Jangan kedekut dengan anak. Kegembiraan anak adalah segalanya !

by - Khamis, Julai 06, 2017

Ada parents berkira sangat dengan anaknya. Mungkin memang itu cara dia mendidik anak anaknya. Jangan persoalan sama sekali yer ! Atau memang dia tak berkemampuan maka dia mengajar anak anaknya agar bersikap sederhana. Alhamdulillah , bagus parents gitu. 
Aku ?? Manjakan anak anak ke ? Tidak sama sekali ! Cuma apa yang aku lakukan ialah.. setiap rezeki yang aku terima , memang ada bahagian untuk anak anak. Sudah semestinya ada bahagian untuk di simpan.. untuk masa depan mereka ! Insuran , SSPN , Tabung Haji.. dah simpan dah ! Cuma ada sedikit untuk membuatkan mereka tersenyum dan elakkan dari 'menggangu' orang lain. Aku tak leh tengok orang jeling anak anak aku.. aku terasa woo ! Hahahaha..
Yer.. aku mengajar mereka.. SIMPAN KALAU NAK BELI ! Tapi diorang simpan 1% jer.. hahahahaa.. Yelah , diorang lom kenal sangat.
Tapi yang pastinya , setiap kali aku ikhlas belanja diorang.. keesokkan harinya pasti ada sesuatu untuk aku ! Alhamdulillah.. 
Suka dia ! Tersenyum sampai telinga. Usung ke mana saja dia pergi. Cerita kat cikgu yang dia ada Transformers. Huhhuuh... Walaupun tak panjang hayatnya , tapi dia tetap gembira dah 'pernah' ada ! Hehehehe..
Dan keesokan harinya...  Telefon idaman aku , di tangan aku tanpa aku sangka sangka ! Huhuhuh... 
Dan aku ditawarkan satu job yang aku tak sangka sama sekali ! Rezeki sungguh laa... Huhuhuh.. Sebab tu aku sering pesan pada wife , diorang ni murah rezeki. Memang nampak kita macam membazir beli mainan untuk diorang tapi itu je la yang diorang ada di zaman ni. Nak lepaskan diorang bermain di luar rumah , dah tak berani. Nak kasi main gadget , tak boleh sangat. Dah tu ? Nak belajar dan membaca buku je ? Kita dulu pun tak cam tu.. untungnya kita dulu , main depan umah.. selamat je lagi.. Diorang ? Maka beli toys je la.. main depan kita.. kan ? Dan ada la 'doa' mereka untuk kita agar kita dimurahkan rezeki... kita je tak tau.. kan kan ?
Rezeki tak disangka-sangka.. 

You May Also Like

5 comments

  1. Insaf baca ben...bagus asuhan ben...hrp juju dpt apply pada si anak...amin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah murah rezeki Ben Dan keluarga

    BalasPadam
  3. Setiap anak² tu ada rezekinya. Macam saya tak pernah berkira cuma kalau mampu belikan saya akan beli, kalau tak cakap elok² dengan anak² dan mereka akan faham. Moga terus murah rezeki aben dan anak²!

    BalasPadam
  4. Betul tu... menggembirakan hati insan2 tersayang, insyaAllah balasannya tak terduga..

    BalasPadam