Mati sudah mood sukan aku !


Malaysia selangkah lagi. Lawannya Thailand seperti yang dijangka. Secara jujurnya la kan.. bagi aku Malaysia ni ada ramai pemain berbakat besar ! Mereka layak main di peringkat antarabangsa ! Kalau diperhatikan gol gol yang dihasilkan , memang taraf liga liga terkenal dunia. Buktinya , di peringkat akar umbi lagi , pemain pelapis sering mencipta nama dan menang piala kejohanan di luar negara tapi tidak di'viralkan'. Sejak dulu lagi.... Hurmm..
Tapi apakah yang membuatkan kita kehilangan pemain pemain berbakat besar semua ni ?? Jawapan aku .. POLITIK ! Campur tangan politik menghancurkan semua ni. Aku tau.. ada yang kata apa kaitan lak ngan politik ??? Huhuh.. Jangan dik.. jangan.. segalanya berkaitan ! Bila berkaitan , atlit atau pemain akan patah semangat ! Dulu mereka berjuang atas nama negara tapi setelah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran , maka niat dah mula berubah ! Bila janji tak ditunaikan.. apa jadi ? Tu belum lagi malaun yang guna kabel dan cantas pemain berbakat ! 
Satu lagi sebab aku dah bosan dengan sukan di negara kita ni ialah..  sanjungan pada pemain terutama yang berpasukan.. kalau individu tu , ok la.. tapi berpasukan.. pastinya 'seorang ' akan jadi hero dan disanjung setinggi langit  ! Tu belum lagi jika ada rupa kacak atau cantik ! Perghhh... Tak caya.. tengok tajuk akhbar esok.. heheheheee... 
Sukan SEA bagi aku adalah medan pejuang atlit pelapis . Cungkil bakat mereka untuk ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjadikan mereka juara dunia ! Dan para ahli politik , jangan campur  melainkan bantu mereka dari segi kewangan dan jangan amik komisien lak.. Ikhas seperti atlit jua... Ececece.... 
Tahniah Malaysia. Er, apasal makin kerap bendera terbalik ni ? Hehehe.. Protes dalam diam ke ?

3 ulasan:

  1. Anak aku siap tanya mana Faiz Subri dalam pasukan bola Mesia sukan SEA ni .. adeh.

    BalasPadam
  2. Hurmmm ada betul jugak, sepatutnya politik ni tak perlu campurlah.

    BalasPadam
  3. Good luck Malaysia.. tu je mampu cakap.. hihihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI