Punca wife boleh terikut kata si 'Inspektor Polis' palsu !

Macam macam reaksi aku terima setelah 'memviralkan' kisah wife aku tu.. Aku bukan saja saja nak viralkan ye...ini atas permintaan anggota polis yang bertugas ketika tu atas tujuan untuk mengelakkan ramai lagi tertipu !  
Antara reaksi yang membuatkan aku tersenyum... "Aku takkan jawab telefon kalau aku tak kenal ! " dan silalah pasang TrueCaller ! Hurmm.. kalau nak tau , antara wife aku dengan aku , dialah insan yang sangat berhati hati berbanding aku. Tapi pada ketika tu , dia yang sedang kalut nak balik ditambah seorang diri di pejabat dan kena kunci opis sebelum keluar pasti akan berada dalam keadaan 'terlepas pandang'. Lagi pun , kerja macam dia.. macam macam orang call kot ?? Dia bukan berurusan dengan orang yang dia kenal jer.. Kadang kadang orang dari Jabatan atau Kementerian lain pon akan call untuk meminta maklumat atau memberi makluman.. dan sebagainya ! Takkan bila tengok nombor tak kenal terus tak jawab ! Masak gak nanti kena 'maki' sebab tak jawab call .. terutama kalau emergency ! 
Dan kemudian dia menurut kata orang tu.. Mau tak mengelabah dikatakan ada buat pinjaman lebih lagi dia pernah kehilangan Mykad ! Bukannya tak pernah ada kes , Mykad disalahguna oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab ! 
Terus terang , umpan si penipu tu memang mengena la.. Wife aku yang tak suka berhutang tu pasti cuba menyelesaikan masalah dengan segera apatah lagi bila dikaitkan dengan kes jenayah berat ! Kebetulan lak tu dia di pejabat SEORANG DIRI dan DIMINTA TIDAK MEMBERITAHU SAPA SAPA atas alasan jangan percayakan orang sekeliling ! Dia umpama blur seketika ! Tak leh pikir apa apa sebab dalam kepala dia hanya tertumpu pada keluarganya terutama anak anaknya ! Kena pulak , dia baru je kelmarin gi lawatan ke Pusat Tahanan Rohingya dan nampak betapa sedihnya berada jauh dari keluarganya. Antara faktor faktor itulah dia 'tergoda' dengan ugutan si penipu tu. 
Syukur Alhamdulillah.. Allah telah menyelamatkan dia dan juga duit raya aku tu ! Kalau tak silap , katanya ada kawan dia pernah tertipu juga.. berbelas ribu dia buat tranfer tapi dia tak dapat butiran lengkap sebab kawan tu tak cerita sepenuhnya.. Katanya dia baru kena tipu.. buat tranfer ! Wife aku lak spesis malas tanya banyak kecuali orang tu cerita sendiri.. 
Kesimpulan.. Sebagus mana kita pon , adakalanya kita boleh terlepas pandang atau 'terlupa' sejenak. Oleh itu.. kita kena selalu ambil berat dengan isu isu semasa yang berlaku di dalam media sosial dan juga luar !  Sekadar hati hati.. Kalau tak yakin , jangan turut sama memviralkan. Belajar buat sedikit kajian seperti dengan mengoogle.. heeee.. 
Ahaa.. dalam sehari dua ni , perli wife best gak ! 
" Daripada bagi duit kat orang tu beribu ribu , baik belanja abang seluar Levi's sehelai dua.. " 


4 ulasan:

  1. hari tu puri susu ni dia nak levis plak ....hahahahani betul2 ambik kesempatan nihhh

    BalasPadam
  2. Betul tu, kadang bila dah panik kita akan teralpa sekejap. Tapi nasib baik wife aben tersedar jugak, syukur alhamdulillah dah tu.

    BalasPadam
  3. betul gak, risaunya skrg mcm2 gaya orang nak duit huhu

    BalasPadam
  4. betulla tu, manusia kekadang ade gak terlepas pandangg.. tapi alhamdulilah semua ok

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI