Terima kasih Majlis Perbandaran Sepang kerana memahami. Demi anak , kami lakukan !

by - Jumaat, Julai 28, 2017

Semalam , gi meeting kat Majlis Perbandaran Sepang , Cyberjaya. Meeting berkaitan dengan isu penting berkaitan dengan taman perumahan aku ni. Hurmm... isu ni sebenarnya berat dan penting. Bukanlah pihak penduduk taman sesuka hati je nak buat keputusan ni tapi selepas beberapa insiden, satu keputusan terpaksa buat.. iaitu menutup jalan pintu masuk kedua , ke taman ni yang mana membuatkan 'orang luar' terasa sedikit kepayahan untuk ke sini.. 
Aku tamo nak cerita panjang sangat takut salah penyampaian dan pemahaman korang.. tapi yang pastinya laluan kedua ni perlu disekat masuk... laluan keluar tak pe la.. Kenapa dan mengapa lak kena sekat ? Secara ringkasnya , banyak dah kes pecah rumah berlaku di taman ni sejak dibuka... rasanya 3 tahun dah. Dan kebanyakkan berlaku ketika siang hari ! Ok.. meh aku tunjukkan eh.. 

Laluan masuk , ditutup tapi laluan keluar dibuka atas sebab permintaan. 


Laluan ni menuruni bukit. Maka kenderaan dari atas memang akan laju punyalah. Ada kes kereta terbabas dah !

Pun masih ada yang 'langgar' . 

Untuk pengetahuan , kat taman ni ada 2 taska dan satu sekolah KAFA. Ini yang menjadi keutamaan aku sebenarnya, Pecah rumah tu , mana mana kawasan perumahan pon leh berlaku kan ? Tapi bayangkan kenderaan yang tak tau dari mana asalnya lalu lalang taman ni.. dan di sini ada kanak kanak yang ramai ! Tapi orang dewasa tak ramai.. sebab kerja ! Haaa... sapa nak jaga keselamatan di sini ??? Takda security.. sapa nak biaya security lak ? Kan kan ? 
Pernah satu kali tu tu aku terperasan aktiviti luar kelas oleh sebuah tadika ni.. diorang buat kelas di depan tadika.. di atas laluan jalan raya ! Bayangkannn laa kalau kawasan ni menjadi laluan keluar masuk kenderaan asing ? Acaner ?
Parents yang hantar anak anak ke tadika di taman ni , sedikit mengeluh la dengan tindakan menutup laluan kedua ni dan terpaksa masuk ke laluan utama yang mana jika mereka terlewat sedikit hantar maka akan berlaku sedikit kesesakkan di laluan keluar yang mana bagi aku ini perkara biasa la.. mana mana tempat ada sesak ! Tak nak sesak , atur masa.  TERPAKSA ! Aku sendiri pun nak elak sesak di kawasan sini , keluar selepas subuh hari. Ngantuk tapi terpaksa. 
Itu antara point yang aku sendiri la yang mana kita tau sekarang ni kes culik budak dan kemalangan melibatkan kenderaan ni tinggi. Motor dan kereta yang keluar masuk pun , tak hagak hagak laju ! Tu belum lagi dengan budak budak remaja datang lepak taman permainan sini... Bila tutup pintu masuk kedua tu, keadaan agak terkawal.. 
Keputusan pengerusi majlis membenarkan penduduk menutup sementara laluan masuk tu , amatlah dihargai. Namun pihak penduduk perlu membuat sekali lagi permohonan untuk keputusan tetap..
Wakil penduduk 
Terima kasih Majlis Perbandaran Sepang. Demi anak anak kecil kita, apa salahnya kita berkorban sedikit.. kan kan ?

You May Also Like

5 comments

  1. Good job , Ben... Ben berani bersuara kepada pihak berkuasa demi anak-anak dan juga jiran-jiran Ben..

    BalasPadam
  2. Bagus tindakan tu, elok tutup kalau mengundang masalah. Pastu kadang² ada sesetengah pemandu selamba je memandu laju di kawasan perumahan.

    BalasPadam
  3. buat bonggol bnyak skit masa nak turun bukit.. dekat mana kawasan kemalangan selalu jadi.. dia letak bonggol bnyak punya siap line kuning sebelum bonggol kalau x jalan juga mohon lampu isyarat depan tu..

    BalasPadam
  4. Kalau ada ramai kanak-kanak disitu, ini adalah langkah yang bijak..

    BalasPadam
  5. sy tinggal di area sepang juga, byk kes kecurian pecah rumah makin menjadi2

    BalasPadam