Khamis, 31 Ogos 2017

" Bang , takkan cuti cuti pon nak update blog ? "

Aku pandang laptop HP aku.  Tutup mata. Wife tegur.. " Bang , ngantuk tidur je la.. ". Aku buka mata.. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.. " Saya bukan kerja makan gaji. Cukup bulan ada gaji tetap. Siang kerja , malam rehat. Saya kerja sendiri. Kalau blog ni tak bergerak.. Facebook tak berupdate.. Instagram tak dikemaskini.. Umpama suratkhabar tanpa ada berita terkini ! Ini cara saya cari makan. Kalau nak mudah , tak susah pon. Saya cuma perlu tulis kisah kisah kontroversi. Confirm blog meriah. Ramai pengunjung. Trafik naik , duit pon masuk ! Tapi saya tak boleh buat gitu. Tak berkat pendapatan kita nanti.. Biarlah sikit ,asalkan berkat dan halal.. ".Jawab aku.
Ini cara aku cari makan. Aku tak boleh pergi kerja macam dulu dah. Aku ada 3 orang anak yang perlu dibesarkan. Aku tak nak hantar ke rumah pengasuh. Payah nak jumpa rumah pengasuh yang boleh asuh anak kita dengan ikhlas. Tak sampai hati aku nak tinggalkan mereka. Aku pon tak nak mereka tinggalkan aku nanti di rumah asuhan orang tua. Hurm.. Maka aku kena 'bagitau' mereka sekarang. 
Blog aku ni , kena update. Kalau tak berupdate,  aku tak boleh nak letak harga bila ada client nak mintak aku review. Harga tak tinggi pon.. Bagi aku , sangat berpatutan dah. Nak letak murah , nanti blogger baru tak leh cari makan lak.. kan ? Yang penting , aku kena jaga juga kualiti disamping memastikan pengunjung blog aku ni , adalah dari golongan mereka yang bijak dan matang. Mereka bukan masuk baca blog aku ni disebabkan cerita hiburan kontroversi atau gossip semata mata.. 
Saingan dalam dunia media sosial pun semakin sengit. Muncul dah pelbagai medium untuk mempromosikan serta review produk.  Namun aku percaya  blog akan kekal lama sebabnya blog lebih mesra pengguna dan lebih kekal lama berbanding medium lain. Sebab tu , aku perlu terus kemaskinikan blog dan berikan cerita cerita yang fresh terutama cerita mengenai anak anak aku. Yer , trafik banyak bila aku cerita pasal mereka. Hahahaha.. Cerita pasal aku ? Ada.. tunggu aku nikah lagi 2 , confirm blog aku akan berganda trafiknya.. kan kan ? Hahahahha.. 
" Kalaulah boleh.. abang nak privatekan blog ni dan semua media sosial. Biar anak anak je boleh baca. Abang nak resign dari dunia media sosial. Penat dah.. sangat penat ! Tapi buat masa sekarang.. ini je cara abang cari rezeki.. maka abang kena teruskan..". Jawab aku pada wife. 

6 komen :

www.modernmumthingy.com berkata... [Reply to comment]

Fuh! Bermakna n sentap sungguh baca entri ben ni.
U already set the line.. and respect cara ben pikir!

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata... [Reply to comment]

Semoga Aben akan terus menulis tanpa jemu.. Really admire kesungguhan dan kegigihan Aben..

Lynda Che Lah berkata... [Reply to comment]

Blog akan terus hidup selagi ada yang rajin membaca.selagi juga blog bukan suka-suka cari publisiti murahan.yang penting bg info yg berguna.satu hari pun nak privatekan blog tapi sementara ini masih utk perkongsian

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Entri umpama nyawa pada blog..

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Selagi terdaya, saya pun tetap berkongsi ilmu dalam blog. Cuma mungkin tekanan (pressure) yang saya terima kurang berbanding pressure blogger sepenuh masa sebab saya cuma blogger sambilan.
Walaubagaimanpun kita rasa puas bila ada pengunjung yang sudi jengok dan baca perkongsian dalam blog kita.

mas saari berkata... [Reply to comment]

Moga terus ada rezeki Aben melalui blog.
Tumpang bangga dengan kejayaan Aben sekarang sebab saya kenal blog Aben dari zero dulu, tapi sekarang dah cukup dikenali. Tahniah!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI