Qhaliff dan Zahra , bikin rosak aku punya program !

Yess !! Dah main kat panggung. Tak sabar nak gi tonton.. Check GSC , malam ni ada di Alamanda. Ok , whatsapp wife... dia ok jer. Ari ni aku dah 'bertugas' dengan perfecto ! Hehehe.. maka aku leh la berehat sambil 'bekerja' memandangkan aku kebuntuan idea untuk update blog ari ni.. Al maklumlah , kena utamakan anak anak yang masih kecil. Kang ada lagi yang 'berdarah kepala' .. Hurmm..
Ok.. pas Maghrib bersiap. Gi beli makanan diorang jap.. Tapi ketika aku nak keluar tu , masing masing menerpa aku.. 
" Daddy... salam. Cium pipi.. ". Qhaliff sua pipi gebunya ! Kiri pastu kanan. Zahra tiru.. 
" Daddy , peluk.. ". Qhaliff sekali lagi mengetuai acara reverse psikologi. Zahra tiru juga. 
Aku keraskan hati.. Hidupkan kereta ,  gi kedai mamak dulu. Qhaliff pesan roti canai sebelum tu. Aku beli nasi dan ayam goreng untuk Zahra juga. Dan di sana , aku teringat satu cerita.... Haihhh ! Terus cair !
Pesanan siap.. aku memandu pulang. Pintu rumah aku buka. Masing masing menerpa. 
" Balik dah daddy ? " . Qhaliff tanya. Aku senyum. Aku buka baju. Masuk terus ke dalam rumah. 
" Tak pergi ke , bang ? ". Soalan ke perli tu ? Dia tau aku cukup lemah kalau anak anak bermain perasaan ngan aku. Malas layan !  Aku ke dapur.. amik pinggan... makan roti canai ! Hancur diet. 
Anak anak seronok aku di rumah.. termasuk Aariz yang sibuk dok cakap 'Dok Ehhh.. ' . 
Lagi pun aku kesian gak kat wife.. 3 hari ni dia tak cukup rehat sebab 2 hari lepas berturut bangun awal pagi pastu ke Cheras kemudian patah balik ke Putrajaya. Memang cukup memenatkan ! Ditambah stress dengan 'pejabatnya'. 
Aku duduk ngan Qhaliff dan Zahra. Qhaliff yang kebiasaanya tidur ngan ibunya di dalam bilik.. join tidur di luar bersama aku dan Zahra.. 


Tak sampai 10 minit ... selamat dua dua ! Kalau aku tak da ni , entah kul berapa baru tidur.. lebih lagi si Zahra ! Hurmm.. Mak dia ? Aku tak yakin nak tinggalkan di kala gini.. confirm dia yang selamat dulu.. Huhuhuh.. 

2 ulasan:

  1. style mak² mmg gitu...letak kepala je "hilang" lena di buai mimpi...hahaha...kepenatan dengan tugas seharian

    BalasPadam
  2. Demi anak² kan, kadang nak buat apa pun pasti fikirkan mereka dulu.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI