Nak scaling dan tampal gigi di Dr Smile ,Putrajaya tapi...

by - Rabu, Julai 19, 2017

Tadi tengahari.. gi klinik Mutiara di Ayer @8 , Putrajaya. Wife demam selsema. Dia payah nak demam. Tapi kalau dah kena demam , apa pun takleh dah ! Tetiba aku nampak satu klinik ni.. Haaa ! Lama dah aku nak gi tapi..tapi.. aku dengan doktor gigi ni ada macam satu 'permusuhan' lama tak terurai ! Hahahaha... bukan dengan klinik atau doktor tapi dengan picagari yang menyuntik gusi ! Bapak tak tahan la woiiii.. aku leh lari balik rumah kalau nampak picagari dia !

Er , jangan tanya aku bila kali terakhir aku jumpa doktor gigi. Bil dia pon mengerunkan terutama swasta. Hahaahha.. Tunggu ada duit terpijak la baru nak gi ! Huhuh.. Banyak komitmen lain perlu diutamakan.. TERPAKSA ! Bukan sengaja woo..

Klinik gigi mana aku nak gi ? Aku rasa ... aku tau mana nak gi ! Hehehehe.. Makin popular klinik ni.. 


Aku follow je Instagram DrSmilePutrajaya ni.. dan ternyata , pelanggan mereka berpuashati ! Huhuhuh.. Masih menguatkan semangat untuk menjejakkan kaki ke dalam ni. Ada sebab musabab selain dari picagarinya.. huhu. Dan sedang mencari sebab yang lebih kukuh. Sakit gigi tu , Alhamdulillah tak sebab aku selalu amalkan gigit habbatusauda di pagi dan malam hari.. Huhu..

Tengok IG mereka, Dr.SmilePutrajaya , cemburu aku ! Hahahaha.. 


Arghhhhh !! Berikanlah aku kekuatan.. Hahahaha.. Wife aku pun lama dah cari klinik yang sesuai dengan jiwanya. Sejak kawin ni katanya.. tak sempat nak gi pun. Semua masa di habiskan untuk keluarga tercinta ! Eceh.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Nina pun ada nampak klinik ni area kawasan Nina... Banyak cawangan rupanya.
    Samalah kita.... seriau rasa nak masuk klinik Gigi. Hehee

    BalasPadam
  2. Saya lagi suka pi klinik gigi swasta berbanding klinik gigi gomen, sebab ada sejarah hitam di klinik gigi gomen. Walaupun bayar mahal sikit tapi puashati!

    BalasPadam
  3. baru nak try klinik ni. harap best dan memuaskan

    BalasPadam