' Tamar Jalis ' cuma satu rekaan ? Jadi Siri Bercakap Dengan Jin tu cumalah imaginasi ?

Aku membesar dengan membaca buku buku seram karya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah. Memang mengisi malam aku laaa ! Seram sejuk je bila baca buku buku ni. Nak tambah feel lagi , baca tengah malam buta.. Hahahaha.. 
Sehingga pagi tadi , aku anggap novel Siri Bercakap Dengan Jin tu adalah berdasarkan pengalaman benar.. tapi hancur bila aku dengar sendiri pengakuan dari bekas penulis majalah Variasari , majalah misteri yang cukup popular tahun 80'an. 
" Hah ??? ". Aku terkejut. Siap bagitau lagi dia keluar amik gambar busut dan jadikan cerita. Aku tepuk dahi ! Giler dasat imaginasi dia ! Hidup sungguh la penceritaan dia. Aku tak marah pon malah kagum lagi ! Kalaulah dia buat blog dengan cerita cerita dia tu sekarang ni , aku rasa dia antara blogger yang cukup popular laaa di tanah air kita ni ! 
Aku google...
'..teknik penulisan kreatif tertentu dan strategi memikat pembaca.. "
Tapi insan yang buka mulut tu , bukanlah insan di dalam gambar tu.. Lain orangnya. Tapi dia bagitau dulu dia seorang wartawan dan ketika bertugas di Variasari , dia gi sampai ke Indonesia untuk mencari idea bagi menghidupkan lagi cerita SBDJ ni.. 
Serius , aku tergamam dan geleng kepala sehingga sekarang ! Bukan sebab tertipu tapi giler real cerita dia ! Hahahahaha.. Tahniah ! 30 tahun aku percaya SBDJ ni sebuah kisah benar... Huhuhuh..

Aku masih berharap, aku salah dengar.. Hahahaahaa. Dan baru aku teringat.. Ada beberapa ketika, jalan cerita dia macam hambar dan hilang feel. Tukar penulis ke? 

7 ulasan:

  1. imaginasi je, ala..ingtkn betul..

    BalasPadam
  2. wow, bermakna penuh imaginasi kan..hebat. kena belajar lagi nih

    BalasPadam
  3. Memang feel seram giler kalau baca cerita dia, tak sangka pulak hanya imaginasi. Tapi baguslah sebab penulisan dia berkesan di hati pembaca walaupun hanya rekaan.

    BalasPadam
  4. sy mengharap ia tak betul sbb koleksi SDBJ yang masih cantik disimpan suami dan sy sendiri kagum dgn Tamar Jalis..huwaaaa

    BalasPadam
  5. Berapa siri yg ditayangkan di tv?

    BalasPadam
  6. Tamar jalis saja tak nak orang anggap dye dgn atuk dye keramat, itu dye saja cakap imginasi , apa yg dlam novel dye itu betul, cuba tanya org tua2 di perak tntang kesah long piah atuk pada tamar jalis

    BalasPadam
  7. dier sendiri mention separuh kisah betul.. bukit shamsul bahrin yg di ceritakan tu mmg wujud,n x smpai skrg x leh nk wat ape.. padahal keliling dh tanam sawit dr sekitar tahun 1992-1996..bukit tu blkg rumah sy..dan beruas mmg kawasan kerajaan lama gangga negara.. mmg ade cerita2nya.. cth di kg sy,kampung kota

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.