Tak suka pergi 'open house' kecuali ..

by - Sabtu, Julai 01, 2017

1 Syawal dah berlalu. Biasanya 1-3 Syawal ni memang meriah abis laa.. Tapi di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur , kemeriahannya terasa sehingga hujung Syawal.  Dan ketika ini, banyak rumah rumah terbuka dibuat. Jemputan sana sini. Perut terboroi melampau lampau sampai ada yang kena amik ENO utk melegakan perut ! Huhuhuh..
Dulu , aku suka pergi 'open house'. Bukan untuk makan tapi cuci mata ! Hahahaha.. Dulu tu maksud aku , masa zaman bujang la.. Kot kot la kawan kawan ada kengkawan cun ke... ada adik perempuan cun kee.. leh laa berkenalan ! Maklumlah , kita ni bukan kategori kacak mana pun. Sekadar leh tengok je la.. kan kan ?
Tapi selepas berkahwin.. anak sorang...
Nak bawak anak gi rumah terbuka ni , kena pikir panjang. Dengan si anak lom boleh berfikir dengan matangnya , pasti membuatkan aku tak senang duduk ketika berada di rumah orang. Kemudian dengan ramainya orang.. nak amik makanan lagi.. akhirnya , sempat makan skit jer. Dan dapat la bertentang mata dengan tuan rumah , serta berbual dua tiga patah patah perkataan.. 
" Jemput la makan Ben... jangan malu malu.. ". Itu ayat wajib ! Hurmm.. 
Sampai satu ketika , terfikir.. aku datang ni nak jumpa tuan rumah.. berbual mesra sebab lama tak jumpa. Nak jumpa bukan mudah. Masing masing sibuk. Aku bukan nak makan sangat pon. Kalau nak makan, baik aku gi restoran jer. Selesa jer ! 
Bila dah ada 3 orang anak.. 
Nak gi 'open house' memang aku pikir panjang ! Nak bawak satu 'kompeni' ke rumah orang bukanlah sesuatu yang mudah terutama masing masing di peringkat 'lasak' ! Si kecil pulak dah pandai merangkak dan tak nak didukung sangat.. haaaa ! Berpeluh ketiak woiii !!! Kang tak pasal pasal si anak kena marah lak. Sian diorang. 
Satu lagi , bab parking. Hurm... Fuh , jenuh laaaaa ! Mengharungi semua ujian ini untuk sampai ke rumah kawan , memang satu dugaan. Nanti di rumah orang , muka kita cam Hulk jer ! Nak beramah mesra pon dah takda mood !
Ni belum masuk part hati mengumpat tuan rumah ! Haaaa... Part ni memang naya la kita ! Tak pasal pasal mengumpat tuan rumah. Makanan tak sedap la.. kurang pilihan. Takda aircond la.. panas laa ! Pastu tak melayan kita la.. Layan kawan kawan yang lain je.. mentang mentang kita ni bukan kaya ! Haaa.. kan kan ? Tu bisikan hati kecil yang dirasuk dek setan dah ! 
Ini realiti yang aku lalui. Aku tak tau la orang lain. Mungkin diorang selesa tapi untuk aku , di kala ini.. 'open house' aku payah nak pergi melainkan dia buat khas untuk kawan kawan rapat tertentu jer.. aku jika jemputan itu 'wajib' kena gi, aku akan pergi seorang diri atau dengan wife saja.. mungkin bawak si abang yang dah boleh dengar kata. 
Sekarang ni , nak gi beraya rumah orang pon aku risau.. anak anak sedang lasak. Nanti tuan rumah jeling semacam jer.. Terbaca satu artikal baru baru ni, mak bapak gak dipersalahkan bila anak anak melasak di rumah orang . Kata tak reti ajar anak ! Dah pulak. Dari sakit hati , baik tak yah gi.. Dah puas menegur. Dah puas melarang. Takkan nak angkat tangan di rumah orang lak ? Aduh.. serba salah !
Nak tak nak , tunggu anak besar dan berakal , barulah boleh buat entri baru.. 'Aku suka pergi open house dah ! " . Tapi buat masa sekarang , open house aku memang tak suka nak pergi melainkan aku gi sorang jer ! Tapi tak sampai hati lak kan ? Haihh... serba salah.. 
Camana dengan korang ? 

You May Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah, masa anak2 kecik2 dulu jenis yang ikut kata dan tak buat bukan2 masa ke rumah orang sebab memang di’train’ betul2 dengan rotan dan cubitan. Hahaha. Tapi memang berkesan la

    BalasPadam
  2. Tengok tempat jugak.. tapi biasanya sebelum keluar kereta dah pesan sesiap.. jangan nakal, jangan buat perangai, jangan rosakkan mood ibu.. 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  3. Betul juga. Kalau ada anak kecik kesian kat diorang. Sebab ramai orang Dan biasanya suasana panas Dan gawat. Kalau Syafi masa kecil dulu mmg meragam lah dia

    BalasPadam
  4. Saya pun tak suka pergi open house... Kalau pergi seorang diri takpe, kalau bawak anak, oohh terima kasih sajalah. Kenduri kawen pun saya tak suka pergi

    BalasPadam
  5. Sama laa, masa anak anak kecik dulu pi rumah tertentu ja. Tu pun peluh tiak gak, si kembar ni lasak yg amat. Meja kaca pun pernah pecah oiii, nasib baik umah abg sendiri huhu. Sekarang dah besaq ni baru berani nak bawak ke open house. Tapi tetap Mama nya ni on standby pantau, risau tetap ada...

    BalasPadam
  6. Masa Zara kecik dlu, tak rasa sgt.. Tapi kalau skang, Adam memang aktif giler.. Mmg fikir byk kali kalau nk g rumah terbuka ke atau tmpt2 ramai org..

    BalasPadam
  7. Kami bergilir jaga anak...sebab masih anak sorang lagi kan..kalau ada rezeki tambah mungkin jd cam ben...pi pun sekejap je...tu pun xleh lebih setengah jam...faham sgt anak tgh aktif tak boleh larang dia...salah kita gak nak pi juga kan...

    Juju suka konsep pilih kawan rapat dtg ke rumah...lebih tambah seri sebab kita dapat kenal dan sembang lama sikit.

    BalasPadam
  8. Biasa pergi open house kat kawasan taman perumahan jer atau kenalan rapat. Kalau yang terbuka dan besar²an memang tak pergilah, tak suka sangat sesak² ni.

    BalasPadam