Misteri Royal Belum , terbongkar !

by - Selasa, Ogos 29, 2017

9 tahun... 9 tahun aku ulang alik Kelantan , tak pernah nak ikut Gerik. Tapi hari ni , sejarah tercipta ! Lebih manis dari 111 emas negara Sukan Sea.. ehh ? Hahahaha.. Gurau gurau... kang ada yang bersemangat patriotik maki aku.. huhu.. Tapi sesungguhnya , aku yang berjiwa pencinta alam semula jadi ni , amatlah teringin melihat keindahan Hutan Royal Belum yang dikatakan belum ternoda ! Haaaa.. dara gituuu...
Segalanya bermula begini.. 

" Jam 6.30 pagi. Semua dah bersedia. Anak anak dah ready dengan tablet masing masing. Aariz dah amik posisinya. Semua nak sambung tidur... termasuk wife ! Amboi amboi amboi.. Mentang mentang la hujan. Sebelum tu , pekena secawan Kopi Badang untuk hilangkan ngantuk. 

Waze dipasang. Jangkaan 6 jam 30 minit untuk sampai ke Kok Lanas , Kelantan. Hurmmm. Ok , isi petrol dan Touch N' Go , jap lagi.. di Shell berhampiran. Doa dibaca... Handbrake dilepaskan.. pedal minyak ditekan.. Bismillah.. 
Ikut je waze.. tanpa banyak bicara.. Dia kasi laluan Damansara dari Sepang. Pelik gak.. tapi biarlah.. mesti 'dia' lebih arif ! Sebabnya pernah beberapa kali aku engkar.. dan akibatnya , aku tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas yang membuatkan aku dapat dosa bertan tan banyaknya. 
Tiba di satu laluan yang biasa aku ikut... Dia suruh ikut utara !!! Eh ???? Biar betul ??? Apahal tak ikut Gombak-Kuantan ??? Aduhhh.. camana ni ??? 
Aku check laluan.. dia suruh ikut Gerik , Perak rupanya. Aduhhh.. confirm tol sedap punya ni. Hurmm.. Mungkin belah Karak jammed kot ? Pujuk hati aku. Wife suh redah je. Dia risau gak sebab laluan tu ke Pulau Pinang. Dia takut aku berubah fikiran. Hahahaha.. Memandangkan adik beradik aku dan mak aku akan beraya di Pulau Pinang , Jumaat nanti.. dia takut aku terus ke sana gak ! Hehehehe.. Tak lena tidurnya. 
Sepanjang laluan lebuhraya Utara- Selatan tu , clear.. alhamdulillah.. belum banyak kereta. Aku singgah makan di RNR Tapah dan pilihan aku ialah Pak Tam. Wife gi belikan dan aku jaga anak anak.. 
Dia belikan aku mee rebus dan bihun sup. Saja nak rasa.. hehehe.. Ternyata sedap ! Heee.. Pilihan yang tepat. Rosak diet aku minggu ni ... confirm ! Dia makan nasi ayam bersama anak anak. Sedap gak katanya. Harga pon ok. Tempat bersih dan selesa. 
Pastu teruskan perjalanan. Dijangka sampai Kok Lanas jam 3 petang. Aku memandu ikut had laju. Kamera AES aku pandang dengan penuh dendam. Rasa cam nak tumbangkan satu satu jer , sepanjang perjalanan tu tapi jika aku buat gitu , maka aku akan ke dalam untuk jangka masa yang tak pasti lamanya. Sapa suruh rosakkan harta kerajaan kan ? Maka , sila pendamkan je amarah tu.. Hehehehe.. 
Sepanjang lebuhraya...bersih ! Hurmm... berbanding lebuhraya Central Spine yang baru siap dibuka kepada pengguna , Aidilfitri lepas.. Haish.. Kotor aihhhh.. Sapa nak bersihkan ? Nak tak nak , kena guna sukarelawan ! Baca di Apa dah jadi di Central Spine Road , Kelantan sehari sebelum Aidilfitri ? Makanya aku rasa patut sangat dikenakan tol di situ agar penyelenggaraan dapat dibuat.. dan seterusnya mengekalkan kebersihan dan juga keselamatan di sepanjang lebuh raya Central Spine tu.. 
Di satu simpang.. arahan menukar lorong disuruh oleh Waze. Aku diminta masuk ke Kuala Kangsar. Wife rasa lega sangat lebih lebih lagi nampak ' Kota Bharu'. Hehehehe.. Laluan dia macam Bukit Tujuh.. jalan dia agak mencabar sedikit la.. kena fokus betul betul.  Kenapa ? Sebab ada je kereta yang tiba tiba boleh berada di laluan korang ! Haaaa.. Kalau sebelah malam  , hurm.. aku takkan berani lalu sini. Hehehehe.. Hanya yang dah biasa je berani lalu.. 
Lebih kurang dua jam memandu.. aku ternampak signboard.. ROYAL BELUM ! Wahhhh... terus teruja aku. Aku memang dah lama nak tengok Royal Belum dan Tasik Banding yang dah lama popular tapi aku masih belum berkesempatan ke sana. 
Dan... akhirnya aku nampak ! Hurm... Cantik dan mendamaikan ! Aduh duh duh duhhhh.. Jatuh cinta aku wehh ! Nak berenti tak boleh.. kereta banyak . Wife pun nak cepat. Dah tak sabar nak jumpa bonda tercinta. Tak pe tak pe.. aku pendamkan dulu niat aku. InshaAllah , aku akan datang 
semula nanti dan menginap beberapa hari di sini ! 
Keterujaan aku nampak Hutan Royal Belum , membuatkan aku terlupa nak amik gambar ! Hahahaha.. Hanya terpahat di kepala otak aku je la kenangan tadi tu.. Tapi tak pe la.. inshaAllah aku akan kembali. 
Misteri Royal Belum selama ni pada aku.. dah terbongkar dan sememangnya negara kita ni banyak tempat tempat menarik ! Dan jam 4 petang , aku sekeluarga tiba di Kok Lanas.. dengan selamatnya. Alhamdulillah.."

Selain Royal Belum.. aku nak ke satu tempat ni.. di Sabah ! 
Gambar yang aku amik dari Facebook Awangku Johan ni , terletak di Polumpang Melangkap View Camp Site , Kota Belud , Sabah. Giler cantik !! Dan yer, Sabah dalam perhatian aku selepas ni.. hehehe.. Tungguuuu ! 

You May Also Like

4 comments

  1. Bestnya kalau dapat pi Royal Belum, mesti cantik!

    BalasPadam
  2. Fuhhh boleh rasa keterujaan tu dari csra cerita ni di karang...teruja sgt tu sampai lupa ambik gambor..

    BalasPadam
  3. Seronok. Saya pun pernah menghabiskan masa di Royal belum selama 2 hari satu malam bersama anakdan isteri. Tidur di atas rumah bot.
    Tenang dan menyamankan.

    BalasPadam