Jumaat, 4 Ogos 2017

Aku pun nak jadi agen !

Wife bagitau aku , dia dah jadi agen untuk satu produk yang cukup bagus.. dan digunakan seharian ! Aku tanya la produk apa ? Dia jawab sabun basuhan.. memang bagus selepas dia mencubanya buat pertama kali. tu pun aku dapat free je.. Heee..
Kemudian dia pun mula promote di kalangan keluarga dan kawan kawan...
Sebelum dan selepas guna.

Setelah kawan kawan mencubanya , mereka pon berkenan. Pastu tanya la camana nak jadi agen ! Dah kalau semua orang jadi agen, sapa yang membelinya ??? Aku tanya la wife aku.. berapa untung sekali pembelian. Dia pun jawab la. Aku tergaru garu kepala ! Hurmm... Malas nak kata apa.. dah dia minat. Yang pastinya , stokis dan tokey besar untung gini ! Patut la ramai je founder produk kaya raya pastu menunjuk nunjukkan la pulak... Tapi agen bawah dia , apa cite ? Hurmm.. Malas nak komen apa apa!  Bukan apa.. kang nak backup sangat , ada kes stokis pon makan tuan gak ! Haaa.. tu bagi aku , mandai mandai la big boss tu nanti ! 
Teringat satu produk ketika aku berusia 20an.. Konsep sama.. cari agen dan dapatkan komisien. Dan pada masa sama jual produk yang sama. Persoalan , sapa yang beli ? Yela, pasaran Malaysia luas tapi ko yang kena rajin dan kreatif untuk pastikan produk senantiasa panas ! 
Aku jual.. ko pun jual .. dah tu dalam opis ni sapa je yang beli ? Adeh..

7 komen :

Anisa Anuar berkata... [Reply to comment]

paham sgt ni...sokay, rezeki Allah dah set kan dh untuk kita...focus kat part masing2 je & percaya rezeki dtg dari Allah..

dhia lyna berkata... [Reply to comment]

betul tu kadang2 xtau nk jual dh sbb smua dh agen hihi

Emarieys berkata... [Reply to comment]

Nak jadi agent bayar RM300 kan..tapi sabun ni memang ajaib... hilang habis kotor yang susah nak hilang kalau pakai sabun biasa.

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

bape hengget abennnn

mas saari berkata... [Reply to comment]

Saya tak reti jadi agen² ni, jadi mampu membeli jelah.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Boleh cari ejen lain tapi diluar zon kita..kalau dalam zon yang sama agak berbahaya..walau rezeki Allah tentukan berdasarkan usaha tapi tak semua faham konsep itu..ada juga yang tak faham..sudahnya bertelagah..kita jual benda yang sama tapi kenapa kau kencang sedang aku sendu..begitu ibaratnya.

Norliza Nordin berkata... [Reply to comment]

bagus tak sabun tuu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI