Tak reti jaga anak ke sampai boleh luka tu ?

by - Rabu, Ogos 02, 2017

Aku nak letak gambar Zahra yang ada luka tu tapi.. tak yah la kot. Nanti ada yang tak lalu nak makan lak! Hahahaha.. tidak la seteruk mana pun cuma lukanya agak dalam je.. Sebaiknya aku simpan je sebagai kenangan 'terindah' buat Zahra. Nanti dia dah besar, boleh tengok sendiri.. Jangan kata daddy tak jaga , dah la ! 
Camana boleh berlaku ? Segalanya di depan mata.. diorang main pon depan mata.. Aku dok mengajar Qhaliff.. wife mengemas rumah. Aariz  dok rancak merangkak. Zahra , kejap menari.. kejap menyanyi.. kejap berlari ! Pastu dia kacau adik dia.. gi amik bakul pakaian dan sibuk nak masuk dalam tu ! Dan dalam masa sesaat ni la segalanya terjadi ! Hurmm... 
Punya la dok jaga... nak terjadi gak ! Apa nak kata dah ??? Aku mampu bebel je la sebelum pergi ke hospital. Apa yang patut dilakukan sepatutnya ialah... jangan sibuk sangat di rumah ! Perhatikan sungguh anak anak tu ! Kemalangan boleh berlaku sekelip mata. 
Tapi kalau dah nak berlaku.. nak kata apa dah kan ? Kita mampu berhati hati... Tuhan yang tentukan selebihnya.. Nak kata aku tak reti jaga anak tu , mungkin la kot ! Aku terpaksa bahagikan beberapa otak aku ni.. satu untuk cari nafkah.. dua untuk tingkatkan pendapatan.. empat untuk keluarga aku... lima untuk mak aku dan adik beradik.. enam untuk team blogger aku ! Oh , tujuh... masalah politik negara yang mana jika aku tak amik berat , anak anak aku menjadi mangsa mereka yang rakuskan wang dan kuasa ! Hurmm..
Alhamdulillah.. apa yang berlaku pada Zahra, membuka mata aku ! 

You May Also Like

14 comments

  1. Betul tu, kadang dok perati dan pantau lebih dah tapi benda nak terjadi akan terjadi jugak. Cuma kita belajarlah dari pengalaman dan kesilapan kan?

    BalasPadam
  2. I feel you sebab I juga full time jaga anak. Lima orang! Yang bersekolah cara bersekolah, yang kecil cara kecil. Otak kita dibahagi ke beberapa bahagian. Sambil pandu kereta, otak nak di fokus dijalanraya sebab ada sesetengah pemandu yang tak guna otak ketika memandu. Sambil pandu juga, dengar cerita anak, cikgu kat sekolah mengajar satu apa dia tak faham. Dia senang faham apa yang cikgu tuisyen ajarkan.Dan yang kecil pula minta nak mainan sebaik ternampak banner tepi jalan. Sampai je kat petrol pump dengar pula orang mengeluh petrol sekarang seminggu je dah beratus. Dan ketika isi petrol, mata melilau pandang kiri kanan sebab kena alert dengan situasi sekitar demi menjaga keselamatan anak dalam kereta. Bukan mudah nak jaga anak. Dan apa jua yang berlaku adakalanya tak terduga di fikiran. Kalau dah terduga dah tentu Ben suruh Zahra pakai helmet keselamatan ketika bermain dalam rumah. Kan.

    BalasPadam
  3. setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya. dah jadi maka terima je lah dan jadikan pengajaran,.. tu je

    BalasPadam
  4. 8 sebenarnya.....masaalah aliff , afifah dan bella

    ehehehehe

    jangan marah aaaaaa

    BalasPadam
  5. ini orang kata malang tak berbau.. sapelah yang nak benda buruk kan. dah nak jadi..

    BalasPadam
  6. benda nk jadi, hati hati pun terjadi gak hihihi

    BalasPadam
  7. Tiada siapa boleh menidakkan apa yang bakal berlaku bila Allah dah berkehendak begitu.

    BalasPadam
  8. Betul semua nak jadi kejap je. Penting kena perhatikan betul2 masa anak tengah bermain sekalipun dekat rumah.

    BalasPadam
  9. semoga cepat sembuh zahra.. huhu . kita hanya boleh berusaha tuk jaga-jaga.. tapis iapalah kita nak mentidakkan ketentuannya

    BalasPadam
  10. kadang kita memang dah perati sehabis baik tp nak terjadi anggap saja dugaan dan ujian utk lihat kesabaran kita..semoga zahra cepat sembuh..

    BalasPadam
  11. kita sbgai ibu bpa mestila nk buat terbaik utk anak2..bnda kalau berlaku semua atas kententuan-Nya

    BalasPadam