Cintailah bahasa kebangsaan kita !

by - Khamis, Julai 06, 2017

Hurm.. mengarut sangatlah ni ! Kalau aku lahir di negara China atau India mahupun Perancis sekali pun , aku akan tetap ikut apa yang disyarat wajibkan di negara tersebut Bahasa kebangsaan adalah bahasa rasmi ! 
Ini bukan bahasa bangsa tapi bahasa yang menjadikan rakyat negara ini bersatu ! Tak kira la apa jua kaum , tapi satu bahasa mengabungkan semua bangsa menjadikan kita , satu bangsa .. bangsa Malaysia ! Malu ? Eh , tak payah malu laaa.. Kalau nak kata malu sebab pemimpin kita tak betul , itu dia ! Sampai masa , dia turun... dia kena laa. Tapi kita , tetap MALAYSIA yang bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu di Malaysia , adalah hak semua kaum di Malaysia.. kan ? 
Bila aku pergi Kelantan.. orang cina di sana cakap Kelantan dengan fasihnya , aku ternganga dan terus respek kat dia ! Dasat ! Dia berbangsa cina dan boleh berkomunikasi dalam loghat Kelantan dengan baiknya. Bermakna dia 'berkuasa' di situ ! 
Di sekolah sekolah mahupun dari taska lagi.. kita dok tekankan bahasa asing yakni English ! Seriusss bagus ! Memang bagus sangat. Aku tak kata tak bagus yer.. Cuma yang tak seronoknya ialah.. pelajar tu bertutur dengan bahasa yang bercampur aduk. Kejap English.. pastu ada bahasa Melayu. Kalau nak English , English terus. Kalau nak bahasa Melayu , bahasa Melayu terus. Ni dah macam pasemboq dah lagaknya ! Tapi pasemboq jauh sedap lagi la ! Huhuh..
Maka.. mana mana pihak di negara kita ni.. yang berminat nak 'padamkan' Bahasa Melayu , akan aku tentang abis abisan ! Bukan sebab aku Melayu tapi inilah bahasa yang menyatukan kita dari dulu lagi hingga sekarang ! 
Ini je yang kita tinggal ! Kalau ini pun dirampas , apa lagi yang kita ada ??? 

You May Also Like

5 comments

  1. mcam2...dh tu mmg bhsa rasmi kita..negara kita

    BalasPadam
  2. Betul sangat! Tak salah nak belajar bahasa lain tapi utamakan bahasa kebangsaan kita.

    BalasPadam
  3. contohi Jepun.. sistem sini sentaisa berubah...kesian generasi akan datang...ermmm

    BalasPadam