Khamis, 13 Julai 2017

Perangai 10 bulan mencabar daddy !

Aduh... mak aku pun leh angkat bendera putih kalau dia bangun dari tidur ! Mengalahkan abang kakak dia perangai. Hahahaha.. Aku rasa , dia ni akan lagi besar dan tinggi dari aku nanti. Sekarang ni pegang pon dah panjang semacam. Kalau dia mengeliat , aduhh... tak pegang betul betul memang leh terlepas ! 
Aktiviti wajib kalau nak kasi dia tidur lena.. biarkan dia naik tangga ! Sebelum tu layan tv ngan dia.. tengok Baby TV.  Tapi cepat boring je.. Tangga je menghappykan dia ! Dari anak tangga pertama , ke akhir sekejap je ! 

Bagi dia main puas puas dulu. Kat tingkat atas tu ada mini gym. Dia suka situ. Treadmill pun aku kasi dia naik.. kasi dia berjalan. Aku rasa tak lama dah dia nak boleh berlari dah ! Aku kena fitkan balik badan untuk berkejar kejaran dengan dia.. Huhuh..
Pastu baru kasi dia makan.. Haa... Sekarang ni , dia makan apa saja. Tunggu la dia dah pandai memilih.. Jadi cam Qhaliff dan Zahra. Payah laaa nak makan ! Pening pikir.. 
" Zahra , nak makan apa ? "
" Nasi ayam.. ". Jawab dia. 
Kenapa nasi ayam ? Dia cuma kenal nasi ayam je ! Makanan lain ,dia makan tapi tak tau nama. Hahahaha.. 

Bila dia tidur , Ya Allah.. tenangnya rumah. Tapi pelik.. masa diorang berjaga, mata mengantuk lain macam. Bila diorang tidur , ngantuk pon hilang ! Hurmmm..

6 komen :

sheAYANG berkata... [Reply to comment]

Dah banyak akal dah dia.
Time diorang tidur la laju2 bleh buat house chores.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Amboiii kecik² dah main gym yer Aariz, hehehee!

Papa Amyzal berkata... [Reply to comment]

Rindu kat budak chomel nih

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata... [Reply to comment]

Tak lama lagi Aariz jadi sado mcm daddy dia sebab hari hari main gym..😀

Wan Syahida Kahar berkata... [Reply to comment]

Hehe. Lain anak lain la ragamnya. Bertabah la.

Norliza Nordin berkata... [Reply to comment]

Caiyok2 hihihi

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI