" Daddy , kenapa hari ni hari Khamis ? ". Tanya si anak..

by - Isnin, Ogos 28, 2017

Qhaliff dah 5 tahun usia. Sekejap masa berlalu. Dia pun dah gi menuntut ilmu dan pastinya berjuta juta sel telah berhubung ! Haaa.. maka , si mak bapak perlu bersedia untuk menjawab segala pertanyaan dia.. kan kan ?
Semalam.. selepas aku kasi apa yang dia nak , dia saja saja tanya aku. Yer , dia saja bertanya sebab dia dapat apa dia nak dan nak buat baik gitu.. Bodek kata orang dulu dulu. Paham.. bukan aku tak paham tapi layankan jer.
" Daddy , hari ni hari apa ?". Tanya Qhaliff.
" Hari ni hari Sabtu. Esok Ahad. Kemudian Isnin. ". Jawab aku ringkas.
" Kenapa hari ni hari Sabtu ?". Tanya dia. Yer, dia punya 'kenapa' dah semakin banyak. Kenapa itu , kenapa ini... kenapa dan kenapa ?

Aku takkan jawab.. " Sebab hari ni bukan Jumaat atau Ahad laa.. ". Jika itu jawapan aku , anak aku membesar sebagai penglipur lara di kalangan kawan-kawannya. Maksud aku , dia akan mudah buat lawak sebab bapak dia suka buat lawak ! Haaa.. Tapi aku tak nak. Aku nak dia senantiasa berfikiran logik kerana dia hidup di zaman yang cukup mencabar ! 
Maka apakah jawapan aku pada persoalan anak aku tu ? Sebagai bapa, jangan sesekali membohong juga atau membiarkan saja soalan tersebut. Dia menanti jawapan sebab dia akan bertanya dan terus bertanya. Jika kita membantutkan perasaan ingin tahu itu maka nanti dia akan membuat apa saja perkara , tanpa mengetahui kenapa dan mengapa dia perlu buat ! 
" Daddy.. kenapa kena solat ? "
" Camana nabi solat ? "
"  Sapa ajar nabi solat ? "
" Solat solat solat ! " 
"Malaslah nak solat. Bukan dapat apa apa pon. ".
" Bayangkan pertanyaan pertanyaan gitu ditanya pada kita.. andai tiada ilmu mengenainya , bagaimana nak menjawabnya ? Sememangnya ramai orang Islam tidak bersolat kerana tidak memahami kenapa dia perlu bersolat ! Jika dari kecil lagi kita dah fahamkan mereka.. seperti mana kenapa mereka perlu makan , maka mereka akan melakukannya tanpa dipaksa.. sebab mereka dah faham ! 
Mencabar jadi ayah ni. Bukan sekadar membesarkan anak tapi menjadikannya hamba Allah yang taat dan beriman. Dan kita kena mulakan terlebih dahulu.
Kenapa hari ini hari Khamis ? Camana nak jawab ?

You May Also Like

2 comments

  1. budak budak memang penuh dengan soalan.. kite je smpai dah tak tahu nk jawab cmne kann hihihi

    BalasPadam