Selesai ke masalah dengan bergaduh ?

by - Rabu, Ogos 23, 2017

Tertonton satu video pergaduhan yang berlaku di luar negara. Dua orang lelaki pada awalnya bertengkar kemudian berlaku tolak menolak. Kemudian , berlakulah tumbuk menumbuk. Tak sampai 5 minit , salah seorang tumbang... kelihatan tubuhnya mengeletar seperti kena sawan. Darah bersembur keluar dari mulutnya. Lelaki yang pada awalnya diasak tu , berjaya menendang tepat pada halkumnya... aku rasa.  Apakah kesudahan mereka seandainya jadi kes polis ?
Dalam zaman ni.. semakin ramai manusia mudah hilang kesabaran. Sikit sikit nak tunjuk dialah jaguh! Segala masalah nak diselesaikan dengan buku lima dan tendangan maut tanpa bayang ! Apakah selesai masalah tersebut ? Ada yang belajar seni mempertahankan diri , kemudian bongkak. Ada yang besarkan badan semata mata nak takutkan orang ! Hurmmm..
Selesai ke masalah dengan bergaduh ni ? Tak langsung ! Ianya boleh menjadi dendam kesumat yang mana selagi tidak diselesaikan dengan cara aman , hidup takkan tenang dan damai ! Aku pernah mengalaminya.. Terbawa bawa dalam mimpi hingga dinding jadi mangsa ! Ada juga sampai wife ditendang gara gara bergaduh dalam mimpi. Aku 'tewas' dengan cubitan dek si isteri ! Hahaha.. tak pasal pasal ! 
Aku maafkan je la insan tu. Alhamdulillah... hilang amarah aku. Apa yang aku nak sampaikan ialah.. dalam hidup kita ni , bila kita 'berisi' , tak semestinya kena selesaikan masalah dengan bertumbuk. Akal ada.. guna la. Tak perlu nak tunjuk sapa lagi kuat. Silap haribulan , kita ke 'dalam' atau merengkok dalam penjara. Tak kesian ke kat anak bini ? Sapa nak jaga ?

You May Also Like

9 comments

  1. betul sangat, bawa ke meja perbincangan, bawa berbincang elok2, sebab ada penyelesaian. Kalau beryimbuk nnt dah kena cas 323kk. Tak pasal2.

    BalasPadam
  2. kdg2 manusia ni bila dah marah, mmg x ingat dunia dah..hilang pertimbangan,.hilang kewarasan..yg ada masa tu cuma perasaan puas sbb dpt balas dendam. Bila melibatkan kecederaan/nyawa, lepas berlalu kejadian baru menyesal. Masa tu dah x berguna..huhu

    BalasPadam
  3. Puas hatinya sekejap..kemudian merana dan tanggung bebannya berpanjangan..dendam yang berbekas itu yang bahaya.

    BalasPadam
  4. haih. isu macam ni susah nak habis.

    BalasPadam
  5. memang takkan selesai pun kalau bergaduh.. bawa malapetaka.. tapi ada certain part bile lepas gaduh tetiba jadi kawan baik ... haaha

    BalasPadam
  6. Haaa tulah, buat apalah bergaduh kan? Selesailah cara baik kan bagus.

    BalasPadam
  7. Amarah yg dibalas dgn amarah juga tak pernah selesaikan masalah.. Bila nafsu dibiarkan memguasai akal.. hilanglah segala pertimbangan..

    BalasPadam