Selasa, 8 Ogos 2017

Selamat Tinggal , Flat Seri Melaka dan Seri-Seri yang lain..

Demi pembangunan katanya.. Macam macam cerita ada ! Tapi yang pasti , segalanya bakal jadi kenangan. 33 tahun aku di sini.. Membesar , bermain... pasni semua ni hanya ada dalam gambar dan memori aku dan penduduk penduduk sini.. Hurmm.. 
Padang ni dulu menyaksikan lagenda bolasepak negara , Azman Adnan memulakan kariernya di sini.. dan ramai lagi pemain bola sepak mewakili negeri  ( Kuala Lumpur ). Ketika tu , zaman semi pro. Hurmm..  Bila petang menjelma.. padang ni penuh dengan budak budak main bola ! 
Selepas ni , takda dah !  Bakal dinaikkan rumah mampu milik setinggi puluhan tingkat ! 


Aku tak kisah apa diorang nak buat kat sini tapi yang merisaukan ialah.. di mana anak anak kecil kita nak bersosial petang petang ? Sekarang ni kita tau.. kalau nak main bola sepak , leh sewa padang atau main futsal.. duit lagi ! Nak main lari lari , kena g taman permainan sekangkang kera.. Nah , gi la main situ.. 
Maka jangan hairanlah selepas ni , masalah sosial akan bertambah ! Nak tuding kat sapa ? Rakyat jugak dipersalahkan... 
Terbayang Hong Kong..

9 komen :

Aisya Ismail berkata... [Reply to comment]

yang ni setuju 100%..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Sekarang kalau sebut padang...kena pergi sekolah..di situlah baru ada padang..kalau tidak padang yang ada mesti ada yang punya..tunggu masa.

Siti Rohaida Yusof berkata... [Reply to comment]

sempat jugak dlu datang ke sini..hampir 13 tahun dah..tak sangka ye diorang dah nak hapuskan..ke mana orang2 nya nanti

saidila abdul rahman berkata... [Reply to comment]

manusia yg rakus dengan pembangunan .....sedangkan banyak lagi tempat yg terbengkalai....wilayah ni tak nak contohi selangor ....ambik alih dan jalankan balik projek yang terbengkalai daripada sibuk nak bina yg baru...kesian budak2 takder padang.....

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

dah makin kurang lak tmpt free now

mamapp berkata... [Reply to comment]

Rumah Naik, org pun makin ramai jadinya

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

rakyat jugak dipersalahkan.. errmm

mas saari berkata... [Reply to comment]

Betul tu, dek pembangunan makin susah nak cari tempat riadah. Pastu anak² pun habiskan masa lepak jelah.

Salatul Zarida berkata... [Reply to comment]

tumpang padang sekolah jer

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI