunjung nanti ! Hehehehe.. 



 

 Amacam ? Sedap kan ? Haaaa.. Kalau tak sedap , panggil manager dia. Kasi tau apa yang tak sedap ! Haaa.. Jangan kasi aku.. tak berbaloi ! Hehehehe.. Tapi inshaAllah , menepati selera anda. Pastikan terlebih dahulu buat tempahan sebab boleh dikatakan setiap malam , meja penuh ! Haaaa.. Jangan salahkan aku lak kalau main serbu je pergi ! 
Er , camana nak tempah ? Hubungi D'Kayangan samada melalui call , whatsapp atau sms di nombor: 
  1. ☎️+6012.297.1091
  2. ☎️+6017.627.4015
  3. ☎️+603.5523.4979
Atau boleh je ke Facebook D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet terus untuk mendapatkan info dengan lebih lanjut. Tunggu apa lagi ? Nak ajak aku join sama ke ? Hehehhe... 

Best ! 

6 komen :

Emarieys berkata... [Reply to comment]

Kuah tomyam steamboat dia mmg menyengat..pedasnya kasi ulang makan...bukan berhenti makan.

Miera Hassan berkata... [Reply to comment]

Terbayang-bayang dah.. tomyam dia pekat.. sedap

mas saari berkata... [Reply to comment]

Saya peminat steambot, nanti nak trylah makan kat sini.

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

hmm jauhnya nak pergi. teringin jugak nak rasaa

shazillahsani.com berkata... [Reply to comment]

insyaallah..mggu ni nak berbuka dengan kawan-kawan disini...hihihi

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Tercari-cari port berbuka puasa utk mama dan abah...leh cuba ni

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI