Rabu, 7 Jun 2017

Maggie Sambal Garing Bilis Kedondong , sedap !

Resepi 5 minit sebelum jam 5 pagi ! Tak tau nak makan apa dah.. Zahra asyik dok kacau aku. Kejap nak susu.. kejap mintak koko crunch.. pastu mintak biskut.. dan berak ! Pas berak , dia ulang balik semua tu... Segalanya bermula pada jam 1 pagi ! Dia akan tidur , pas subuh karang ..hingga jam 3 petang ! Tapi ok gak la.. aku jaga Aariz sorang je belah pagi. Hahahaha.. 
Ok... Idea megi ni , aku main sauk je sebenarnya. Pada awalnya , aku nampak megi ni dalam almari dapur. Sebelum tu pelan nak makan samyang jer.. tapi takut terlalu pedas dan pedih perut di pagi hari nanti.. aku batalkan je.  Yelah , kang terbelahak... pedih tekak.. nak telan apa ?? Puasa kot ?? Haa.. 
Maka.. aku buat megi jer..
Ahaaaa.... Megi , aku guna 2 bungkus megi asam laksa. Kenapa asam laksa , sebab masam masam gituuu ( sebenarnya 3 tapi aku tau korang akan ternganga , jadi aku bohong dengan mengatakan aku guna 2 jer. ) . Aku rebus 2 kali.. Kali pertama aku buang separuh kuah.. kemudian tambah air , dan masukkan satu lagi perencah ( sebenarnya aku terlupa nak bubuh perencah.. jadi nampak kuah tu cair. Sayang pulak nak buang perencah asam laksa ni ). 
Pastu siap. Letak dalam mangkuk dan buangkan kuahnya. Tinggalkan skit jer.. Sikit jeee tau ! Haaa.. Kasi basah basah gitu. Kemudian tambah la sambal garing dan sambal bilis kedondong. Fuhhhhh , tak tahannn kauuu bau dia ! 
Aku pon mula makan ! Ya Allah... sedapnya ! Terus aku makan sorang jer.. Tak jemput wife. Hahahaha.. Dia tak makan megi megi ni ( kalau jemput , mesti makan gak ! ). Tak sampai 5 minit , selesai ! Lega wehhhh.. sedap ! Tak pedih tekak pon.. 
Pastu kan.. pastu kan.. Aku buat secawan air epal cuka Surya. Minum. Hehehe.. Takut nanti sendawa , pedih perut.. Dan memang berkesan ! Hehehe.. Nasib baik ada banyak stok. 


10 komen :

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

huh.
ini memang luar biasa punya menu nih.
boleh tahan banyak campuran dia.
kreatif boh.

athirah hassin berkata... [Reply to comment]

ni resipi maggi lain dari lain.. xpnah nampak orang buat.. kalau maggi kari jadi lauk tu pnah laaa...

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

memang sedap tu

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

terliur plak hahaha

mas saari berkata... [Reply to comment]

Sedapnya, lama dah tak makan maggi. Saya pun suka maggi asam laksa.

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

wow

Norliza Nordin berkata... [Reply to comment]

ni boleh join contest maggie dah ni.. hihihi

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

sedap asam laksa

Syamila Mohd berkata... [Reply to comment]

lamanya tak makan maggie asam laksa, tetiba terliur...bulan pose gituler. semua nampak sedap..hehehe

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

I suka maggi kari makan ngan sambal kering ni atau sambal ikan bilis, sedap nyaaa

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI