Buka jahitan Zahra

Ke Nilai Medical Center lagi hari ni. Terpaksa ! Dah set temujanji. Camana sekali pun , kena datang. Lagi pun jahitan luka Zahra tu kena buka pada hari ke 10. Aku tak tau la apa jadi kalau terlewat atau terlebih hari. Huhuh.. Kena biar je la dan putuh sendiri pada minggu 3 atau 4 , menurut doktor. 
Masa terangkan pada Zahra , dia angguk paham. Tapi aku pasti dia akan menangis manja bila sampai masa. Wife tak nak masuk ! Dia seriau tengok. Huhuhu.. baru tengok gitu dah seriau ! Yang aku 'kena paksa' tengok dia lahirkan 3 orang anak tu , ok la eh ??? Dia tak pikir aku punya seriau ?? Hahahha.. 
Sedih dia tengok muka dia sendiri. Tapi dia 'kering hati' . Buat selamba jer macam takda apa apa terjadi. Tapi masa nak gunting tu , dia nangis tak nak je.. Tapi lepas pujuk , dia serah diri gak. Upah gula gula gitu ! 
Kos nak cabut tu.. RM100++ ! Nasib baik leh claim insuran.. kalau tak , berasap gak poket ! Huhuh.. memang kena berjimat skang ! Ekonomi teruk. Aku pelik camana si polan tu kata ekonomi kukuh ! Ekonomi dia je kot kukuh ??? 

6 ulasan:

  1. entahlah kukuh tang mana pun tak tau..anyway baguslah Zahra tak menangis time buka jahitan..tough girl ni..bagus jugak ada insurans. time macamni lah terasa insurans tu penting

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, sembuh dah luka dia. Misi hilangkan parut lak, hehehee!

    BalasPadam
  3. terlepas pulak cerita Zahra.
    Nanti nak bongkar semula

    BalasPadam
  4. Get well soon Zahra. Owh, kes camni ni insuran boleh cover yer.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dah buka jahitan...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.