Rabu, 19 Julai 2017

Kerja dah buat , tapi tak nak bayar ! Apa kes ???

Bukan pertama kali... bukan kali ke dua atau ke tiga.. Banyak kali dah. Sejak dulu lagi aku dah rasa kena kencing berapi dengan insan insan terpilih ni. Apa nak buat ? Aku anggap takda  rezeki je la. Nak panjangkan boleh tapi rasa cam rasa tak berbaloi je nak bergaduh dengan orang. 
Aku tak nak cerita zaman aku kerja dulu.. aku nak cerita , apa yang berlaku sekarang ni ! Biar rakan rakan blogger lain amik ikhtibar ! 
Aku bukan baru dalam dunia siber ni. Dari usia 20an lagi dah kenal internet. Sekarang dah 40 tahun usia aku. Hurmm.. macam macam orang aku dah jumpa dan kenal. Miskin kaya , tua muda..macam macam ragam ada .
Cuma tak sangka je la.. di zaman manusia semakin bijak , ada juga yang tak beberapa bijak. Suruh kita promote produk dia , dengan harapan selepas tu produk dia laris giler giler ! Tinggi permintaan gituuu ! Perghhh.. tak ke dia pikir ? Kalau laris sebegitu rupa , apa kes aku nak promote produk dia ? Baik aku beli pukal jer kat dia dan aku promote je kan ?
Dah la tuu.. kita yang promote dan review ni , kena cari masa untuk gi meeting.. gi kedai dia.. Dan bukan depan rumah aku kot tempat dia ! Kena redah jammed. Tinggalkan anak pada orang tua. Bayar upah. Tol petrol lagi ! Perghhh.. Sampah tul perangai ! 
Bila dah buat kerja.. kita tanya payment.. krik krik krik ! Macam pengemis dibuatnya. Setiap minggu tanya ! Apa ni ??? Kata profesional ! Kalau rasa tak puashati , cakap la dari awal ! Aku pun leh betulkan segala kerja. Tapi kalau rasa takda orang nak beli , jangan salahkan aku !! Kalau boleh tahap laris selepas aku promote , aku rasa TV3 pon leh bankrupt  !  Baik tayang je drama jam 7 petang kat blog aku sebab confirm larisss kaw kaw ! 
Tak nak bayar , tak pe.. Aku tuntut je kat akhirat ! 

9 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

macam2

admin blog berkata... [Reply to comment]

fuuuhhh...

bengong la org gini.. aku pun kena gak beberapa kali..

mas saari berkata... [Reply to comment]

Teruk orang camni kan, ambil kesempatan. Ingat blogger ni buat kerja senang je, petik jari terus siap entri.

CXopportunities berkata... [Reply to comment]

Sungguh. Tuntut je dkt akhirat.

Muhammad Khairuddin Lim berkata... [Reply to comment]

kasihan

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

SubhanaAllah..kenapalah begitu...sedihnya..tepatilah janji..orang dah buat kerja...dah lunaskan tugas...

tarmizi berkata... [Reply to comment]

Dia ingat kita buat krja ikhlas kot. Free servis. Bengong..

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata... [Reply to comment]

Astaghfirullah Hal 'Azim.. Kenapalah buat macam tu kat orang. Tu dah kira menganiaya tu. Semoga Allah gandakan rezeki Abg Ben sekeluarga dengan rezeki yg lebih baik.Aamiin

☻UsaGi NaNa☻ berkata... [Reply to comment]

WOWW...berani gile depa...x berkat perniagaan tu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI