Daddy mula 'amuk' !


Aku tengok keputusan peperiksaan Qhaliff tempoh hari.  Aku tak 'melenting' masa tu. Aku kasi dia 'bergumbira' dulu. Tunggu keesokkan harinya , baru daddy panggil dan buat post mortem. Selama ni aku biar je dia.. nak tengok kemampuan dia di tadika. Apakah dia mampu atau tidak , menangkap apa yang cikgu dia ajar di sekolah. Heehehehe... 
Yer , dia boleh ! Tapi di sekolah je.. di rumah , dia tak fokus dah ! Dia 'terlebih lemak' dengan aku. Hurmm.. Maka honeymoon dia dah abis. Memang la baru 5 tahun tapi kena didik dari sekarang. Aku kena bagitau dia yang aku serius ! 
Aku test dia malam tu. Amik buku Peter And Jane , suruh dia baca depan aku. Hurm.... Suara ChipMunk jer. Halussss jeer. Hurmm.. Kasi peluang lagi.. suruh baca lagi dan lagi.. Hurmm.. Dia tau tapi bercelaru kepala otak dia ! Macam macam dia pikir ! Adehhhh... 
Aku pura pura marah. Aku tinggikan suara. Terkejut dia. Air mata nak mula berjurai. Aku suruh dia tahan ! Jangan menangis ! Baca.. baca.. baca ! Aku baca dia ikut. Aku suruh dia eja. Aku nak tengok setakat mana dia kenal huruf. 7 bulan dah dia gi tadika. Nak tau pencapaian dia setakat ni. Dan sememangnya dia kenal huruf ! Boleh mengeja. Tapi MAIN je dalam kepala dia. 
Jam 10 malam. Aku suruh dia tidur. Dia nak main game. Aku pandang dia. Nak tidur atau nak baca buku ? Aku kasi dia pilihan. Dia jawab tidur ! Masuk bilik terus. Sebelum tu , aku panggil dia. Peluk dulu. Saja kasi dia tenang hati semula. Aku suruh mak dia pun masuk sekali. Malam tadi semua tidur awal ! Bangun awal semua esok paginya , perancangan aku. Aku nak dia membaca dia pagi hari lak ! 
Selepas subuh.. jam 7 pagi , kejut dia. Siapkan dia. Pastu suruh amik buku. Baca lagi. Dia menurut jer. Tak melawan pun walaupun hati berat. Heheheh. Tapi pagi hari aku tak la tegas ngan dia.. Tunggu malam karang. Aku nak cuba BM lak. 
Dalam usia 5 tahun yang dah bersekolah ni , aku nak dia boleh membaca dah sikit sikit. Tak lancar sangat pon tak pe.. Asalkan dia kenal BM dan English. Pada masa yang sama , boleh mengaji Al-Quran dah. 
Aku tau kemampuan dia. Tak perlu jadi pelajar terbaik dan terbilang pon... Yang penting , dia jadi hamba Allah yang soleh ! Tu je harapan aku. 

4 ulasan:

  1. Betul tu, di usia 5 tahun ni lah kita nak didik. At least bila masuk darjah satu anak² dah tahu membaca dan menulis, takdelah ketinggalan. Lagi pun pelajaran sekarang semakin susah.

    BalasPadam
  2. Teruskan usaha.. semoga banglong berjaya dunia akhirat insyaallah..

    BalasPadam
  3. Setuju sangat.Dari kecil la kita kena didik..Insha allah Qhaliff akan jadi anak yang soleh..Amin...

    BalasPadam
  4. Rajin nak pergi sekolah pun hati kita dah rasa lega.. Good luck abang qhaliff

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI