Kembali 'bertugas' sebagai Mr.Mama !

by - Selasa, Julai 11, 2017

Lama cuti ! Hehehehee... Hari ni , aku bertugas sepenuhnya.. Dan nak 'betulkan' semula tugasan aku yang mana , wife amik alih belakangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Minggu lepas pon aku banyak kat rumah mak aku. Dia yang tolong tengokkan Aariz dan Zahra. Aku ada kerja penting masa tu. Cari makan banggg... Heee.. 
Cabaran ! Aariz yang dah melekat ngan mak dia , payah nak berpisah ! Mencari dia ke hulu ke hilir di awal pagi. Dia ingat mak dia ada kat dapur. Menangis mencari. Sian pon ada. Nak wat camana kan ? Dah memasing cari rezeki. Tak kerja nanti , anak anak nak makan apa lak kan ? Haaa.. 
Zahra , tak susah dah ngan dia. Dia dah boleh berdikari. 
Yang merisaukan aku ialah si kecik yang licik ni ! Dia punya licik , kalah abang kakak dia. Payah nak baca dalam kepala dia. Senyuman dia penuh dengan tipu daya ! Huhuhuh.. Mengingatkan aku , gelaran seorang kawan di sekolah dulu pada aku.. ' Dark Angel' ! Hehehehe... Agaknya menurun pada Aariz kot ? 
Dennis The Menace.. huhuuh.. 
Ni muka ada senyum pasal apa ? Dia gagal nak capai teko dalam almari tu. Puas dia 'cungkil' ! Tak dapat dapat.. Hahahaha.. Maka senyum je laaa dia ! Oh , ni kat rumah Mat Gebu. Kalau dia dapat teko tu , maka aku terpaksa menjadi hamba atau orang gaji di rumah tu selama setahun tanpa gaji ! 
Sambung.. Awal pagi jaga diorang tak susah sangat. Zahra memang akan tidur sampai tengahari. Aariz cabaran aku skang. Dia camana sekali pun , nak kena naik tangga dan bermain di atas dulu. Aku kasi dia naik treadmill seminit. Ajar berjalan. Heheheh.. Mesti dia penat pastu. Maka senang tidur laa ! 
Senang ke ??? Takda maknanyaa.. Aku kena mandikan dia dulu tengahari. Kasi dia bersih dulu.. baru dapat tidur ! Dia tidur , aku lega ! Baru leh tarik nafas lega. Nak update blog ? Belum tentu dapat. Idea bersepah tapi tak mampu nak menaip sebab kepenatan. Mungkin sehari dua nanti , aku dah dapat serasikan semula tugasan aku ni , ok la kot ? Huhuhuh.. 
Nasib baik , minggu ni banyak kali ke Cheras. Ada kerja. Kalau melekat kat rumah jer.. aku leh stress gak wooo ! Huhuhuh..  Kalau sekadar jaga anak , ok la.. Tapi aku kena cari nafkah gak pada masa yang sama. Bukan mudah. Itulah cabaran aku.. yang aku sendiri cari ! Heee.. Tak leh salahkan sapa sapa.

You May Also Like

12 comments

  1. Aariz...lesung pipit tu pun...alhamdulillah Qhaliff ke sekolah..Zahra boleh bawa diri...

    BalasPadam
  2. huhuhu.. sweet jee aben ehhh.. aariz makin comel

    BalasPadam
  3. Salute la dengan lelaki yang boleh jadi mr. Mama full time

    BalasPadam
  4. bila dah start kerja balik ni, anak memang tak ley nak berenggang.. IQ sendiri tak hantar anak dekat pengasuh lagi sebab ada adik ipar yang jagakan, nanti bila dia dah start kerja balik, jenuh la nak anta nanti melalak dulu pagi2

    BalasPadam
  5. Bukan mudah jadi Mr Mama ni, respek aben. Selamat memulakan tugas kembali!

    BalasPadam
  6. Terhibur dgn gelagat bebudak nia. Comel je

    BalasPadam
  7. aktif ke aariz ni. huhuhu boleh suruh zahra tlg kejar :P

    BalasPadam
  8. anak yg laki tu dia punya senyum ade aura fotogenik hehe

    BalasPadam
  9. Selamat kembali "bekerja" Mr Mama... Ya Allah, comelnya Zahra...

    BalasPadam