Jumaat, 15 September 2017

Aariz Iman , budak banyak akal !

Kelmarin bawak dia gi check up 1 tahun usia. Timbang berat dia , dah lebih 10kg manakala tinggi lak dah 80.6cm kata wife.Berat dia jatuh kata nurse. BMI tak seimbang. Huhuh.. Tinggi budak ni. 10kg ni pon aku dah lenguh bila dukung. Heheheee... 
Dah berjalan dah dia. Dia pecah rekod Zahra. Sebelum setahun dah berjalan . Selain dari berjalan , dia dah pandai bergaduh. Pantang tengok kakak dia datang melepek kat aku , dia pon datang dan tolak kakak dia.. Kalau tak bergerak.. dia tarik rambut ! Aduhh.. penat nak leraikan pergaduhan mereka.. Hahahaha..

Dan sekarang.. dia dah seronok nak bertreadmill ! Haaa.. dah pandai nak tekan butang untuk kasi laju. Jalan pon terkengkang kengkang.. ada hati nak laju. Huhu.. Sikit lagi.. dia akan mula bergaduh dengan abang dia lak.. berebut mainan ! Hurm. Baru nak pulih dari tekanan darah tinggi. Hahahaa.. 
Dah boleh up baby baru ni. InshaAllah. 

5 komen :

Wanie Masduki berkata... [Reply to comment]

Aariz sama bulan dgan anak saya..tapi 22hb ni baru genap 1 tahun..belum pandai jalan lagi..baru bertatih pegang2 dinding..baru dapat tau bulan lepas preggy lagi skrg dah 2 bulan lebih..risau juga bila dapat tau takut tak bersedia..selalu baca blog abg ben ni utk baca kisah anak2..seronok dan terinspirasi

mas saari berkata... [Reply to comment]

Semoga Aariz membesar dengan sihat.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Aariz dah pandai ajak kakak Zahra wrestling ya...botak kepala akak nanti Aariz tarik rambut akak tu...

fizafantagirO berkata... [Reply to comment]

Comel laa aariz , semoga membesar dengan sihat yaa. Waaa baby baruuu uu uu

Norliza Nordin berkata... [Reply to comment]

comel je nengok tu hihihi

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI