Isnin, 31 Julai 2017

Fobia dah aku !

Di rumah... Zahra masih tak serik. Tapi nampak ada sedikit ketakutan atau fobia bermain di lokasi dia jatuh tu.. Hurm.. tapi keaktifan tidak berubah. Menari dan berlari. Kekadang jantung aku macam nak terhenti berdegup bila tengok dia berlari sana sini ! Dah di larang , tak jugak makan !!! 
Hurm... ada cara mudah untuk diorang duduk senyap tapi 'tak direstui' ramai pihak... Camana tu ?
Kasi je handphone kat diorang. Terus duduk baring sebelah kita ! Tapi tak sihat la kan ? Hurmm.. susah la gini ? Serba tak kena kan? Si Qhaliff nak belajar. Si kecik merangkak sana sini. Mengutip satu hal. Si isteri nak mengemas rumah. Aku pun pada masa sama nak uruskan 'kerja' aku atau dapur tak berasap la ! Arghhhh..
Buat jadual ? Hurmm.. atau berenti terus 'kerja' ? Cari kerja lain ???  Hurm... 

Ahad, 30 Julai 2017

Zahra oh Zahra..Masuk wad lagi dia..

Hurmm... Sejak lahir lagi aku dah dapat rasakan dia ni berbeza skit dr abang dia. Dia mampu bermain sendirian. Berdikari. Hati kering tapi lembut orangnya.  Semalam.. Kali kedua dalam sejarah hidup Zahra , masuk wad !
Punca ? Jatuh. Aku malas nak cerita pasal tu. Kang ada yang tak paham situasi akan menuding jari. Malassssss aku !!
Nasib baik ada 'insuran' dan kad kredit. Bawak terus gi Nilai Medica Center. Kenapa aku bawak ke hopital terus dan bukannya klinik ? Lukanya agak dalam. Tu aku buat keputusan terus ke Nilai Medical Center. 
Doktor check.. Kena tahan wad utk semalam. Utk menjahit lukanya tu , Zahra perlu dibius. Sebelum tu kena 'puasa' dulu. Tu sebabnya kena tahan. Aku ok jer tapi sejujurnya , memang berlaku kepayahan sebab ada anak kecil. Hurmmm..  Maka , sebelum nak buat sesuatu tu..sila pikir orang lain skit ye.. Nak berlumba di atas jalan raya ke.. Nak bergaduh dgn orang ke.. Bila masuk spital , rasa rasa sapa susah?
Selepas doktor bagitau keadaan Zahra , mereka tanya insuran. Hurmmm.. Nasib baik agen insuran aku , Ady Gagah cepat buat tindakan. Tapi agak makan masa skit. Maka peranan kad kredit di sini penting. Deposit ! Cepat kasi..cepat dapat bilik. Kalau tak , jenuh duk kat bilik rawatan sementara tu.
Hurm.. Selagi tak jatuh , selagi tu tak paham ! Dah jatuh , ingatkan serik dah. Kat spital pon nak melasak lagi. Aduhhhhh... Kul 9 malam masuk wad pembedahan.Pakar bius dan pakar jahit datang check. 6-7 jahitan anggaran. Parut kekal. Geleng kepala aku.
Dibawa ke bilik OT 


Alhamdulillah, berkat doa rakan rakan , segalanya dipermudahkan. Zahra ok je. Tak nangis sangat pon. Cuma dia mencari aku je. Hurmmmm... Acaner la nak tinggalkan dia nanti utk ke New Zealand. 
Tengok luka dia.. Teringat parut aku. Sama tempat tapi lain mata..

Hurmm.. Bak kata kawan... Anak perempuan lagi lasak dr anak lelaki. Betul ke ?
Tak tau kul berapa leh discharge. ..

Sabtu, 29 Julai 2017

Kisah Aliff dan Sajat yang...

Tiap kali aku tengok 'Explore Feed' di Facebook , mesti ada kisah kisah artis yang hot punya. Aku malas nak baca sebenarnya sebab confirm membuatkan aku mengumpat di dalam hati. Aku skip.. skip dan skip...Sampailah satu tahap , aku baca je laaaa cerita diorang ni. Nak tau apa hebat sangat diorang ni sampai menjadi perbualan insan insan yang 'menyayangi' mereka ni.. 
Entah macam mana, dua Aliff menjadi topik panas hari ni. Satu Aliff yang aku memang tak tau sangat sapa dia ni selain dia menyanyi dan satu lagi , kaya hasil jualan produk kesihatan dan kecantikan.. 
Dan sorang lagi , aku dan beberapa kali blocked dia di Instagram dan Facebook. Mana mana insan yang repost atau tulis pasal dia , aku sorokkan ! Malas nak mengumpat pasal dia. Kang orang kata aku cemburu lak ! 
Tapi hari ni , aku tak tahan dah... Yang dua Aliff ni , aku mampu geleng kepala la terutama yang kaya raya tu ! Aku tak tau la apa niat dia. Moga diberkati Allah. Yang penyanyi tu , nasihat aku.. kalau dah nak sangat menikah 2 , buat cara elok elok. Tak yah pukul anak orang lebih lagi yang baru je melahirkan zuriat darah daging sendiri ! 
Yang pening ni.. Sajat ni.... Dok melayan peminat peminat setia tu sangat aih ! Kalau betul ko tu perempuan , maka buktikanlah. Tunjuk MyKad pastu tutuplah aurat. Dah tau kan perempuan muslim kena tutup aurat kan ? Haaa.. Yang beria nak tayang tubuh badan tu apa hal ? Kalau lelaki ? Aku tak komen laaa.. Cuba selesaikan masalah ni dari cetuskan kontroversi murahan. Dan kurangkan dosa dosa peminat setia anda ! 
Aku ??? Aku nak makan nasi lemak ikan masin Dlaila ! Nak ? Leh tempah terus kat dia eh... 
Sedap ! 
Malas tul nak tulis pasal hiburan tapi dah 'diorang' sendiri yang nak ! Huhuh..

Jumaat, 28 Julai 2017

Susu ibu tak banyak dah ? Femilac MilkBooster kan ada !

Aariz dah masuk setahun. Tak macam Qhaliff , wife berjaya menyusu sepenuhnya sehingga berusia 3 tahun.. tapi setelah 3 orang anak , nak menyusu seperti dulu.. memang payah dah ditambah dengan bebanan kerja , nak dapat jumlah susu ibu yang banyak seperti dulu dulu tu , amat payah dah. Sian Aariz... 
Wife tak nak mengalah.. dia masih mencuba mencari solusi untuk memperbanyakkan kembali susu ibu. Pelbagai produk dia makan dah. Dan terbaru , dia nak cuba Femilac Milkbooster. Kenapa aku nak dia nak cuba produk ni lak ???? Hurmmm.. 
Formulasi makanan sunnah terkandung di dalam Femilac menjadi keutamaan aku. Ada Gotas Milk , Madu , Kurma dan Habbatussauda ! Selain tu bahan tumbuhan seperti soya bean , alfalfa , spirulina dan fenugreek juga terkandung di dalam setiap tablet !
Hanya perlu kunyah je pun. Mudah ditelan  sebab sedap ! Heee... Sedikit nasihat dari 'mereka' iaitu banyakkan minum air untuk mendapatkan kesan optimum.

Apakah kelebihan Femilac Milkboster selain banyakkan susu ??? Dikatakan..

  • BAYI LEBIH KENYANG ! – membantu perjalanan antibodi daripada kecil dan melatih perut bayi untuk menerima khasiat yang lebih tinggi.
  • TIDUR BAYI LEBIH BERKUALITI ! – membantu tumbesaran yang sihat dan ceria
  • SUSU BADAN BERKHASIAT – Ya! Semua susu badan berkhasiat walaupun tanpa supplemen, tetapi .. kalau anda ada susu badan yang cair, tawar, tidak berkualiti.. maka khasiatnya diragui.
  • SUSU BADAN PEKAT – Pekat menjadikan ia impian untuk semua ibu menyusu kerana bayi akan cepat kenyang dan tidak perlu bangun malam kerap untuk menyusu.
  • HIDUP BERKUALITI – Bila bayi kenyang, tidur nyenyak , perjalanan hidup seorang ibu lebih berkualiti dan lebih focus dalam membesarkan anak dan menjaga prestasi kerja di siang hari.

Femilac ni didatangkan dgn 2 saiz :

  1. Botol kecil RM 45 ada 30 biji
  2. Botol besar RM 70 ada 60 biji
Untuk keterangan lanjut , korang leh tanya sendiri pada Puan Miraney di : 

Cuba dulu ! Jangan cepat mengalah yer...

Terima kasih Majlis Perbandaran Sepang kerana memahami. Demi anak , kami lakukan !

Semalam , gi meeting kat Majlis Perbandaran Sepang , Cyberjaya. Meeting berkaitan dengan isu penting berkaitan dengan taman perumahan aku ni. Hurmm... isu ni sebenarnya berat dan penting. Bukanlah pihak penduduk taman sesuka hati je nak buat keputusan ni tapi selepas beberapa insiden, satu keputusan terpaksa buat.. iaitu menutup jalan pintu masuk kedua , ke taman ni yang mana membuatkan 'orang luar' terasa sedikit kepayahan untuk ke sini.. 
Aku tamo nak cerita panjang sangat takut salah penyampaian dan pemahaman korang.. tapi yang pastinya laluan kedua ni perlu disekat masuk... laluan keluar tak pe la.. Kenapa dan mengapa lak kena sekat ? Secara ringkasnya , banyak dah kes pecah rumah berlaku di taman ni sejak dibuka... rasanya 3 tahun dah. Dan kebanyakkan berlaku ketika siang hari ! Ok.. meh aku tunjukkan eh.. 

Laluan masuk , ditutup tapi laluan keluar dibuka atas sebab permintaan. 


Laluan ni menuruni bukit. Maka kenderaan dari atas memang akan laju punyalah. Ada kes kereta terbabas dah !

Pun masih ada yang 'langgar' . 

Untuk pengetahuan , kat taman ni ada 2 taska dan satu sekolah KAFA. Ini yang menjadi keutamaan aku sebenarnya, Pecah rumah tu , mana mana kawasan perumahan pon leh berlaku kan ? Tapi bayangkan kenderaan yang tak tau dari mana asalnya lalu lalang taman ni.. dan di sini ada kanak kanak yang ramai ! Tapi orang dewasa tak ramai.. sebab kerja ! Haaa... sapa nak jaga keselamatan di sini ??? Takda security.. sapa nak biaya security lak ? Kan kan ? 
Pernah satu kali tu tu aku terperasan aktiviti luar kelas oleh sebuah tadika ni.. diorang buat kelas di depan tadika.. di atas laluan jalan raya ! Bayangkannn laa kalau kawasan ni menjadi laluan keluar masuk kenderaan asing ? Acaner ?
Parents yang hantar anak anak ke tadika di taman ni , sedikit mengeluh la dengan tindakan menutup laluan kedua ni dan terpaksa masuk ke laluan utama yang mana jika mereka terlewat sedikit hantar maka akan berlaku sedikit kesesakkan di laluan keluar yang mana bagi aku ini perkara biasa la.. mana mana tempat ada sesak ! Tak nak sesak , atur masa.  TERPAKSA ! Aku sendiri pun nak elak sesak di kawasan sini , keluar selepas subuh hari. Ngantuk tapi terpaksa. 
Itu antara point yang aku sendiri la yang mana kita tau sekarang ni kes culik budak dan kemalangan melibatkan kenderaan ni tinggi. Motor dan kereta yang keluar masuk pun , tak hagak hagak laju ! Tu belum lagi dengan budak budak remaja datang lepak taman permainan sini... Bila tutup pintu masuk kedua tu, keadaan agak terkawal.. 
Keputusan pengerusi majlis membenarkan penduduk menutup sementara laluan masuk tu , amatlah dihargai. Namun pihak penduduk perlu membuat sekali lagi permohonan untuk keputusan tetap..
Wakil penduduk 
Terima kasih Majlis Perbandaran Sepang. Demi anak anak kecil kita, apa salahnya kita berkorban sedikit.. kan kan ?

Khamis, 27 Julai 2017

Bila mereka tidur , aku rasa menyesal sangat kerana..

Semalam punya cerita.. Seharian aku tinggalkan mereka di rumah mak aku. Aku ada kerja nak diuruskan. Petang tu , aku balik bersama wife dan Qhaliff. Aku jemput Qhaliff di tadika dia. Seronok dia bila aku amik. Dia tau.. dia akan duduk minum ngan aku dulu sebelum gi jemput mak dia lak.. heee...
Lepak kat cafe sebelah tadika dia. Saja nak rasa makanan kat situ.. 
Kul 5 petang..gi ke amik wife lak.. Pastu terus ke Cheras. Dan bila sampai je Cheras , Zahra dan Aariz cukup teruja nampak kitorang. Zahra suruh aku dukung dia. Aariz dah mula berderai airmata. Alahai.. siannya. Aku dukung la Zahra jap. Rindu la tuuuu... biasa duduk ngan aku di rumah bertiga. Lama dah aku tak gi merantau hilang dari pandangan mata diorang.. Huhuh...
Lepas Maghrib , bertolak balik ke Sepang. Aku punya penat dan ngantuk jangan cakap la.. Non stop 'bertugas' ! Hurm.. tapi tak baik mengeluh kan ? Huhuh.. Dan di rumah , masing masing tak nak tidur. Nak bermain. Biarkan jap je la.Kul 10 aku 'paksa' semua tidur. Masing masing nak tidur dengan daddy. Mak dia je nak tidur sorang diri.Hahahah... 
Aku tak larat sebenarnya dah. Ada kerja lagi nak diselesaikan. Pening dah kepala. Di whatsapp lagi nak kena balas. Terus aku paksa diorang tidur. Menangis nangis.. Huhuh.. Zahra lak , sebelum tidur tu.. dia tengok tv.. pastu dia datang cium pipi aku, berkali kali. Dia ada la ajak aku layan dia tapi aku dok sibuk dengan handphone. Apa punya spesis daddy daaa ! Tapi aku 'kerja'. Segalanya nak ASAP ! Hurmm... 
Kemudian , dia terlena. Qhaliff pon dah lena. Aariz dah tidur gak ngan mak dia. Automatik rumah jadi sunyi. Boring dah aku. Rindu tetiba gelak tawa diorang. Haihhhhh... Ya Allah , panjangkan la umur anak anak aku. Satu kesilapan yang tak patut dibuat tapi berkali kali terjadi ! Hurmm.. 
Secara jujurnya.. ikut hati aku.... aku nak buang INTERNET ni ! Tapi dengan INTERNET ni la aku cari makan ! 

Rabu, 26 Julai 2017

Aku beli buah tapi sekejap jer rosak ! Ini cara untuk elakkan dari rosak lagi !

Yer.. aku memang gemar makan buah buahan.. hehehe.. tu pun selepas diistiyharkan ada 'hypertension' ! Aku kena elakkan makanan berminyak , masin , lemak dan manis. Di usia 40 ni , kena berusaha jauhi penyakit 3 serangkai ! Kalau dapat , hurmm... makan ubat je la jawabnya. 
Antara cara untuk elakkan ialah makan buah buahan dan sayuran.. bukan sup sayur tauu ! Atau sayur goreng atau rebus ! Haaa... Tapi masalah aku ialah..bila beli buah dan sayur ni , mesti sekejap je rosak. Camana cara nak elakkan 'diorang' dari rosak eh ? Dah la buah dan sayur skang ni mahal.. hurmmm ! 
Google je jawapannya.. 
3 jenis buah-buaha kegemaran aku yang mudah rosak ! 
Hasil dari google , aku jumpa satu web yang bagus isi kandungannya ! Dari web Keluarga , ada bagitau caranya. Aku copy paste sini eh. Aku tau ada yang malas nak klik link yang aku bagi.. maklumlah , nak save data katanya.. Ok , tak pee... Nah , sila hadamkan yer. Moga bermanfaat ! 

"Sayur-sayuran antara makanan yang paling cepat bertindak balas dan tidak tahan lama. Biarpun disimpan di dalam peti ais, ada kalanya sayur-sayuran cepat layu dan tidak tahan lama.

Sama seperti sayur, buah-buahan juga tidak mampu kekal lama apabila disimpan. Sebenarnya ada cara penjagaan agar memastikan kedua makanan ini mampu disimpan lebih lama. Bagaimana? Ikuti tip dan petua yang diberikan ini.

Ketika menyimpan buah-buahan, pastikan ia tidak bertindih di antara satu sama lain. Baik menyimpan di dalam peti ais ataupun di luar, pastinya kesemuanya tidak bertindih.

Mungkin meletakkannya di dalam bekas besar dan leper adalah pilihan paling sesuai. Elakkan sama sekali bakul kecil dan hanya membuatkan buah cepat lembik.

Limau
Pastikan limau disimpan di dalam tempat menyimpan telur, di dalam peti ais.

Tomato dan Timun
Simpanlah tomato dan timun di dalam suhu bilik sahaja. Namun untuk mengelakkan tomato cepat masak dan lembik, sorokkanlah dari cahaya matahari atau lebihan cahaya kepadanya.

Jambu, Epal dan Pear
Bungkus buah-buahan jenis ini, iaitu yang masih belum masak di dalam kertas bersama buah-buahan yang agak masak. Kemudian simpanlah ia di tempat gelap. Dalam tempoh sehari, buah-buahan ini akan masak.

Kentang
Kentang memang sangat cepat bertindak balas dengan suhu. Elakkan daripada mencampurkan kentang dengan buah atau sayuran jenis lain. Jika kentang sudah dikupas, rendamkan di dalam air dan simpanlah di dalam peti ais.

Sayuran Herba
Seperti herba seperti daun saderi, daun bawang, daun kesum dan sebagainya, letakkan di dalam bekas berisi air kemudian simpanlah dalam peti sejuk. Pastikan akarnya terkena air. Cara ini buat ia tahan lebih lama daripada tempoh biasa.

Selamat mencuba. ".

Moga dengan petua ni , aku dapat 'selamatkan' buah buahan aku tuu.. Huhuhu.. Yelah , beli bukan jenis longgok punyaaaa.. Haaa.. Duit wooo ..duit.. ! 

Tiada cukai pelancongan buat warganegara. Tahniah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan !


Terbaik !! Macam ni baru best. Nak melancong dalam negara sendiri tak terbeban. Walaupun angka nampak kecik tapi dengan situasi ekonomi yang tak beberapa cantik gini , setiap sen diambil kira. Maklumlah , dengan tolnya.. petrolnya.. makanannya.. segalanya dah 'besar'.  Maka dengan berita baik ini , boleh la rancang semula melancong dalam negeri.. hehehe.. Terima kasih.

Dari AstroAwani melaporkan ;

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Cukai Pelancongan itu hanya dikenakan kepada pelancong asing pada kadar purata RM10 bagi semua kelas hotel.

"Saya sebut dengan jelas iaitu bahawa kita mengenakan RM10 kepada (penginap warganegara asing) daripada hotel (bertaraf) lima bintang kepada tiada bintang.

"Jelas sekali saya sebut bahawa rakyat Malaysia tidak perlu membayar cukai (pelancongan) daripada hotel bertaraf lima bintang hingga kepada tiada bintang," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Harap berkekalan la yer.. jangan 'gula gula PRU ' dah la.. Moga Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan selepas ini tingkatkan lagi promosi pelancongan domestik. Jangan lupa jemput blogger cam saya.. hehehe.. kena dah kena banned ? Heeeee... 

* Teringat zaman  Visit Malaysia 2007. 

Selasa, 25 Julai 2017

Aariz , menjangkau setahun usia !

Cepat masa berlalu... Aariz dah boleh bermain bersama Qhaliff dan Zahra. Nasib baik abang dan kakak dia pandai melayan dah sedar yang adiknya masih 'baby' maka tidaklah terlalu kasar bergurau. Cuma Zahra je payah sikit.. dia punya 'harta' jangan kacau bila bermain. 
Dah boleh bertatih... melangkah dengan penuh gembira. Seolah olah tak sabar lagi nak berlari lari bersama 'gengnya'. Berpeluh ketiak aku nanti. Sekarang ni pon Zahra saja pun payah nak kawal. Kalau tak didukung , dia akan berlari sesuka hati dia.. takda rasa takut.
Motor skills ? Hurmm.. Aariz ? Cemerlang ! Hahahaha.. abis semua dia nak 'rampas' dari aku. Tak dapat , leh marah dia ! Cengih gak walaupun gemar senyum.. Hurmm.. Tidur siang  sekarang tak macam dulu.. dua jam je dah jaga ! Tak sempat nak update blog.. Yelah , nak cari idea tuuuu.. bukan semudah ABC.. Bila dah ada idea , anak pulak dah jaga dari tidur ! Huhuhu.. Redha je la.. 
Entah kenapa.. aku dapat rasakan yang Aariz ni lagi nakal dari abangnya , Qhaliff ! Kalau pandang je dia , terus dia senyum.. seolah olah ada menda dalam pikiran dia yang dia nak bikin ! Huhuh.. Moga membesar bagai johan ye , sayang ! 

Bagus jugak GTE E-Portable Portable Laptop Table with Cooling System !

Abang aku offer kat aku. Dia beli kat Chillindo katanya. Dapat murah ! Aku tak tau la murah camana tapi aku tengok di Lazada , dalam RM38 jer tapi tak termasuk pos la tu.. rasanya la.. Untuk apa ? Haaa.. untuk orang cam aku ni la... Yang bekerja di umah.. atas katil.. atas tilam.. atas sofa.. mudah ! Elakkan dari peha 'terbakar' atau laptop kepanasan yang boleh memberi kesan kerosakkan pada laptop mahal kita tuuu ! Hehehehhe.. 
Dulu begini ! 
Tapi kini , tidak lagi dah ! 
Keselamatan adalah keutamaan. Diikuti dengan keselesaan ! Hehehee.. Ringan dan boleh dilipat.. Pastu sila la bawa ke mana mana.. kalau rajin la ! Hehehehe.. Maksud aku , kalau nak balik kampung atau gi bercuti dalam negara.. guna kereta.. hee.. leh update blog dengan selesa ! 

 Anak anak pon selesa je tidur. Kalau tak , mesti nak terlanggar laptop disebabkan kita buat kerja dekat dengan mereka.. kan kan ? Hasil buatannya tak la halus mana pon.. Plastik tapi bagi ok la dari letak atas peha.. atau bantal ! Rosak weh laptop !
Boleh letak cawan dan juga pen ! Heee...


Pasal 'parking' hilang semangat kejiranan !

Hurmm... kekadang aku tertanya gak... satu satu pembangunan dilaksanakan , terutamanya perumahan bertingkat seperti flat , apartmen dan kondominium ni... parking mesti menjadi isu utama ! Macam baru baru ni aku gi beraya umah sepupu aku..... hurmm.. ikutkan aku lemah sungguh nak gi tempat tempat gini , buat masa sekarang !Kena parking di luar kawasan kondo. Pastu parking memang payah nak dapat ! Dah tu , aku kena dukung Zahra atau Aariz ! Zahra memang takkan nak berjalan punya. Kalau berjalan memang akan 'buas' ! Nak aku jugak pegang tangan dia. Stress gak wooo ! Maka , jujur aku katakan... buat masa sekarang memang aku cuba elakkan. Wife tak leh dukung sebab dia masalah di bahagian dalaman selepas lahirkan Qhaliff dan Zahra. 
Tapi aku tak salahkan kawan kawan tu.. aku paham situasi mereka dan mereka perlu paham situasi aku yang terpaksa uruskan 3 orang anak ni. Jangan samakan situasi aku dengan anak orang lain yer.. Dan nak dijadikan isu kali ni ialah masalah parking di kawasan flat kos rendah ni. Zaman aku kecik dulu , nak miliki kereta memang la payah. Satu keluarga satu kereta. Tapi bila anak anak dah berjaya.. bekerja gempak seperti saintis , profesor atau ahli perniagaan berjaya , satu rumah boleh berbuah buah kereta ! Tu tak kisah la.. yang menjadi isunya ialah.. parking ! Huhuhuh.. 
Yang sayang kereta , takut parking luar kawasan ! Kena pecah nanti katanya. Dan memang ada kes pecah kereta pon. Tapi kalau dah parking penuh di dalam kawasan , takkan nak sumbat gak mana mana yang boleh dicelah ! Kalau terlanggar dan calar , sapa nak bertanggungjawab ?
Yang menyedihkan ialah.. bila ada isu gini , maka bergaduh la sesama sendiri ! Yang dulunya berkawan baik.. bergelak ketawa.. tapi dek kerana harta dunia gini , sanggup buang semangat kejiranan ! 
Bagus sayang harta ni tapi beragak agak la.. Jangan la sampai perli memerli.. jegil menjegil... haihhh.. malu laaa ! Kubur dah missed call pon ! 
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:

"Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya".

Sabdanya lagi: "Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya" ( Hadis riwayat Muslim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya" (Hadis riwayat Bukhari) 

Hidup la seperti semut.. saling bekerjasama ! 


Ahad, 23 Julai 2017

Dah la berhutang.. pastu tak nak bayar ! Dah la tak nak bayar , kau blocked pulakk !!!

Hutang oh hutang. Manusia mana yang tak meminjam ? Cer kaboooo.. Hahahaha.. Aku pun berhutang. Beli rumah... beli kereta... beli barang dapur... Bezanya cara berhutang tu je kan ? Ada yang terpaksa berhutang. Ada yang suka suka nak berhutang ! Ada yang dah memang jadi tabiat semulajadi dia... berhutang ! Kalau tak meminjam , dia mengigil ! Haaa.. sampai tahap gitu pun hado wooooo ! Nak lagi best.. sanggup menipu untuk berhutang demi untuk nampak dia orang kaya ! 
Aku pernah dengar ceramah seorang ustaz ni.. Lebih kurang gini je la.. 
Dengar macam kejam je kan ? Tapi banyak betulnya... Lagi pun ianya merujuk kepada spesis YANG TAK MAHU BAYAR HUTANG ! Bayangkan laaaaa.. ada kawan aku ni, dia ni bukanlah kaya mana pun.. cumanya dia rajin la bekerja dan meniaga pada masa yang sama.  Ada la rezeki lebih skit.. kasi la pinjam duit dan pernah beli barang dengannya. Dua isu kat situ ! Dah tu ko nak halalkan je ke ? Bukan puluh ringgit. ratus... ribu nak oiiiii ! Kawan ni bukan la anak sedara Bill Gates kauuuu. Dia pun sendiri ada hutang nak kena jelaskan.. letih la kalau semua nak main halal je ! Tuuu hutang bank , pandai lak mengigil takut tak bayar ! 
Aku pernah kasi gak pinjam duit.. sedekah.. bukan kecik besar isunya. Tapi kita pon tahu gak situasi orang ni. Ada memang dia dah tak berkemampuan sama sekali.. Yer , kita sedekah laa kan ? Tapi ni siap update kat Facebook.. gi makan sini laa.. gi makan sanaa laaa.. beli handphone baru laa.. gi melancong laa... nak beli baju baru laaa.. tapi bila kita mintak hutang kita , dia buat bodoh malah siap blocked kita lagi ! Acaner tu ? Eh , halalkan je laaa.. Ko permudahkan hidup dia .. Allah permudahkan hidup kita.. kata seorang kawan lain. Betul tapi dia akan buat hal dengan insan lain lak! Hurmmm...
Kalau cakap bab hutang ni , fuh.. sampai kiamat tak abis ! Hahahaha.. leh bukak meja dan hidang Kopi Badang laaa.. pastu sambung cerita dan sambung sakit hati ! Hahahaha.. Entah la wak ! Agaknya orang yang berhutang ni , kat akhirat kelak nak berpaut kat kaki orang yang dia berhutang tu kot ? Merayu mintak dihalalkan segala hutang piutangnya.. 
Halal tu ok je.. takda masalah.. tapi kalau berhutang dengan bank , camana ? PTPN ? Haaa... takkan nak dihalalkan jugak ? Adeh..  
Akhir kata.. Mu pandai pinjam , mu pandai la bayar ! Nak hidup senang ? Kita senangkanlah kehidupan orang lain ! InshaAllah senang dan tenang hidup kita.. 

Aku dah ada Cuckoo tapi kenapa guna Coway lak ? Inilah sebabnya..

Tahun lepas , aku ke Phuket bersama rakan rakan blogger.. atas jemputan sebuah resort terkemuka di Turki tapi dia buka cawangannya di Asia Tenggara ,buat pertama kalinya. Di sana aku belajar cara cara berdetox dengan betul.. asasnya ! 4 hari tak cukup untuk belajar segalanya. . Heeee..
Best ! Dan berbaloi...
image
Balik tanah air , aku teruskan sebaik mungkin apa yang aku pelajari di sana. Cuma masalahnya , kos membeli sayuran organik mmg berpeluh dibuatnya ! Fuhhhhh.. Demi kesihatan , aku cuba ikut seberapa yang termampu. 
Cuma ada beberapa persoalan ketika tu.. aku tanyakan pada mereka di sana.. Ada satu air yang diletakkan di atas meja makan dan di dalam bilik tidur. Aku tanya dia.. air apa ?? Katanya air alkali. Aku tanya kenapa air alkali ? Aku dah dengar mengenai air alkali ni dan ada banyak jenama di Malaysia. Masing masing kata merekalah yang terbaik ! Hurmm.. Garu kepala je la.. 
Katanya.. kita makan macam macam setiap hari antaranya ayam , ikan , makanan laut.. asid terlalu banyak dalam badan. Camana kita nak neutralkannya di dalam badan kita ? Eleeeh , penting sangat ke ? Ni semua nak menjual niiii ! Hahahaha.. kan kan ? Aku dulu pikir gitu gak tapi selepas berusia 40 tahun ni , aku terasa perubahan pada diri. Aku perlu jaga tubuh badan aku dan organ dalaman. Mati itu pasti tapi janganlah kita tak sayangkan tubuh badan yang kita pinjam ni.. kena hargai la kan? 
Ok... meh baca satu blog ni.. aku google dan jumpa. Memang menarik infonya ! Dari blog Tobib Warisan Al Narain :

" Jika keseimbangan asid di dalam badan terlalu berasid, badan kita akan bekerja kuat untuk menutralkan asid itu untuk mencapai keseimbangan. Untuk capai takat ini, beberapa mineral diperlukan untuk menutralkan asid itu. Sedihnya kebanyakan kita kurang mendapat mineral yang penting ini. Ini menyebabkan badan kita terpaksa ‘meminjam’ mineral ini dari organ dan tisu badan kita yg lain.  
Mineral ini dicuri dari jantung kita, otak, tulang , sendi, otot dan kulit, paru-paru, hati dan lain-lain organ dalam badan. Bila mineral dalam organ-organ tersebut telah habis ‘dipinjam’ mereka akan mula menjadi lemah, kurang berfungsi dan gagal.  
Semasa kita masih bayi, tubuh kita penuh dengan simpanan alkali dan metabolisma badan berjalan dengan lancar. Bila orang mati tubuh mereka secara perlahan-lahan akan bertukar menjadi asid.  
Bagi pesakit yang ada simpton-simpton kronik seperti arthritis, kencing manis, emphysema, arteriosclerosis atau kanser, maka tisu serta metabolisma badan mereka telah berkurangan kerana asid dari organ-organ badan mereka yang laim telah dipinjam oleh organ tubuh yang lain.  Keasidan tisu telah lama disenaraikan sebagai kesan yang menyakitkan kepada badan jika tidak dinutralkan dan dibuang dari badan kita.  Sebagai contoh, kebolehan badan kita menyerap mineral dan nutrian yang lain akan berkurangan dalam keadaan badan kita berasid. Secara tambahan, dalam keadaan badan berasid, proses yang melibatkan ensim-enzim yang mengawal dan membaiki mekanisma DNA yang rosak akan menjadi lemah di mana hati tidak dapat detoxify logam-logam berat dalam badan kita. Tisu yang berasid boleh menyebabkan pening, tekanan dan stress.  
Apa itu pH? 
PH mengukur keasidan secara relatif atau kealkalian sesebuah larutan. pH 7.0 adalah nutral dan dari 0-7 menandakan keasidan dan dari 7-14 menandakan kealkalian.  Cara lain untuk menerangkan perkara di atas ialah keasidan akan bertambah apabila pH berada di bawah 7 (asid perut lebih kurang pH 2.0) dan kealkalian bertambah bila nilai melebihi pH 7.  Untuk penjelasan, di bawah ialah nilai-nilai pH bahan sebelum ia masuk ke dalam badan kita: -
  • Orange juice - 3.0 
  • Tomato juice - 4.0   
  • Milk is - 6.8   
  • Neutral - 7.0 
  • Baking soda is - 9.0  
  • Milk of magnesia -10.7  
  • Household bleach - 12.5 

Bagaimana Caranya Mengetahui bahawa Badan Kita Berasid ? 
Kita boleh mendapatkan trend keseimbangan asid-alkali dalam badan menggunakan pH strips atau kertas litmus yang boleh dibeli di pharmasi.  Dalam praktik klinikal, pesakit menggunakan kertas litmus untuk menguji air ludah mereka dan air kencing yang pertama di waktu pagi.  
Jika kamu seperti orang lain yang kerap makan protin haiwan, makanan bakar, makanan yg diproses, gula halus, pasteurized dairy products atau lain-lain makanan yang mengeluarkan asid, anda sememangnya adalah seorang yang berasid. 
Oleh itu kurangkan makanan ini.  Menguji pH Kamu  Kalau kamu menggunakan kaedah air liur, tunggu 2 jam selepas makan. Ludah pada sudu dan letakkan kertas pH. Baca keputusan dengan segera dengan membandingkan warna pH dengan warna pada carta. Bacaan yang sepatutnya ialah antara 6.8 ke 7.2 yang menggambarkan bahawa kamu telah mengalkalikan tisu-tisu kamu.  
Bila menguji air kencing, guna air kencing yang pertama waktu pagi. Isikan air kencing dalam cawan kecil dan uji dengan kertas pH kencig itu. Baca keputusan dengan segera dengan membandingkan warna pada carta. Bacaan 6.4 ke 6.8 adalah baik. Lebih keasidan (dalam julat 5.5 ke 6.4 ) yang biasanya bermaksud kamu membuang lebihan asid di mana buah pinggang anda berkerja kuat untuk melaksanakannya.  
Bacaan kencing di atas 7 boleh membawa maksud bahawa kamu beralkali atau kamu telah menggunakan sebahagian ammonia bagi membantu melawan jangkitan. Bacaan pH sentiasa berubah-ubah bergantung kepada diet dan aktiviti hairan kita.  
Jika ujian kamu adalah berasid, lebih baik kamu beriktibar mengambil makanan yang beralkali sambil mengurangkan makanan berasid. 
Saintis-saintis bersetuju bahawa kandungan asid yang tinggi adalah PENYEBAB kegagalan kesihatan. Jadi pastikan kamu kerap memeriksa paras pH. "

Maka sebab itulaahhh.. aku berusaha dapatkan air alkali setiap malam sebelum tidur dan awal pagi pagi bila celik mata.. hehehhe.. Sebab tu aku mintak wife aku guna Cuckoo tapi pHnya tak capai 8.5! Hurmm.. Dan kawan aku, Fuad.. bagitau Coway ada produk penapis air beralkali yang pertama mereka ! Waahhh , teruja aku ! Hahahaha.. Terus aku mintak dia pasang kat rumah aku. 

Sekarang aku ada Cuckoo dan juga Coway ! Dan malam tadi , aku gi open house.. makan macam macam makanan... bersambal pedas dan air masam masam manis gitu.. Sebu perut aku ! Hahahah.. Sampai rumah , terus aku cuba minum air alkali Coway. Beberapa minit kemudian , aku sendawa terus. Terasa lega ! Kalau tak , leh pedih hulu hati wooo.. mesti tak dapat tidur nyenyak. Nasib baik orang Coway datang pasang cepat selepas buat tempahan. Dan katanya , area Salak Tinggi je ramai order untuk hari ni.  Huhuhu.. 
Mana lagi bagus ? Coway atau Cuckoo ? Aku kasikan jawapannya nanti ! Dan secara jujurnya , aku jatuh cinta dengan produk terbaru Coway ni ! Cantik , kemas dan selamat ! Ada air panas tauuu.. anak aku dah reti nak guna woooo ! Bahaya ! Nasib baik Coway punya ciri keselamatan ni bagus... Nanti aku sambung citer eh ! Hehehe..
Kalaau nak tau kelebihan Coway ni , boleh tanya kat kawan aku... pm di Instagramnya , Fuad atau whatsapp dia di 017 251 1025 .

Aku sokong Janna Nick pasal Dunkirk !

Aku tonton filem Dunkirk baru baru ni di Ioi Mall Putrajaya. Asalnya aku nak tengok Valerian tapi ada suara halus kata tak best ! Review teruk katanya. Aku was was gak sebab filem sci fi tak ramai 'sekepala'.. Cam aku , suka Star Wars.. ada yang kata tah hapa hapa.. hahaha.. Ok je. Duit masing masing ! 
Terbaca di Facebook.. Janna Nick kena kecam gara gara komennya mengenai filem yang dia tonton.. Tu korang leh google cari la isu tu. Aku malas nak backlink.. Hahahaa.. Secara jujurnya , aku tak pernah kenal sapa Janna Nick..tengok drama dia. atau filem dia ! Tapi aku tau dia pelakon Malaysia dan cun la gak.. 
Berkaitan dengan Dunkirk... Yer , aku peminat giler cerita perang ni yer ! Bukan satu dua filem aku tonton citer perang ni yer.. Dulu peminat setia Nam Tour Of Duty woooo dan Bukit Kepong , filem perang no 1 aku selain Saving Private Ryan , Braveheart , The Red Thin Line , Lone Survivor , Fury dan banyak lagi la. 
Yer, aku tau.. Dunkirk berdasarkan kisah benar. Tapi bagi aku laa.. ianya lebih pada dokumentari jer.. Sekadar nak menunjukkan pengunduran tentera dan mereka diserang.. dari awal hingga abis ! 2 jam dalam tu hanya tunggu babak mereka berjaya sampai ke tanah air mereka ! Adehhh.. Nasib baik kesan bunyi TGV IOI Putrajaya gempak. Berjaya memeranjatkan aku.. dan ada kawan di sebelah aku.. kalau tak , aku join Janna Nick tidur sama ! Hahaha.. Oh ya... aku dah bedal Kopi Badang 2 sachet ! Kasi segar bugar gituuuu ! 
Tengok muka aku  ! Muka tak puashati !! Hahahahaa.. Tak yah la nak kecam aku aih.. Kalau korang suka filem tu , lantak je la.. Duit korang ! Aku sedikit nyesal je la.. Kalau tau , layan Valerian ! Atau citer monyet yang memang best dari dulu tapi entah kenapa.. kali tak berjaya menarik minat aku untuk ke panggung awal awal penayangan.. sebab pelakon kot ? Hurmm.. 
Hurm.. kena buat award baru pasni.. KeyBoard Warrior terbaik ! 

Sabtu, 22 Julai 2017

Duit boleh dicari tapi..

Aku selaku ketua dan juga founder komuniti blogger #KBBA9 , mengetatkan syarat.. yang dah beberapa kali digubal demi mengimbangi antara minat dan juga kewajiban. Sebenarnya dah beberapa kali dah tapi agak payah nak ikut... hurmm.. Tapi nampaknya kali ni , nak tak nak.. sila ikut termasuk aku jugak ! 
Apakah syaranyat ? Selepas ni , group whatsapp akan automatik 'offline' bila jam 12 malam. Dan kembali 'online' pada jam 6 pagi.  Cukup cukuplah dengan 'kerja' di media sosial tu. Cari banyak mana sekali pun , takkan cukup jika ada yang 'tercicir'. 
Aku perasan.. serius... Qhaliff dan Zahra.. tiap kali kalau aku fokus pada handphone , mesti diorang cuba tarik perhatian aku. Bila gagal apa diorang buat ??? Diorang mintak juga tablet diorang. Hurm.. Kena ubah dah semua ni sebelum terlambat. Walaupun aku tumpu pada kerja sebenarnya tapi serasa macam.. hurmm... 
Ok.. aku bagitau wife.. selepas ni , selagi budak tak tidur.. handphone kasi letak atas meja. Kalau nak tengok , boleh.. sesekali dan jika ianya penting sangat sangat... baru jawab ! Bukan apa.. aku tengok Qhaliff dan Zahra dah mula pandai soal macam macam perkara dah. Sebelum aku kena soal dengan soalan yang menikam jantung aku , lebih baik elakkan ! Huhuh.. 
Bukan apa.. aku tak nak satu hari nanti.. anak anak aku tuding jari pada aku.. Ni semua daddy punya salah ! Asyik cari duit , duit , duit ! Hurmm .. dan aku salahkan kerajaan lak ! Yelah , daddy cari duit sebab kos sara hidup tinggi.. nak bayar cukai , cukai , cukai ! Dah la BRIM tak dapat ! Acaner tu ? Daddy bukan bekerja pun.. duduk rumah jaga korang jer ! Haaa.. Acaner tu ? Takkan aku nak jawab gitu ! Sungguh tak bertanggungjawab la kan aku gitu ? Haaa.. 
Maka.. aku dan wife bersetuju.. seperti maka yang aku katakan tadi. Sebelum terlambat ! 

Jumaat, 21 Julai 2017

Jaga anak nampak mudah tapi..

Jam 6 pagi , memang menakutkan aku ! Belum pon sempat puas tidur , dah kena bangun dan mulakan tugas ! Bukan paksaan tapi inilah tanggungjawab bila dah berumahtangga. Jangan sesekali menyesali ! Satu hari nanti , inilah yang akan menjadi kenangan terindah dalam kehidupan kita.. yakni membesarkan anak anak ! 
Bukanlah satu beban pon tapi penat tu memang terasa namun tak sepenat si isteri.. dia yang lebih awal bangun , membasuh botol susu anak anak dan diikuti menyediakan sarapan untuk semua. Kemudian aku , solat subuh disusuli dengan mandikan Qhaliff pada jam 7 pagi. Aariz akan dimandikan oleh ibunya. Zahra , mandi bila dia bangun.. dan biasanya menjelang tengahari baru celik matanya ! Huhuh.. 
Aariz , bulan 9 ni genap setahun. Dan diusia gini memang mencabar tapi seronok ! Dia mula mengutip benda yang masukkan ke dalam mulutnya ! Haa.. memang bahaya ketika ni. Kena pantau dia dan tak boleh leka sama sekali ! 
Dia dah reti memanjat dan tak de erti takut sama sekali ! Panjang akal ! Tangga adalah tempat dia bersenam. Huhuhuh.. Kalau dapat naik tangga , sampai atas.. satu kejayaan buat dia. Pastu penat laa.. Hehehe.. senang tidur pastu.  

Tapi tugas aku tak terhenti setakat tu.. Zahra lak aku kena uruskan. Dia ni macam nak tarik perhatian aku. Saja buat bising.. Kasi adik dia bangun. Nak provoke aku.. kasi marah ! Bila dua dua ni bergabung... fuh , teringat gabungan Qhaliff dan Zahra satu tika dulu tapi gabungan Aariz Zahra kali ni lebih mencabar ! 
Jam 5 petang.. adalah yang aku nanti ! Aariz dan Zahra nantikan.. Sayangnya , nak bawak mereka bermain di luar rumah di petang hari , amat merisaukan aku.  Kawasan rumah aku ni makin sibuk dengan kenderaan. Sian diorang.. duduk rumah jer.. 
Tak pe la.. nanti daddy belikan basikal sorang satu eh.. Tunggu daddy murah rezeki yer.. InshaAllah.

Khamis, 20 Julai 2017

Zahra nak pergi sekolah tapi aku tak kasi ! Kenapa ?

Zahra , tahun depan 4 tahun. Perkembangan dia sebagai seorang adik kepada Qhaliff dan kakak buat si Aariz , ternyata lebih pantas. Petah berkata kata.. ajar bercakap pon dia nak ikut. Malah sibuk nak ikut sama belajar  tiap kali aku nak mengajar Qhaliff.
Hurm... nak je aku sekolahkan dia tahun depan. Tapi bila aku memandang Aariz , kesian kat dia. Keseorangan dia nanti. Buat masa sekarang , Zahra rajin melayan dia. Bangun je tidur , nampak adik dia dok sebelah dia.. terus ceria. Kalau si Aariz ganggu dia pun , dia tak marah. Berbeza kalau Qhaliff yang ganggu Zahra.. terus menangis dan mengadu..
" Abang buatttttsss... ". Yer , ada S ! Banyak perkataan yang keluar dari mulut Zahra mesti ada S ! Mana dia dengar pon aku tak tau.. hahaha.. tapi melucukan la kata kata dia tu. Cuma sian kat Qhaliff je tiap kali kena tuduh gitu ! 
Zahra layan adik dia.. baik sangat ! Cam bff gitu. Takda nak garang pon.. 

Tu sebab utama. Sebab keduanya , kos pembelajaran dah naik ! Berpeluh gak la kan.. Yelah , aku bukannya ada kerja tetap. Job job dari blog pun bergantung pada ekonomi dunia. Kalau cantik , ada la rezeki untuk aku. Kalau tak ? Hurmm... Setakat ni mampu bayar lagi la. Tahun depan , tak tau lagi apa cerita. Ditambah dengan kenaikkan insurans. Aku nak cover untuk 5 orang ! Perghhh.. cecah sebulan gaji aku masa kerja sebagai guru sandaran dulu. Tengah fikir gak.. aku nak batalkan aku punya jer. Letak je anak anak. . hurmm..
Nampaknya kena kerja keras lagi pasni ! 

Aku beli Coca Cola bukan untuk minum tapi...

Lama tak minum... teringin tapi tak nak laaa ! Hahahaha.. Dalam usia aku gini , aku kena pantau kesihatan ! Ramai dah tumbang di usia aku ni.. huhu... Punca? Hurmm.. jantung biasanya ! Aku belum check lagi tahun ni.. nanti check ehhh.. Tunggu doktor cun tolong check. Mesti dup dap  jantung aku dan tekanan darah stabil ketika tu ! Hahahaha.. 
Oh... berbalik pada Coca Cola ! Haa.. nak buat apa ??? Hehehe.. nak diceritakan aku tertonton la satu video kraf 5 minit tu.. terus aku nak cuba ! Bukan apa.. aku dah abis sental dah bilik air atas aku tu tapi tak berpuashati ! Tak tau apa kekurangannya tapi bila panggil bibik harian datang bersihkan , berkilat la pulak ! 
Ok.. aku nak cuba ! Betul ke cara ni berkesan ? Aku keluar gi kedai runcit dan beli Coca Cola. Fuh , dulu.. zaman remaja aku.. aku leh je bedal sebotol ni selamba je! Tapi sekarang , tak berani dah weh.. hahaha... 
Pastu sampai rumah , aku cari colgate ! Hehehe.. Jumpa ! Mesti bini aku sayang punya laa kat aku pasni ! Hahahaha.. Biasanya dia komen kaw kaw ! Tandas bawah dia jaga.. memang bersinar laaa.. Atas tu bukan tak bersinar.. cuma tak menyerlah kesinarannya.. hehehee.. Pasni dia mesti kasi tabik hormat punya kat aku.
Dan operasi bermula... aku ikut la cara dia kasi tu.. Imej kat bawah ni ,dari video tu. Aku tak sempat nak amik gambar. Anak dok sibuk nak ikut.

Oooo.. patut laa ! Haahhahaha.. Bila aku buat , buih dia banyak kuar ! Huhuhu.. Apahal ? Pastu aku campur dengan colgate.. Haaa.. dan aku goncang laaa ! Hahahaha.. Sekali bOoommmm ! Meletus keluar ! Abis bersepai sinki.. heheheh.. 
Sebelum wife keluar dari bilik.. aku cepat cepat naik bilik air atas ! Aku memandang dinding dengan senyuman ganas ! Siap la korang pasni ! Aku mulakan operasi... Huhuhuh.. Abis satu dinding bilik air aku simbah dengan air coca cola tu ! Kemudian aku berus ! Waahhhhh , putihhhhh ! Waduhhh waduhhhh... Ni kalau aku minum coca cola pastu berus gigi sekali , mesti ala ala scaling gak eh ? Putih ni nanti gigi aku ! Leh cuba nanti.. haahaaa.. 
10 minit kemudian.. Bilik air aku seperti baru dibersihkan oleh 10 orang ! Waaaaa.... Cayalaahhh ! Korang try la kalau tak caya.. Kalau tak jadi , korang minum je la coca cola tu.. 

Rabu, 19 Julai 2017

Nak scaling dan tampal gigi di Dr Smile ,Putrajaya tapi...

Tadi tengahari.. gi klinik Mutiara di Ayer @8 , Putrajaya. Wife demam selsema. Dia payah nak demam. Tapi kalau dah kena demam , apa pun takleh dah ! Tetiba aku nampak satu klinik ni.. Haaa ! Lama dah aku nak gi tapi..tapi.. aku dengan doktor gigi ni ada macam satu 'permusuhan' lama tak terurai ! Hahahaha... bukan dengan klinik atau doktor tapi dengan picagari yang menyuntik gusi ! Bapak tak tahan la woiiii.. aku leh lari balik rumah kalau nampak picagari dia !
Er , jangan tanya aku bila kali terakhir aku jumpa doktor gigi. Bil dia pon mengerunkan terutama swasta. Hahaahha.. Tunggu ada duit terpijak la baru nak gi ! Huhuh.. Banyak komitmen lain perlu diutamakan.. TERPAKSA ! Bukan sengaja woo..
Klinik gigi mana aku nak gi ? Aku rasa ... aku tau mana nak gi ! Hehehehe.. Makin popular klinik ni.. 
Aku follow je Instagram DrSmilePutrajaya ni.. dan ternyata , pelanggan mereka berpuashati ! Huhuhuh.. Masih menguatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke dalam ni. Ada sebab musabab selain dari picagarinya.. huhu. Dan sedang mencari sebab yang lebih kukuh. Sakit gigi tu , Alhamdulillah tak sebab aku selalu amalkan gigit habbatusauda di pagi dan malam hari.. Huhu.. 
Tengok IG mereka, Dr.SmilePutrajaya , cemburu aku ! Hahahaha.. 
Arghhhhh !! Berikanlah aku kekuatan.. Hahahaha.. Wife aku pun lama dah cari klinik yang sesuai dengan jiwanya. Sejak kawin ni katanya.. tak sempat nak gi pun. Semua masa di habiskan untuk keluarga tercinta ! Eceh.. 

Kerja dah buat , tapi tak nak bayar ! Apa kes ???

Bukan pertama kali... bukan kali ke dua atau ke tiga.. Banyak kali dah. Sejak dulu lagi aku dah rasa kena kencing berapi dengan insan insan terpilih ni. Apa nak buat ? Aku anggap takda  rezeki je la. Nak panjangkan boleh tapi rasa cam rasa tak berbaloi je nak bergaduh dengan orang. 
Aku tak nak cerita zaman aku kerja dulu.. aku nak cerita , apa yang berlaku sekarang ni ! Biar rakan rakan blogger lain amik ikhtibar ! 
Aku bukan baru dalam dunia siber ni. Dari usia 20an lagi dah kenal internet. Sekarang dah 40 tahun usia aku. Hurmm.. macam macam orang aku dah jumpa dan kenal. Miskin kaya , tua muda..macam macam ragam ada .
Cuma tak sangka je la.. di zaman manusia semakin bijak , ada juga yang tak beberapa bijak. Suruh kita promote produk dia , dengan harapan selepas tu produk dia laris giler giler ! Tinggi permintaan gituuu ! Perghhh.. tak ke dia pikir ? Kalau laris sebegitu rupa , apa kes aku nak promote produk dia ? Baik aku beli pukal jer kat dia dan aku promote je kan ?
Dah la tuu.. kita yang promote dan review ni , kena cari masa untuk gi meeting.. gi kedai dia.. Dan bukan depan rumah aku kot tempat dia ! Kena redah jammed. Tinggalkan anak pada orang tua. Bayar upah. Tol petrol lagi ! Perghhh.. Sampah tul perangai ! 
Bila dah buat kerja.. kita tanya payment.. krik krik krik ! Macam pengemis dibuatnya. Setiap minggu tanya ! Apa ni ??? Kata profesional ! Kalau rasa tak puashati , cakap la dari awal ! Aku pun leh betulkan segala kerja. Tapi kalau rasa takda orang nak beli , jangan salahkan aku !! Kalau boleh tahap laris selepas aku promote , aku rasa TV3 pon leh bankrupt  !  Baik tayang je drama jam 7 petang kat blog aku sebab confirm larisss kaw kaw ! 
Tak nak bayar , tak pe.. Aku tuntut je kat akhirat ! 

Selasa, 18 Julai 2017

Produk Cosmoderm sebagai ' Duit Raya ' pada orang dewasa !

Minggu lepas , rakan-rakan blogger datang beraya. Asalnya 3-4 orang jer.. sekali datang , tu diaaa ! Satu batalion. Haaa.. mengelabah dibuatnya. Nasib baik wife dah sediakan sedikit juadah. Kuih raya , memang abis dah dibedal aku dan Zahra.. hehehehee..
Alhamdulillah.. 
Nasib baik laaa ada juga makanan. Diorang kata tak payah masak ! Amboiii.. takkan kita terima tetamu , nak biar minum air sirap je kan ? Hehehe..Kan kan ? Tak syiok la gituuu... Maka untuk mereka ada la bihun goreng ayam , pulut kuning dan sedikit kek dan tart yang ditempah khas.. istimewa dari KhaisyaDelite. Sedap ! Tetamu puashati gitu.. 
Pastu ada yang pulang awal sebab ada open house di rumah kawan kawan. Tetiba ada sorang kawan tu bersuara.. Nak mintak Deep Heat Lotion Cosmoderm. Sememangnya kat aku ada banyak sebab aku suka pakai ! Heheheheh.. 
Sememangnya diorang adalah pengguna setia Cosmoderm seperti aku. Nak guna produk lain tu , memang liat dah.. sebab dah tau serasi dengan kita.. kan kan ? Bila aku bawak keluar kotak berisi produk Cosmoderm ( banyak stok aku ! ) , masing masing pakat pilih apa nak ! Hehehee.. Kira ni duit raya dari aku laa.. Sila pilih 2 produk je yer.. persamaan seorang RM50 ! Hahahahaha.. Ok la kan ? 
Dan masing masing amik apa yang mereka nak sangat selama ni. Nak beli tak sempat lagi katanya.. Nak beli online gituu.. tak pe.Karang ada berita baik ! 



Si Mera sorok satu produk khas untuk wanita.. Pencuci Manjakani ! Hahahaha.. Segan dia nak bergambar katanya.. Tak pe.. Yang penting kesan pada si pemakai.. kan kan ? Semua yang mereka pilih tu memang bagus sekali produknya. Biasanya aku beri pada ahli keluarga aku di Cheras dan juga di Kelantan. Hehehehe.. Diorang suka guna gak. 
Oh ya... berita baik juga korang yang tercari produk produk Cosmoderm ni.. Selain beli secara online di laman web Cosmoderm , www.cosmoderm.com.my .. korang juga boleh dah beli di farmasi Caring dan juga Watson ! Haaaa... Terbaik kan ? Kalau di Alamanda Putrajaya , Wellness ada jual. Ari tu tengok diorang susun.. cantik je ! Yelah , produk bagus kan ? 
Pasni leh la buat cam aku buat tu eh.. kasi pada kawan kawan tersayang ! 
Ahaaa.... Diskaun ? Ehh.. ada ! Jangan risau ! Korang kena selalu follow up page Cosmoderm atau instagram Cosmoderm. Setiap aktiviti akan diupdate di situ. Sebarang pertanyaan pon leh je kemukankan di sana juga. Ok ? Jangan risau.. Produk ni HALAL yer ! Ada sijil lagi.. 
Info lanjut di : 
Careline : 1700 815 495 
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Web : www.cosmoderm.com.my

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI