Tak payah la masuk campur hal orang !

Isu Hafiz Hamidun.. hurmm.. Aku pernah terlibat satu job dengan Hafiz , beberapa bulan lepas. Dan sempat la meluangkan masa berbual santai dengan dia. Ternyata dia seorang yang selamba je. Dan sememangnya dia cumalah seorang penyanyi lagu lagu keagamaan. Tak lebih dari tu pun. Orang kita ni , asal nyanyi lagu keagamaan , terus dicop ustaz atau orang bijak pandai agama ! Aduh...  Aku tak rasa pon dia anggap diri dia ustaz... kan kan ?
Tapi yang pasti dia bagus la orangnya. Tak poyo mahupun berlagak ! Tu pandangan pertama aku la. Aku tak kenal dia secara peribadi lagi. Bila dia kawin pon , aku tak tau dan aku tak nak masuk campur. Hahahaha.. Melainkan dia suruh aku masuk campur.. Haaa.. 

Fuel Frenzy 
Kesnya viral seminggu dua ni. Heboh diperkatakan ! Aku tak nak kata apa apa sebab aku tak tau apa apa pun ! Mereka yang komen kat Instagram dia.. facebook.. wow ! Dasat dasat ! Ada yang pertikaikan kenapa dan mengapa ! Adoiyai. Tak payah laaa sibuk aih ! Tunggu je dia cerita segala-galanya. Tak perlu kita nak bukak table dan order Kopi Badang pastu berforum dengan tajuk ;
" Takkan la dia tak tengok surat cerai sebelum nikah ari tu ? ". 
Kalau dia jawab , korang tanya lagi.. dia jawab , korang tanya lagi.. Amboi.. apakah dia dilahirkan untuk menjawab persoalan korang kah ? Hahahaha.. Rileks sudah laa.. Kita masing masing ada bahagian masing masing. Samada dah sampai atau belum jer.. 
Aku tak sokong mana mana pihak... dia atau pun isteri dia ( bekas ? ). Tapi yang pastinya aku doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan Allah. Andai ada jodoh mereka..biarlah disatukan kembali.. jika tidak , moga mereka dipertemukan dengan jodoh masing masing.. Rileks laa.. Bukannya diorang bunuh orang pon ! Menda gini ada jalan penyelesaian. Tak payah la kita nak tambah aib atau malu diorang.. Biar diorang selesaikan dengan cara orang dewasa. Kita lak beria ria.. adoi ! 
Tengok anak masing masing.. 

6 ulasan:

  1. Yup,,,betul...doakan sahaja dah memadai.

    BalasPadam
  2. aah, betul, biarkan dorang setelkan sendiri. kita tengok je la dan doakan yang terbaik untuk dorang

    BalasPadam
  3. dah itu yang tercata di luh mahfuz... masing2 punya bahagian, betul tu

    BalasPadam
  4. Ramai sangat yang suka jadi reporter & hakim tak bertauliah. Diorang lupa gamaknya.. Bila benda-benda macam ni jadi.. Bukan yang terlibat secara langsung je (hafiz & joy) yang diuji.. tapi kita jugak yang melihat dan mendengar ni pun sebenarnya sedang diuji..

    BalasPadam
  5. Yup setuju, kita doakan yang terbaik untuk dia je. Tak kena batang hidung sendiri, ramailah yang suka² nak bercakap itu ini.

    BalasPadam

Entri Pilihan !

Sebak melihat mereka gembira dapat cermin mata dari Eyes Smart Group , Sungei Wang.

Aku 'berkawan' dengan founder Pusat Jagaan Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah lama dah. Dah hampir 7 tahun atau lebih kot. Statusny...

Dikuasakan oleh Blogger.